IQNA

Profesor Hauzah ilmiah Karbala menjelaskan dalam wawancara dengan IQNA

Kepentingan kaedah riwayat dan etika amali Imam Reza (as) dalam membuktikan kesahihan Ahlulbayt (as)

15:19 - September 17, 2023
Berita ID: 3103171
KAEDAH DIALOG IMAM REZA as (IQNA) - Syed Muhammad Al-Musawi «سید محمد الموسوی», merujuk kepada kaedah periwayatan Imam Reza - «امام رضا» (as) dalam bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah serta menyebut kitab-kitab suci lain dalam menjelaskan kenabian dan imamah, kaedah ini bersama dengan akhlak Imam (as) yang tinggi dalam berurusan dengan ketua-ketua agama dan mazhab lain, penting dalam mempromosikan mazhab Ahlulbayt (as) dan membuktikan kesahihannya.

Hujjatul-Islam wal-Muslimin Syed Muhammad Al-Musawi, profesor Hauzah ilmiah Karbala, dalam wawancara oleh IQNA sempena haul kesyahidan hujjah Allah yang kelapan, Imam Reza (as), meneliti kehidupan imam ini, dalam menghadapi pemuka-pemuka agama dan mazhab lain, mempertahankan buktik kesahihan mazhab Ahlulbayt (as).

Beliau menunjuk kepada kaedah periwayatan Imam Reza (as) yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah, serta merujuk kepada kitab-kitab suci sebelum Al-Quran dalam menjelaskan kenabian dan imamah, sebagai kaedah etika mulia Imam (as) dalam berdepan dengan para pemimpin agama dan mazhab-mazhab lain.

Beliau menganggapnya sebagai faktor penting dalam mempromosikan agama dan mazhab Ahlulbayt (as) dan membuktikan kesahihannya.

Penerangan perbualan ini adalah seperti berikut:

IQNA - Bagaimana anda menilai kehidupan Imam Reza (as) dalam menjelaskan agama dan mazhab Ahlulbayt (as)?

Imam (as) mula-mula cuba memaksa Ma'mun untuk mengiktiraf hak Ahlulbayt (as) untuk menjadi khalifah. Perkara-perkara seperti khutbah, syiling, dan syair, yang boleh dianggap sebagai media pada masa itu, digunakan oleh Imam Reza (as), atas sebab ini, Imam Reza (as) mendapati banyak kebebasan untuk berdebat dengan atheis dan skeptik dan pada masa yang sama beliau dapat memperkenalkan keutamaan Ahlulbayt (as) dan kedudukan mereka kepada umat Islam yang lain.

Dengan tindakan ini Imam Reza (as) dapat melindungi nyawa umat Islam dan meneutralkan rancangan yang mereka lakukan untuk menumpahkan darah umat Islam.

Imam Reza (as) menggunakan kaedah periwayatan, iaitu bersandarkan kepada Al-Quran dan as-Sunnah, dalam berinteraksi dengan para pemimpin agama dan mazhab lain, tetapi dalam pada itu, beliau tidak lalai merujuk kepada sumber dan kitab yang diterima oleh mereka. Beliau (as) berbincang dengan ulama besar agama dan mazhab ini dan dalam cara umum perbincangan, beliau berhadapan dengan mereka dengan dada dan muka yang terbuka, Beliau (as) berbincang dengan cara mereka dan menyesuaikan kata-katanya mengikut akal dan pendapat mereka.

Ma'mun berniat untuk menyusahkan Imam Reza (as) dengan menganjurkan mesyuarat perbincangan dan perdebatan dengan ulama dan pemimpin agama yang berbeza, tetapi Imam (as) menggagalkan rancangan Ma'mun dengan perbincangan yang teliti dan ilmiah. Beliau menggunakan Al-Quran dalam hujah-hujahnya dan mendedahkan ilmu-ilmu yang tidak diketahui oleh khalayak ramai. Ma'mun memerintahkan "Fadhal bin Sahl" «فضل بن سهل» untuk mengumpulkan para pembesar agama dan mazhab lain untuk berbincang dengan Imam (as.). Tetapi Imam Reza (as) dalam perbincangannya dengan merujuk kepada Al-Quran dalam perbualan dengan Jastaliq «جاثلیق», pemimpin agama Kristian dan Rasul-Jalut «رأس الجالوت», pemimpin Yahudi, dengan merujuk kepada kitab dan sumber yang diterima oleh mereka, membuktikan kenabian baginda Nabi besar Muhammad (SAW) dan juga membatalkan akidah Sabian «صائبی».

IQNA - Apakah akhlak dan tingkah laku Imam Reza (as) dalam menghadapi lawan dan musuh yang degil?

"Ibrahim bin al-Abbas al-Suli" «ابراهیم بن العباس الصولی» salah seorang yang sezaman dengan Imam (as) berkata dalam biografi Imam kelapan (as): "Saya tidak pernah melihat bahawa Imam Reza (as) memprovokasi sesiapa dalam ucapannya atau memotong ucapan seseorang sebelum tamatnya, dan jika seseorang meminta sesuatu kepadanya, Imam (as) enggan menolak dan akan berusaha sekemampuannya untuk memenuhi keperluan peminta dengan sebaik-baiknya.

IQNA - Pada pendapat anda, apakah peranan Imam Reza (as) dalam menjelaskan kedudukan Imamah Ahlulbayt Nabi (SAW) sebagai tiang agama?

Peranan hujah Allah yang kelapan (as) yang paling penting dengan cara ini boleh dianggap sebagai tafsiran beberapa ayat Al-Quran, yang menunjukkan kelebihan dan kedudukan Ahlulbayt (as) sehingga kelayakan mereka untuk memegang tampuk Imamah; Walau bagaimanapun, semasa tempoh Imam Reza (as), tafsiran yang salah mengenainya telah tersebar luas, Imam (as) menghapuskan salah faham yang sedia ada terhadap ayat-ayat ini dan menjelaskan maksudnya yang betul kepada umat Islam.

captcha