IQNA

Khumus dalam Islam / 5

Kesan-kesan membayar Khums

16:44 - November 07, 2023
Berita ID: 3103430
TEHRAN (IQNA) - Jika kita perhatikan tafsiran yang diberikan dalam ayat dan hadis, kita akan mengetahui lebih lanjut tentang kesan membayar khums.

Senarai beberapa ayat dan perkataan yang telah digunakan untuk falsafah Khums.
1. Generasi bersih
Dalam hadis, ada penyata kata: «لتطیب ولادتهم» "Demi kesucian  kelahiran keturunan", membayar khums menjadikan harta suci dan kekayaan yang suci adalah permulaan generasi yang suci, kerana dengan harta itu keturunan dibesarkan.

2. Mengukuhkan agama
Imam Redha (as) berkata: «الخمس عوننا على دیننا»

"Khums adalah pertolongan kepada agama kami".

3. Tanda kesetiaan
Dalam tafsiran kita membaca: 

«المسلم من یفى اللّه بما عهد الیه و لیس المسلم من اجاب باللسان و خالف بالقلب»
“Seorang muslim itu, dia yang menunaikan kesetiaan kepada apa yang telah dibuat perjanjian Allah dengannya, dan bukanlah seorang Muslim yang menjawab dengan lidahnya yang bercanggah dengan hatinya".

4. Membantu rakan

5. Kesucian harta
Imam Sadiq (as) berkata: 

«ما ارید بذلك الا ان تطهروا»
"Tiada yang aku tujukan dengan mengambil dirham kamu melainkan untuk menyucikan kamu".

6. Ketersediaan dan keberkahan pendapatan

7. Menjaga maruah pemimpin Agama terhadap pihak lawan

 8. Pembasmian kemiskinan daripada keluarga Nabi (SAW)
Imam Kazim (as) berkata:

«و جعل للفقراء قرابة الرسول نصف الخمس فاغناهم به عن صدقات الناس...»
"...Allah memberikan separuh daripada khums untuk meringankan kefakiran kerabat Nabi (SAW) supaya mereka berkecukupan dari terputus zakat dan sedekah". 

9. Penebusan dosa dan penyelamatan untuk hari kiamat
Imam Redha (as) berkata: 

«فان اخراجه... تمحیص ذنوبكم و ما تمهدون لانفسكم لیوم فاقتكم»
"Membayar khums harta adalah pengampunan untuk dos-dosa kalian dan menabung untuk hari kiamat dan hari keperluanmu".

10. Jaminan syurga
Seseorang datang kepada Imam Baqir (as) dan membayar khums dari hartanya, Imam berkata: 

«ضمنت لك علىّ و على ابى الجنّة»
"Wajib bagiku dan ayahku menjamin syurga untukmu". 

11. Masuk dalam doa para Imam suci Ahlul-Bayt (as).

12. Kunci rezeki

13. Pendisiplinan akaun dalam modal
Seseorang yang menyimpan akaun tahunan dan membayar khums sebenarnya adalah seorang akauntan, tetap dan tepat, dan jumlah pendapatan dan penggunaannya ditentukan.

14. Faedah istimewa
Orang-orang yang membayar khums, iaitu mereka menganggap bahagian Allah, Rasul, Ahlul-Bayt(as) dan bahagian orang lain dalam setiap pendapatan mereka.

- Tidakkah kita membaca dalam Al-Quran: 

«فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ»
“Ingatlah kepadaku, nescaya Aku ingat kepadamu”. (Qs, Al-Baqarah, 152).

- Tidakkah kita membaca dalam Al-Quran: 

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ
"Jika kamu berbuat baik, sebenarnya kamu berbuat baik  kepada dirimu sendiri" (Qs, Al-Baqarah, 152).

- Tidakkah kita baca dalam Al-Quran: 

«وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا»
"Jika seseorang itu melayan kamu dengan baik, hendaklah kamu melayannya lebih baik daripadanya." (Qs,An-Nisa, 86).

- Bukankah Al-Quran berjanji bahawa:

«إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ»
 "Jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu juga". (Qs, Muhammad, 8).

- Bukankah Al-Quran memberitahu kita tentang mencintai orang yang soleh: 

«انّ اللّه یحبّ المحسنین»
"Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan". (Qs, Baqarah,195).

Orang yang membayar Khums, memberikan hak Allah, Rasul dan Imam, dan dia termasuk kepada semua ayat tersebut. 

Kerana dia mengingati Tuhan, melakukan kebajikan, memuliakan para wali Tuhan dan orang miskin, dan membantu pusat-pusat pendidikan agama Ilahi, dan dia menerima semua nikmat agung ini, hanya dengan membayar 20% daripada lebihan pendapatan tahunan tetapi dihadapan manfaat yang besar.

*Diambil dan iqtibas daripada buku "Khums", yang ditulis oleh Muhsen Qaraati.

tanda nama: Khumus dalam Islam
captcha