IQNA

Kaedah pendidikan para nabi / 30 - Nabi Musa (as)

Debat dalam kisah Nabi Musa (as)

18:04 - October 02, 2023
Berita ID: 3103251
TEHRAN (IQNA) - Perdebatan lisan dengan tujuan untuk menentukan barisan kebenaran «الحق» dan kesalahan - kesesatan-kebatilan «الباطل» sentiasa menarik perhatian orang ramai, faedah perdebatan ini, sebagai tambahan kepada mata pendidikan yang sangat penting yang terkandung di dalamnya, yang melipatgandakan kepentingan menggunakan kaedah ini!

Salah satu kaedah pendidikan yang digunakan oleh manusia dan nabi-nabi Ilahi ialah kaedah berdebat - perbahasan «مناظرة» - munadharah - dialog - memberi hujah dan dalil. "Munadharah" dalam kesusasteraan Parsi bermaksud "Jidal" «جدال» berhujah, berbahas bersama, bersoal jawab bersama, berfikir bersama yang juga kita maknakan "diskusi atau berbincang" untuk mencapai kebenaran dan sifat asli sesuatu.

Debat adalah salah satu jenis sastera yang dibentuk berdasarkan dialog antara dua pihak atau lebih, tentang sesuatu topik di mana setiap pihak menyatakan isi dan alasan untuk membuktikan dakwaan mereka, topik perbahasan mungkin ideologi, moral, isu saintifik atau sosial.

Tujuan perdebatan tidak selalunya untuk mendapatkan kelebihan daripada orang lain. Tujuan perbahasan formal adalah untuk mencapai kebenaran sesuatu perkara, tidak seperti "mujadalah" «مجادلة» saling berhujah yang tujuannya adalah untuk membungkam musuh dan mengalahkannya. Tetapi matlamat ini tidak selalu termasuk dalam perbahasan "Munadharah" dan debat.

Salah satu matlamat "Munadharah" atau perbahasan ialah pendidikan dan pengajaran, sebagai pendidikan dan pengajaran tidak langsung, yang justeru lebih berkesan dan kekal dalam fikiran.

Menyeru kepada perbaikan dan melarang terhadap kerosakkan di muka bumi adalah salah satu program utama dakwah agama-agama ketuhanan, atau dengan kata lain agama-agama ketuhanan di samping isu individu, juga memerhati keadaan masyarakat dan mengajak semua orang untuk mengambil bahagian dalam perbaikan masyarakat dan memerangi kerosakkan.

Hazrat Musa (as), yang merupakan salah seorang nabi yang berpangkat tinggi di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa, menggunakan kaedah ini.

Pertama sekali, ditujukan kepada Firaun dan pegawai kerajaannya, dan itu kerana kerosakkan sosial dan penyelewengan alam sekitar tidak dapat diselesaikan dengan reformasi individu dan tempatan semata-mata, sebaliknya, pemimpin masyarakat dan mereka yang menjadi nadi politik, ekonomi dan budaya harus berada di tangan muslih -orang saleh «مصلح», mereka harus diperbaharui terlebih dahulu supaya asas untuk mereformasi (mengislahkan) rakyat atau orang yang lain dapat disediakan, ini adalah pengajaran yang Al-Quran berikan kepada umat Islam untuk mereformasi masyarakatnya.

Terdapat dua jenis pendekatan dalam ayat Al-Quran dalam hal ini:
1. Merujuk kepada pengutusan Nabi Musa (as) kepada Firaun untuk memberi hujah;

ثُمَّ بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ مُوسَىٰ وَهَارُونَ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ بِآيَاتِنَا فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ
"Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya), dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa". (Qs, Yunus 10:75).

Yang kita lihat Nabi Musa (as) pertama sekali mendatangi Firaun dan para pemimpin kerajaannya, ini adalah salah satu rancangan Nabi Musa (as) untuk menyelamatkan Bani Israil dari cengkaman penjajahan Firaun dan membawa hijrah mereka dari tanah Mesir, dan  ini tidak mungkin berlaku tanpa perbincangan dan perdebatan dengan Firaun.

2. Ayat yang merujuk kepada perdebatan Musa (as) dengan Firaun.

وَقَالَ مُوسَى يَا فِرْعَوْنُ إِنِّي رَسُولٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ حَقِيقٌ عَلَىٰ أَنْ لَا أَقُولَ عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ قَدْ جِئْتُكُمْ بِبَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ فَأَرْسِلْ مَعِيَ بَنِي إِسْرَائِيلَ قَالَ إِنْ كُنْتَ جِئْتَ بِآيَةٍ فَأْتِ بِهَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ
"Dan berkatalah Nabi Musa (as): "Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam - sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil untuk menyertai aku - Firaun menjawab: "Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah dia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar". (Qs, Al-A'raaf 7: 104 -106).

Dalam bahagian ayat ini, kita boleh melihat sebahagian daripada perdebatan antara Nabi Musa (as) dan Firaun, berlaku. Nabi Musa (as) dalam pertemuan pertamanya dengan Firaun berkata kepadanya seperti ini: "Wahai Firaun"! «يَا فِرْعَوْنُ» Ucapan yang memuat, sambil memerhatikan kesopanan, tidak mempunyai sebarang sanjungan dan penghambaan terhadap Firaun dan malah menunjukan ketegasan keberanian berkata benar di hadapan Pelaku kejahatan dan penzalim sesosok Firaun, untuk memberi pelajaran dan teguran kepada Firaun bahawa kelakuan angkuh dan sombongnya menderhaka kepada Tuhan dan menganiaya makhluk Tuhan sebagai jalan kesesatan untuk dirinya sendiri dan Tuhan lebih berkuasa untuk memberi hidayah ke jalan keselamatan kepada umat manusia dengan mengutus nabi-nabiNya.

captcha