IQNA

Seorang penganalisis Lubnan dalam temu bual dengan IQNA:

Paksi pertahanan Palestin tidak akan membenarkan rejim Zionis mencipta "Nakbah" baru.

16:55 - October 29, 2023
Berita ID: 3103381
BADAI AL-AQSA PALESTIN (IQNA) - Seorang penganalisis Lubnan percaya bahawa hari ini negara Palestin lebih sedar, lebih berwaspada dan lebih berpendidikan daripada sebelumnya, dan paksi penentangan yang telah dibentuk dalam dekad yang lalu adalah arus yang kuat dan berjaga-jaga, dan sudah pasti tidak akan membenarkan Nakbah ««نکبة»» baru untuk rakyat Palestin.

Hampir Empat minggu telah berlalu sejak bermulanya serangan kejam rejim Zionis di Semenanjung Gaza, yang dilakukan sebagai tindak balas kepada operasi Badai Al-Aqsa «طوفان الاقصی», ramai penganalisis menganggap serangan ini sebagai tindakan buta, tanpa tujuan dan tidak membuahkan hasil, satu-satunya kejayaan yang dicapai ialah pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin dan kemusnahan infrastruktur Gaza.
  
Talal Atrisi «طلال عتریسی», seorang pemikir dan penganalisis politik Lubnan, menegaskan dalam temu bual dengan IQNA bahawa matlamat musuh Israel menyasarkan masjid dan gereja di Semenanjung Gaza adalah untuk menakutkan orang ramai. 

Matlamatnya adalah untuk menjadikan penduduk kawasan ini berasa tidak berdaya di mana-mana dan supaya bergerak keluar dari kawasan ini. 

Menurutnya, Israel tidak mempedulikan reaksi dunia Islam yang mengecam pengeboman masjid dan bahkan melanggar undang-undang dan norma antarabangsa.

Menurunkan populariti HAMAS, matlamat utama Israel
   
Talal Atrisi menyatakan bahawa perkara kedua pengeboman biadab ini ialah Israel musuh ingin membuat rakyat Palestin membayar apa yang dilakukan oleh gerakan HAMAS, supaya rakyat Palestin menjauhi Gaza dan gerakan HAMAS. Israel musuh terus membedil dan membunuh serta tidak menghentikan operasi ini untuk membuatkan rakyat Palestin terfikir meninggalkan Gaza yang dikenali sebagai projek penggusuran rakyat Gaza. 

Hasrat mereka ialah mengosongkan Gaza atau penempatan semula penduduk ke kawasan lain yang jauh seperti di Sinai - Mesir, supaya gerakan HAMAS akan dibiarkan tanpa sokongan rakyat.

Tujuan memusnahkan gereja dan masjid di Gaza
Sebagai jawapan kepada soalan mengenai sasaran gereja dan masjid oleh rejim Zionis, sama ada Israel mahu mewujudkan diskriminasi agama terhadap semua orang bukan Yahudi dalam perang ini beliau berkata: menyasarkan gereja dan masjid mempunyai mesej yang jelas bahawa rejim Zionis melakukan tidak memilih antara apa-apa jenis sasaran di Gaza, secara membuta tempat-tempat keagamaan ini menjadi tidak selamat walaupun orang awam berteduh di dalamnya.

Dan terdapat dimensi ideologi di kalangan orang Yahudi yang membenarkan pembunuhan dan pemusnahan segala yang bukan Yahudi, membenarkan bukan sahaja pemusnahan institusi keagamaan tetapi juga pembunuhan dan pemusnahan orang, pokok, dan batu. Ya, ada dimensi ideologi ini.

Rakyat Palestin tidak akan membenarkan Nakbah baru

Merujuk kepada adegan khemah di kawasan Khan Yunes «خان یونس» (selatan Semenanjung Gaza), pemikir Lubnan ini berkata: kebanjiran penduduk dari utara Semenanjung Gaza ke kawasan selatan adalah serupa dengan penciptaan tempat perlindungan pada awal tahun peristiwa Nakbah tahun 1948. 

Tetapi kem-kem ini tidak bermakna Nakbah baru; Pertama, rakyat Palestin masih mengingati Nakbah tahun 1948 dan kini lebih sedar, berwaspada dan berpendidikan, dan seperti yang kita lihat, rakyat Palestin sekarang tidak akan menerima Nakbah baru dan tidak akan membenarkan satu Nakbat baru terjadi, khususnya pertahanan rakyat Palestin adalah penentangan bersenjata dan sedar yang mereka masih kuat.
 
Beliau menambah: Kedua; Jika Israel musuh memenangi pertempuran ini dan barisan Penentangan kalah dalam pertempuran ini; Nakbah baru akan direalisasikan, dan ini tidak dapat direalisasikan walaupun terdapat semua pengeboman dan kemusnahan, dengan mengambil kira keupayaan barisan Penentangan semasa yang cukup Pertahanannya, musuh Israel hari ini bukanlah seperti pada tahun 1948, apabila ia boleh mengganas dan membunuh orang dan sunyi dari pantauan mata dunia, dan media sosial serta rangkaian radio dan televisyen hari ini melaporkan segala yang berlaku di mana-mana sahaja di dunia. Akibatnya, Israel musuh ini tidak boleh mencipta bencana baru tanpa pengetahuan dunia hari ini, dan paksi Pertahanan Palestin telah terbentuk dan memiliki kuasa yang cukup hebat.

4177758

captcha