IQNA

Amalan yang disyorkan pada hari ke-28 Safar

22:29 - September 13, 2023
Berita ID: 3103165
TEHRAN (IQNA) - Bersedekah, mandi, membaca ziarah Nabi (SAW) dan ziarah Imam Hasan Mujtaba (as) bersama-sama dengan membaca doa "«یا شدید‌القوی ...»" adalah antara amalan yang paling penting yang dianjurkan pada hari-hari terakhir bulan Safar.

Laporan IQNA; Esok, ke-28 hari bulas Safarbertepatan dengan kesedihan dunia dan umat Islam atas kewafatan Rasulullah yang hatinya penuh cinta kepada umatnya dan rahmah bagi seluruh alam, Allah SWT berfirman dalam ayat 128 Surah Taubah, yang menggambarkan ciri-ciri Nabi akhiru zaman (SAW), bahawa penderitaan manusia sangat berat bagi Nabi dan baginda sangat belas dan baik terhadap orang-orang yang beriman;

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
 “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad (SAW)), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman". (Qs, At-Taubah 9:128).

Tahap kasih sayang Nabi Muhammad (SAW) terhadap manusia begitu besar sehinggakan baginda menyekat tidur dan keselesaannya dan sentiasa berusaha untuk membimbing manusia sedemikian rupa sehingga Tuhan menyatakan keprihatinan terhadap kesihatan Nabi (SAW) dalam Surah Al-Kahfi dan Asy-Syuara:

لَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ أَلَّا يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
"Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman". (Qs, Asy-Syu'araa' 26:3).

Hari ini juga bertepatan dengan ulang tahun kesyahidan Imam Husain Mujtaba (as), cucu kesayangan Rasulullah sebagai Ahlulbayt (as) yang mulia dan seorang Imam yang mengalami hari-hari paling sukar selepas kesyahidan Hazrat Ali (as) dan bersama mengalami krisis besar Umat Islam.

Untuk hari yang penuh dengan kesedihan dan pengajaran ini, dianjurkan mengamalkan beberapa perkara mustahab atau sunnah termasuk bersedekah, menziarahi Nabi (SAW) dan Imam Hasan Mujtabi (as) dari jauh atau dekat. 

Perincian amal akhir bulan Safar boleh anda baca teks berikut;
Dianjurkan untuk bersedekah di bulan Safar, terutama pada hari-hari terakhir bulan ini; ketika kewafatan Nabi (SAW), kesyahidan Imam Hasan Mujtaba (as) dan ulang tahun kesyahidan Imam Redha (as).

Hendaknya kita baca 10 kali doa یا شَدِیدَ الْقُوَى "Ya syadidal quwa", bahkan memperbanyak membaca doa ini sepanjang hari akhir bulan Safar;

یا شَدِیدَ الْقُوَى وَ یَا شَدِیدَ الْمِحَالِ یَا عَزِیزُ یَا عَزِیزُ یَا عَزِیزُ ذَلَّتْ بِعَظَمَتِكَ جَمِیعُ خَلْقِكَ فَاکْفِنِی شَرَّ خَلْقِكَ یَا مُحْسِنُ یَا مُجْمِلُ یَا مُنْعِمُ یَا مُفْضِلُ یَا لا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنِّی کُنْتُ مِنَ الظَّالِمِینَ فَاسْتَجَبْنا لَهُ وَ نَجَّیْناهُ مِنَ الْغَمِّ وَ کَذلِكَ نُنْجِی الْمُؤْمِنِینَ وَ صَلَّى اللَّهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّیِّبِینَ الطَّاهِرِین‏‌؛
"Wahai yang hebat kekuatanNya! Wahai yang hebat kemampuanNya, wahai yang Agung, wahai yang penuh kasih, wahai yang Mulia! Semua ciptaan-Mu menjadi hina di hadapan  kebesaran-Mu, maka hentikan kejahatan ciptaanMu daripadaku, wahai yang memperbaiki! Wahai pengindah! Wahai pemberi nikmat! Wahai pemberi keutamaan! Wahai tiada tuhan selain Engkau! maha suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim, lalu kami (Allah) menjawab untuknya dan menyelamatkannya dari kesedihan dan demikian kami menyelamatkan orang-orang yang beriman dan semoga rahmat Allah ke atas Muhammad dan keluarganya yang suci!"

Puasa pada hari pertama, pertengahan dan akhir setiap bulan Qamariah dititikberatkan, sehubungan dengan itu, puasa pada 28 haribulan Safar iaitu salah satu hari terakhir bulan Safar adalah sangat dianjurkan.

Melakukan mandi; Oleh kerana salah satu amalan 28 Safar ialah membaca Ziarah Nabi (SAW), maka disunnahkan untuk mandi sebelum membaca Ziarah walaupun dari jauh.

Membaca ziarah Rasulullah SAW dari jauh atau dekat; pada hari ini amat besar pahalanya; jika boleh buat dari jarak dekat ke makam suci baginda (SAW) tentu lebih utama, tetapi boleh juga menziarahi baginda dari jauh.

4168767

captcha