IQNA

Permulaan Badai Al-Aqsa

Kemanusiaan dan kebebasan; Pelajaran hari ini untuk ibu-ibu Iran

13:52 - October 21, 2023
Berita ID: 3103336
IRAN MENYOKONG BADAI AL-AQSA (IQNA) - Hari ini, beribu-ribu ibu Iran bersama anak-anak mereka menyertai pelbagai perhimpunan yang diadakan di seluruh negara, bagi menyokong penduduk Gaza dan mengutuk jenayah rejim Israel yang membunuh kanak-kanak.

Laporan IQNA; Dalam kesinambungan protes antarabangsa yang meluas terhadap pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhan bayi rejim Israel di Gaza, hari ini, Jumaat 20 Oktober, sebilangan besar ibu Iran bersama anak-anak mereka mengadakan perhimpunan bantahan di seluruh Iran terhadap serangan rejim Zionis ke atas Gaza, terutamanya hospital dan pusat perubatan. Mereka mengutuk pembunuhan kanak-kanak Palestin dalam serangan-serangan rejim zionis.

Dalam perhimpunan besar ini, ibu-ibu Iran hadir bersama anak-anak mereka untuk mengajar anak-anak mereka pelajaran mencari kebebasan dan menyokong mereka yang tertindas. 

Rasa simpati yang mendalam ibu-ibu Iran dalam perhimpunan ini dan air mata dan kesedihan mereka yang tidak berkesudahan menunjukkan kemuncak rasa keibuan mereka bahawa mereka menyayangi bukan sahaja anak-anak mereka tetapi semua anak-anak dunia dan tidak mahu dunia menjadi tempat yang tidak selamat untuk kanak-kanak.

انسانیت و آزادی‎خواهی مشق امروز مادران ایران

Ibu-ibu dan anak-anak bandar Tehran, yang memegang bendera Palestin dan sepanduk, manuskrip dan gambar ibu dan anak Palestin yang ditindas, menyatakan simpati mereka kepada ibu para syuhada Palestin.

Termasuk bandar Qom, Masyhad dan bandar-bandar lain di Iran, perhimpunan serupa telah disaksikan di mana ibu-ibu Iran hadir secara meluas untuk bersimpati dengan ibu-ibu Palestin dan menunjukkan imej menyayat hati kanak-kanak Palestin yang syahid dengan air mata dan kesedihan sebagai tanda sokongan mereka terhadap gerakan Badai Al-Aqsa yang akan segera mengakhiri penindasan kanak-kanak Palestin dengan bantuan Tuhan dan umat Islam sedunia.

4176583

captcha