IQNA

Wanita Palestin di bawah pengeboman penjajah tidak melepaskan Al-Quran dari pegangannya+ foto

11:07 - October 21, 2023
Berita ID: 3103332
GAZA SERANGAN BERAT (IQNA) - Seorang wanita Palestin yang cedera diselamatkan daripada runtuhan serangan udara ke atas rumah Khan Yunes «خان یونس» di selatan Semenanjung Gaza, sambil memegang senaskah Al-Quran di tangan dan tidak melepaskannya.

Laporan IQNA, memetik Palestin Alyaum « فلسطین الیوم»; Kepercayaan kepada takdir Ilahi «تقدیر الهی» dan Gerakan pertahanan dan menentang penjajahan zionis sudah menjadi keyakinan yang tinggi penduduk Gaza, lelaki dan wanita, tua dan muda, untuk berhadapan penderitaan besar yang ditimpakan oleh rejim penjajah ke atas mereka hari ini dengan serangan berdarah rejim itu adalah sangat menggugah fikiran dan perasaan bagi manusia bebas yang memiliki hati nurani.

Malam Khamis, 17 Oktober, ketika askar rejim Zionis menyasarkan rumah-rumah di bandar Khan Yunes di selatan Semenanjung Gaza, seorang wanita Palestin sedang membaca Al-Quran di salah satu rumah ini untuk menenangkan diri dan keluarganya, apabila salah satu peluru berpandu yang sama mengenai rumah mereka.

Apabila penyelamat pergi untuk menyelamatkan mangsa yang mungkin terselamat atau mengeluarkan mayat dari bawah runtuhan rumah, mereka terkejut melihat wanita Palestin ini memegang senaskah Al-Quran dengan kuat di tangannya di bawah runtuhan.

Wanita Palestin, yang dipindahkan ke Hospital Naser «ناصر» di pusat bandar Khan Yunes di selatan Semenanjung Gaza, semasa dan selepas rawatan oleh jururawat, tidak membenarkan mereka mengambil Al-Quran daripadanya dan berkata bahawa kesakitan dan luka dari musibah yang ditimpakan oleh musuh kepada mereka dengan melihat dan membaca ayat-ayat Allah, memberikan ketenangan dan pengobat rasa sakit lukanya.

4176513

captcha