IQNA

Khumus dalam Islam / 2

Etika ekonomi

18:25 - October 16, 2023
Berita ID: 3103316
EKONOMI ISLAM (IQNA)- Salah satu kelebihan Islam ialah ekonominya bersatu dengan etika dan emosi, sebagaimana politik dan agamanya menyatu. Walaupun solat Jumaat adalah ibadah, ia juga merupakan satu muslihat politik. Malah dalam Jihad, Islam memberi perhatian yang mendalam kepada isu emosi, moral, sosial dan politik.

Dalam sistem Islam, hubungan antara rakyat dan pemimpin ketuhanan adalah hubungan rahmat dan keamanan. Islam memerintahkan manusia untuk menyampaikan salam kepada Nabi mereka: 

یا ایّها الّذین آمنوا صلّوا علیه و سلّموا تسلیماً
"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Qs, Al-Ahzaab 33:56).

Dan Islam juga memerintahkan Nabi untuk mengucapkan salam dan hormat kepada orang yang menunaikan zakat: 

خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةًۭ تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌۭ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ١٠٣
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". (Qs, At-Taubah 9:103). 

Dalam Islam, ada hari-hari yang dipanggil hari raya yang, sebagai tambahan kepada kegembiraan dan ucapan selamat, adalah penting untuk mendekati golongan yang serba kekurangan melalui pembahagian daging korban pada hari raya idul adha dan memberi makan kepada orang yang kelaparan di hari raya idul fitri, melalui zakat fitrah. 

Kesyumulan Islam adalah setakat makan dan minum pun telah dirancang dengan penuh kesadaran di samping kalimah;

 "Kuluu" «كلوا» iaitu perintah makan "Mkanlah!", Allah SWT berfirman:

  وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ ٣١
"Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Qs, Al-A'raaf 7:31).

Allah berfirman  di satu tempat: 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقْنَـٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ١٧٢
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya". (Qs, Al-Baqarah 2:172).

Di satu tempat, dia berkata: 

كُلُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقْنَـٰكُمْ وَلَا تَطْغَوْا۟ فِيهِ فَيَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبِى ۖ وَمَن يَحْلِلْ عَلَيْهِ غَضَبِى فَقَدْ هَوَىٰ 
Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia". (Qs, Taha 20:81).

Di satu tempat Allah berfirman: 

 وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ جَنَّـٰتٍۢ مَّعْرُوشَـٰتٍۢ وَغَيْرَ مَعْرُوشَـٰتٍۢ وَٱلنَّخْلَ وَٱلزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُۥ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلرُّمَّانَ مُتَشَـٰبِهًۭا وَغَيْرَ مُتَشَـٰبِهٍۢ ۚ كُلُوا۟ مِن ثَمَرِهِۦٓ إِذَآ أَثْمَرَ وَءَاتُوا۟ حَقَّهُۥ يَوْمَ حَصَادِهِۦ ۖ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ 
"Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau". (Qs, Al-An'aam 6:141).

Bahkan sampai-sampai Allah mengilhamkan lebah untuk menghisap madu bunga, Allah memerintahkannya untuk membuat madu.

Dengan program makana sedemikian, bukanlah pula bermakna Islam adalah agama makan dan tidur sahaja, tetapi Islam adalah agama mengajarkan makan dan juga mengajarkan memberi makan kepada orang yang kelaparan; ajaran Islam lengkap; mengurusi perihal makan dan beramal dan melarang berlaku derhaka; berlebihan dan melampaui batas keseimbangan, Islam telah mengambil kira semua dan memberi perhatian kepada kesyumulan ini?

Walau apa pun, Islam juga mengumpulkan harta yan kelebihan dari penggunaan setiap individu umatnya; Khums dan zakat adalah dua konsep yang mengatur perkara harta lebih ini, bahkan dalam kita petunjuk Al-Quran, anda akan menemui beberapa perkara dan kehalusan yang menunjukkan bahawa perakaunan cukai Islam adalah berbeza daripada perakaunan semua jenis cukai yang dipungut di dunia yang non islamik; undang-undang ditenun dan dibuat oleh pemikiran manusia. 

Dalam undang-undang Islam, semua aspek telah diambil kira;
- Dari apakah khums dan zakat harus diambil?
- Berapakah modal yang dikenakan khums dan zakat?
- Bagaimana mendapatkan, membayar dan bagaimana untuk menggunakan?
- Kepada siapa harta itu harus diberikan?
- Dengan niat apa membayar dan apakah ciri-ciri yang perlu ada pada penerima?
- Bagaimana untuk menarik minat orang ramai untuk membayar khums dan zakat?

*Diambil dan iqtibas daripada buku "Khums", yang ditulis oleh Muhsin Qaraati.

captcha