IQNA

Jihad pembelaan orang tertindas / 1

Rejim zionis Israel perlu dihapus dari muka bumi

18:33 - October 10, 2023
Berita ID: 3103279
ANALISIS BADAI AL-AQSA (IQNA) - Jihad pembelaan orang tertindas suatu kepastian Islam dan kemanusiaan, kerana logika orang-orang mulia adalah; «لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ» "Tidak berlaku zalim dan tidak menerima perlakuan zalim". Rejim Zionis Israel adalah imej Penzalim yang nyata di abad terakhir ini, maka logika kemanusiaan ini berlaku mensahkan penzalim perlu lenyap untuk terciptanya peradaban dunia baru yang penuh toleransi.

Kenapa rejim zionis Israel perlu dihapus dari muka bumi, sebab-sebabnya banyak, diantaranya; Rejim ini telah didirikan di atas penderitaan panjang rakyat bumi Palestin dalam tempoh mencecah 75 tahun (1948-2023) dalam model jajahan paling keji telah dibuat oleh rejim ini atas rakyat asli tempatan bumi Palestin.

Orang yang berusia 90 an tahun pasti sadar bahawa rejim zionis telah sengaja dibentuk di kawasan ini untuk kepentingan kuasa anti Islam dan umatnya bahkan kejahatan rejim ini telah sah sebagai anti kemanusiaan yang bermakna apartheid (hanya sudi menganggap diri mereka sebagai manusia yang mulia, yang lain adalah hamba hina bagi mereka), puak manusia semacam ini amat berbahaya untuk keselamatan hidup bersama antara bangsa-bangsa dan umat di dunia, tentu hal ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mengajarkan untuk hidup toleransi, oleh itu jika ada puak anti toleransi sebaik puak tersebut dihapus, kerana ia bertujuan menghapus orang lain seperti yang dibuatnya selama ini atas rakyat Palestin.

Sebab lain kenapa rejim ini perlu dihapus dari muka bumi, kerana rejim ini telah menjadi pusat kerosakan moral manusia; perkahwinan sesama jantina dinormalisasi di sana yang akan merosak umat manusia kerana menyimpang dari jalan suci fitrahnya, dan mengancam keselamatan moral kemanusiaan kerana perlakuan seksual yang menyimpang bahkan haiwanpun telah dicipta dalam dua jantina yang berbeza untuk mengekalkan spesiesnya.

Dan yang paling disesalkan rejim ini telah memalsukan seruan agama Ibrahimi untuk kepentingan menipu umat manusia dunia sehingga kebanyakan ketua-ketua negara di dunia tidak segera mencegah segala kekejian yang dibuatnya, entah kerana takut jabatannya hilang atau kerana rasuah yang dihulur untuk membungkam dihadapan segala kekejian rejim apartheid; meyahudikan peninggalan-peninggalan sejarah suci Islam, menindas rakyat Palestin dan menghasud kebencian terhadap Islam, Nabi Muhammad (SAW) dan kitab suci Al-Quran.

Berdasarkan kesaksian Al-Quran dengan ayat-ayat yang jelas menyatakan bahawa Nabi Ibrahim (as) telah diperkenalkan oleh Allah SWT sebagai pencari Tuhan pencipta dirinya dan alam semesta melalui daya akal berfikir dari melihat kenyataan kerajaan alam semesta yang megah ini;

وَكَذٰلِكَ نُرِىۡۤ اِبۡرٰهِيۡمَ مَلَـكُوۡتَ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ وَلِيَكُوۡنَ مِنَ الۡمُوۡقِـنِيۡنَ‏ ﴿6:75﴾

فَلَمَّا جَنَّ عَلَيۡهِ الَّيۡلُ رَاٰ كَوۡكَبًا ​ۚ قَالَ هٰذَا رَبِّىۡ​ ۚ فَلَمَّاۤ اَفَلَ قَالَ لَاۤ اُحِبُّ الۡاٰفِلِيۡنَ‏ ﴿6:76﴾

فَلَمَّا رَاَالۡقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هٰذَا رَبِّىۡ ​ۚ فَلَمَّاۤ اَفَلَ قَالَ لَـئِنۡ لَّمۡ يَهۡدِنِىۡ رَبِّىۡ لَاَ كُوۡنَنَّ مِنَ الۡقَوۡمِ الضَّآ لِّيۡنَ‏ ﴿6:77﴾

فَلَمَّا رَاٰ الشَّمۡسَ بَازِغَةً قَالَ هٰذَا رَبِّىۡ هٰذَاۤ اَكۡبَرُ​ۚ فَلَمَّاۤ اَفَلَتۡ قَالَ يٰقَوۡمِ اِنِّىۡ بَرِىۡٓءٌ مِّمَّا تُشۡرِكُوۡنَ‏ ﴿6:78﴾

اِنِّىۡ وَجَّهۡتُ وَجۡهِىَ لِلَّذِىۡ فَطَرَ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضَ حَنِيۡفًا​ وَّمَاۤ اَنَا مِنَ الۡمُشۡرِكِيۡنَ​ۚ‏ ﴿6:79﴾

وَحَآجَّهٗ قَوۡمُهٗ ​ؕ قَالَ اَتُحَآجُّٓونِّىۡ فِى اللّٰهِ وَقَدۡ هَدٰٮنِ​ؕ وَلَاۤ اَخَافُ مَا تُشۡرِكُوۡنَ بِهٖۤ اِلَّاۤ اَنۡ يَّشَآءَ رَبِّىۡ شَيۡـئًـا ​ؕ وَسِعَ رَبِّىۡ كُلَّ شَىۡءٍ عِلۡمًا​ؕ اَفَلَا تَتَذَكَّرُوۡنَ‏ ﴿6:80﴾

وَكَيۡفَ اَخَافُ مَاۤ اَشۡرَكۡتُمۡ وَلَا تَخَافُوۡنَ اَنَّكُمۡ اَشۡرَكۡتُمۡ بِاللّٰهِ مَا لَمۡ يُنَزِّلۡ بِهٖ عَلَيۡكُمۡ سُلۡطٰنًا ​ؕ فَاَىُّ الۡفَرِيۡقَيۡنِ اَحَقُّ بِالۡاَمۡنِ​ۚ اِنۡ كُنۡتُمۡ تَعۡلَمُوۡنَ​ۘ‏ ﴿6:81﴾

اَلَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا وَلَمۡ يَلۡبِسُوۡۤا اِيۡمَانَهُمۡ بِظُلۡمٍ اُولٰۤـئِكَ لَهُمُ الۡاَمۡنُ وَهُمۡ مُّهۡتَدُوۡنَ ﴿6:82﴾

وَتِلۡكَ حُجَّتُنَاۤ اٰتَيۡنٰهَاۤ اِبۡرٰهِيۡمَ عَلٰى قَوۡمِهٖ​ؕ نَرۡفَعُ دَرَجٰتٍ مَّنۡ نَّشَآءُ ​ؕ اِنَّ رَبَّكَ حَكِيۡمٌ عَلِيۡمٌ‏ ﴿6:83﴾

"Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada (Nabi) Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin - Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang" - Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat" - Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya) - "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)" - Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran? - "Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?" - Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk - Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui". (Qs, Al-An'aam 6: 75 - 83).

Jelas Nabi Ibrahim adalah beragama Islam, dengan bukti penyata ayat;

ما کانَ إِبْراهيمُ يَهُودِيًّا وَ لا نَصْرانِيًّا وَ لکِنْ کانَ حَنيفاً مُسْلِماً وَ ما کانَ مِنَ الْمُشْرِکينَ

"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik". (Qs, A-li'Imraan 3:67).

Jika pun istilah Agama Ibrahimi dipopulerkan itu sebenarnya yang dimaksud adalah Agama Islam, bukan agama yang dimaksudkan oleh agenda rejim zionis untuk menormalisasikan yahudism di tempat-tempat suci Islam seperti di Baitulmaqdis, masjid Ibrahimi dan Al-Aqsa di Palestin, yang dipaksa dengan menindas penduduk asli tempatan, perlakuan keji dan jenayah menjajah rakyat Palestin, bahkan bertujuan meluaskan kuasa paksanya ke negara-negara sepanjang sungai Nil dan Furat, yang meniscayakan keangkuhan globalnya sebagai agenda berbahaya bagi keselamatan dunia.

*Siri Kebangkitan jihad membela orang tertindas - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.

captcha