Allah SWT berfirman:
وَ اعلَموا أنّما غَنِمتُم مِن شَىءٍ فَاِنّ لِلّهِ خُمُسَه و لِلرَّسولِ ولِذِى القُربى وَ الیَتامى والمَساكینِ وابنِ السَّبیلِ اِن كُنتُم آمَنتُم بِاللّه...
"Dan ketahuilah, sesungguhnya bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan bekalan), jika kamu beriman kepada Allah...". (Qs, Al-Anfaal 8:41).
Tarikh turunnya ayat
Ada yang menganggap masa turun ayat ini pada waktu perang Bani Qainuqa (15 Syawal tahun kedua Hijriah), ada yang menganggap turun wahyu ini pada masa perang Uhud (7 Syawal tahun ketiga Hijriah) dan ada yang menganggap pada masa perang Badar (Ramadan tahun kedua Hijriah); bahawa Tuhan menghendaki Mujahidin Islam membayar khums dari apa yang mereka telah ambil sebagai pampasan perang.
Melihat lebih dekat ayat Khums
Ayat Khums memeliki kepentingannya kerana:
1. Dalam sedikit ayat yang berkaitan dengan masalah ahkam, memiliki banyak penekanan; dalam setiap frasanya telah muncul satu demi satu, kita boleh saksikan dalam ayat mengenai khums seperti frasa-frasa penekanan berikut;
وَ اعلَموا
أنّما غَنِمتُم مِن شَىءٍ
... فَاِنّ لِلّهِ خُمُسَه
...اِن كُنتُم آمَنتُم بِاللّه
Ketahuliah!, Sesungguhnya bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (Khums dibahagikan) untuk (jalan) Allah... jika kamu beriman kepada Allah...
Ini semua merujuk pada frasa penekanan yang menunjukkan kepentingan membayar atau mengeluarkan harta khums dari sudut wahyu Tuhan.
2. Untuk memperkasakan iman masyarakat, kerana ayat berkata: "Jika kamu beriman, berikanlah khums". Oleh itu, pembayaran harta khums diiktiraf sebagai pelengkap iman.
3. Kalimat «فانّ للّه خُمُسه» (yang disebut ayat nominal - «جمله اسمیّه» jumlah ismiah) menunjukkan bahawa ketetapan ini adalah kekal, bukan sementara atau bermusim, kerana sesuatu yang menjadi tanda keimanan tidak boleh bersifat sementara.
4. Perkataan «واعلموا» dalam awal ayat bermaksud anda harus berdasarkan pengetahuan yang diyakini kebenaranya sebagai perintah Allah SWT untuk memberi khums dan mengambil serius isu tersebut.
Dan sebenar sungguh sangat pelik, bahawa perkara-perkara; turut serta di medan perang melawan orang-orang kafir, berada di sebelah Nabi (SAW), mengerjakan solat dan puasa, memiliki akidah yang benar tentang Islam, termasuk kalangan Muhajirin, Ansar dan yang terdahulu bersama Nabi (SAW) «السابقین», mendapat cedera dan akhirnya memenangi perang atas tentera kafir, semua ini tidak cukup sebagai penunjuk iman seseorang muslim, kerana dengan semua itu ayat, kesempurnaan iman turun untuk para pahlawan Islam pada masa sebagai asbab turunnya wahyu ayat itu dan berkata:
وَ اعلَموا أنّما غَنِمتُم مِن شَىءٍ فَاِنّ لِلّهِ خُمُسَه
اِن كُنتُم آمَنتُم بِاللّه...
Yang bermaksud: "Wahai pahlawan yang menang! Jika anda beriman maka bayarlah Khums daripada harta pampasan perang itu!".
Disini kita mesti faham bahawa; Jika anda mengikuti beberapa perintah seperti Jihad dan solat, tetapi tidak mengikut perintah Khums, anda tidak mempunyai iman yang sebenar.
Satu nota penting;
Rasulullah (SAW) tidak tidur pada malam Perang Badar dan sentiasa berdoa dan berkata yang bermaksud:
"Ya Allah! Kumpulan kecil umat Islam ini tiada yang menyerupai mereka di muka bumi ini, jika mereka gagal dalam peperangan ini, tentu Engkau tidak akan mempunyai hamba yang setia seperti mereka lagi di muka bumi ini" - Doa baginda sesuai dengan kecemasan dan kekhawatiran beliau (SAW) pada masa itu.
Tetapi Al-Quran berkata kepada pahlawan-pahlawan Islam ini:
Jika kamu beriman, berilah khums. Maksudnya, bilangan orang beriman di dunia mungkin sangat sedikit, tetapi walaupun sedikit yang masuk dalam doa Nabi (SAW), tetap Allah SWT menetapkan ukuran keimanan adalah kesediaan membayar Khums; tidak beriman jika mereka tidak menunaikan kewajipan ilahi untuk bayar khums.
*Diambil dan iqtibas daripada buku "Khums", yang ditulis oleh Muhsen Qaraati.