IQNA

Kaedah pendidikan para nabi / 34 - Nabi Nuh (as)

Kebangkitan hati nurani dalam dakwah Nabi Nuh (as)

15:29 - November 04, 2023
Berita ID: 3103412
TEHRAN (IQNA) - Di samping tubuh dan rupa ini, manusia mempunyai kebenaran dalaman (ruh - hati nurani - jiwa) yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan dan kemajuan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Salah satu ciri dalaman manusia ialah hati nuraninya. Hati nurani membantu seseorang untuk membezakan antara tindakan yang baik dan buruk tanpa panduan luaran, dan jika seseorang berada di jalan yang salah, dia dihukum oleh hati nurani dan mendorong kembali ke jalan kehidupan yang sihat.

Antara kaedah pendidikan yang biasanya memberi kesan positif kepada manusia dan menyebabkan pembaikan diri manusia ialah kaedah membangkitkan hati nurani - memberi kesedaran dalaman jiwa manusia. 

Memberi perhatian kepada hakikat manusia dan untuk apa dia datang ke dunia ini dan apa yang sebelum ini mempunyai peranan penting dalam pendidikan manusia. 

Apabila seseorang menyedari fakta ini, jelas bahawa dia menyesal dan membetulkan dirinya atas banyak kecuaian dan tindakan salah yang pernah dilakukannya. Malah, dalam kaedah ini, jurulatih (pendidik) mempunyai kewajipan untuk mengingatkannya (yang didik) tentang kebenaran dan kesempurnaan yang boleh diperolehi oleh anak didik (yang dididik), supaya hati nuraninya yang sedang tidur jadi terjaga.

Kesan kaedah ini untuk meningkatkan seseorang tidak dapat dinafikan. Oleh itu, Alla SWT, yang merupakan satu-satunya guru dan Tuhan dunia, telah menggunakan kaedah ini. 

Jika kita meneliti ayat-ayat Al-Quran, kita akan menemui pelbagai ayat yang cuba memberi amaran kepada manusia. 

Allah menceritakan dari benih manusia hingga penciptaan tujuh langit untuk mengingatkan manusia agar tidak lupa betapa lemah dan daif dirinya di hadapan Allah. 

Allah telah mengulangi perkara yang sama dalam beberapa ayat untuk menunjukkan kepentingan isu ini kepada manusia.

Nabi Nuh (as) tidak teragak-agak menggunakan kaedah ini untuk membimbing umatnya. Dalam surah yang dinamakan sempena nama dirinya (surah Nuh), Beliau (as) banyak kali menceritakan nikmat Allah untuk menyedarkan hati nurani kaumnya, tetapi kaum itu hanya mengingkarinya. 

Hazrat berkata kepada kaum itu: 

مَّا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًۭا ١٣ وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا ١٤ أَلَمْ تَرَوْا۟ كَيْفَ خَلَقَ ٱللَّهُ سَبْعَ سَمَـٰوَٰتٍۢ طِبَاقًۭا ١٥ وَجَعَلَ ٱلْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًۭا وَجَعَلَ ٱلشَّمْسَ سِرَاجًۭا ١٦ وَٱللَّهُ أَنۢبَتَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ نَبَاتًۭا ١٧ ثُمَّ يُعِيدُكُمْ فِيهَا وَيُخْرِجُكُمْ إِخْرَاجًۭا ١٨ وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ بِسَاطًۭا ١٩
"Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya) - Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? - Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat - Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang) - Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna - Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya? - Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan - Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya". (Nuh 71:13 - 20).

Nabi Nuh (as) terlebih dahulu dengan satu kalimah menyalahkan kaumnya. Dalam perkara ini beliau (as) menyebut memberi kesadaran dengan mengingatkan tentang kelemahan dan ketidakupayaan mereka. 

Kerana tidak kira berapa banyak kuasa seseorang, dia tidak boleh mencipta langit yang begitu hebat, atau mencipta manusia dari setitis cecairan, tetapi mempunyai banyak bakat dan mencipta bumi yang rata untuk kehidupan manusia.

Semua petunjuk ini dibuat supaya hati nurani mereka menghalang mereka daripada sesat, tetapi kami melihat bahawa kebanyakan orang pada zaman Nabi Nuh (as) binasa kerana kekufuran mereka.

captcha