IQNA

Masjid Shahvar Turki, menyediakan perkhidmatan golongan berkeperluan khas

11:43 - October 14, 2023
Berita ID: 3103299
TURKI (IQNA) - Masjid Shahvar di wilayah Eskişehir Turki telah menjadi tempat untuk menyediakan perkhidmatan keagamaan kepada Orang berkeperluan Khas Upaya (OKU) ; penglihatan, pendengaran dan lain yang berkeperluan khas.

Pada 2018, selepas kematian Sehvar Çelikoğlu, penulis Turki, pengasas kumpulan solidariti dengan organisasi wanita dan keluarga, pada usia 81 tahun, keluarganya mula membina masjid ini di kawasan "Batikent" Eski. 

Masjid yang terletak di wilayah Eskişehir di barat laut Turki ini telah dibuka pada tahun 2021 supaya Orang berkeperluan Khas Upaya (OKU); pendengaran, penglihatan dan pergerakan dapat bersolat dengan mudah dan turut menyertai kursus tilawah Al-Quran.

Masjid ini mempunyai tanjakan khas yang direka oleh Jabatan Fatwa Negeri, garisan kuning untuk membimbing Orang berkeperluan Khas Upaya penglihatan, penyediaan tempat letak kereta dan buku yang ditulis dalam Braille.

Masjid ini juga dilengkapi dengan sistem cincin pengecam bunyi yang menyalakan lampu di menaranya supaya orang Orang berkeperluan Khas Upaya pendengaran dapat mengetahui waktu solat.

Selain itu, masjid ini menganjurkan kelas mengaji dalam bahasa isyarat dan Braille untuk kedua jenis OKU tersebut dapat menyertai kursus pendidikan Al-Quran dengan memanfaatkan buku-buku yang disediakan oleh Pertubuhan Hal Ehwal Agama Turki.

Pada tahun 2021, pejabat Afta di Eskişehir memenangi hadiah kedua dalam pertandingan untuk pemerkasaan orang berkeperluan khas yang dianjurkan oleh Kementerian Keluarga dan Perkhidmatan Sosial Turki untuk projek "Istana Sultan, sebuah masjid tanpa kecacatan" sebagai menyokong rancangan, produk, projek dan aplikasi yang bertujuan memudahkan aktiviti harian Orang Keperluan khas Upaya (OKU).

Mengenai idea penubuhan masjid ini, Mufti Bakr Karak wilayah ini berkata: Salah seorang dermawan ingin membina masjid untuk orang berkeperluan khas dan menyerahkannya kepada pentadbiran fatwa. 

Kami, seterusnya, menyediakan perkhidmatan terbaik untuk orang berkeperluan khas, terutamanya OKU Pendengaran dan Penglihatan, dengan rancangan mengikut piawaian Eropah, dan memberi peluang untuk menyertai latihan Al-Quran dan kursus solat.

4174397

captcha