Syed Mohammad Hosseini; pensyarah dan pengkritik filem, dan beliau ialah setiausaha dan pengarah program berbahasa Farsi: «سینماچهار» "Cinemachahar" - Pawagam Empat. Sebelum itu, beliau adalah pengarah pusat pengeluaran teks organisasi sinematografi bidang seni, dan kini beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pawagam Revolusioner dan Pertahanan suci - Holy Defense «مدیرعامل انجمن سینمای انقلاب و دفاع مقدس».
Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa (IQNA) mengadakan temu bual dengan beliau, yang akan kami bentangkan berikut salinannya:
IQNA - Kekejaman Zionis telah menjejaskan seluruh dunia pada hari ini, sebab itu kita menyaksikan protes di seluruh dunia di mana jenayah Zionis dikutuk. Terangkan tentang isu ini?
Apa yang berlaku di Gaza hari ini mewakili kekejaman manusia moden; Seseorang yang mendakwa dunia yang selamat untuk manusia, tetapi dalam praktiknya telah mendekati primitif dan kebiadaban barbar.
Kezaliman yang dilakukan oleh Zionis amat ketara sehinggakan seluruh dunia bertindak balas terhadapnya. Reaksi terhadap kekejaman Israel tidak ada kaitan dengan agama atau negara tertentu, dan semua orang bertindak balas terhadapnya.
Apabila kita melihat kekejaman Zionis, saya teringat dengan buku "Why Americanism" yang ditulis oleh Roger Garudi. Dalam buku itu, dikatakan bahawa orang yang menghasilkan dan menyokong pengeluaran senjata pemusnah adalah orang yang bodoh. Golongan ini memandang kepercayaan orang sebagai tahyul dan tidak mempercayai apa-apa termasuk tradisi. Mereka ini melihat tamadun sebagai alat untuk menggalakkan manusia. Artikel ini bukan kata-kata kami, tetapi ia diungkapkan oleh seorang profesor terkemuka Universiti Sorbonne.
IQNA - Sebahagian daripada kekejaman yang anda katakan adalah dalam bidang media, dan malangnya, iklan ini boleh dirasai di dalam negara juga. Terangkan tentang isu ini.
Perangai sebahagian orang dalam negara yang saudara sebutkan bersama media barat adalah tidak asli dan boleh dikatakan sebagai satu jenis kedegilan dan kebodohan. Isu ini bukan sahaja khusus untuk masa kini, tetapi ia telah berlaku sepanjang hayat manusia. Iaitu, ada orang yang menutup mata mereka terhadap kekejaman dan ketidakadilan, sedangkan apa yang berlaku adalah jelas. Dalam hal ini, melihat jenayah Zionis, bagaimana boleh dikatakan bahawa Israel adalah sah bertindak brutal kejam?
Dalam media barat, peristiwa bersilang (Pemusingan fakta) juga dinyatakan. Sebagai contoh, mereka sentiasa menyatakan bahawa Hamas menyerang terlebih dahulu dan Israel bertindak balas terhadapnya, tetapi mereka tidak mengatakan bahawa rakyat Palestin telah dijajah oleh Zionis selama hampir tujuh - lapan puluhan tahun. Dalam pada itu, media Barat dan Zionis juga telah membuat banyak pembohongan yang terbongkar kemustahilannya, termasuk pemenggalan kepala yang mereka dakwakan kepada Hamas.
IQNA - Media Barat dan Zionis sedang menjalankan tipu muslihatnya, apa yang media kita (media umat Islam) boleh buat sementara ini?
Untuk berjaya dalam perang media, satu set diperlukan yang dapat menentang serangan sedemikian. Sebahagian daripada tindakan agensi propaganda Zionis ialah mewujudkan gerakan sesat seperti ISIS di Timur Tengah. Malah, mereka mahu mencipta kebenaran untuk berita mereka bersama-sama dengan tindakan strategik. Dalam keadaan sedemikian, kita juga mesti mempunyai keupayaan untuk mengambil tindakan yang berkesan bersama-sama dengan kerja media.
IQNA - Sebahagian daripada kerja media mengenai Gaza ialah penerbitan program drama - "penceritan lakonan". Bahagian ini adalah misi artis, tetapi pembuat filem atau pelakon sahaja tidak boleh cukup menjadi pengasas karya tersebut. Sebutkan peranan kerajaan dalam penghasilan filem dan siri televisyen berpaksikan Palestin - ini satu cara jihad Penentangan terhadap propaganda palsu media Zionis dan sekutunya.
Walaupun saya tidak menafikan bahawa kedaulatan (kerajaan) boleh menjadi sebahagian daripada penyokong produksi anti-Zionis, tetapi pembikinan filem di kawasan ini tidak ada kena mengena dengan kedaulatan kerana saya percaya isu Palestin ini bukan satu isu yang perlu diberi perhatian oleh sesetengah pembuat filem sahaja. Sudah tentu, sesetengah pembuat filem mungkin mendakwa bahawa mereka mempunyai skrip yang mereka tidak diberi peluang untuk membuat. Kenyataan mereka ini mungkin benar pada zahirnya, tetapi saya tidak maksudkan sebarang skrip atau karya, tetapi karya yang boleh dilihat sebagai kerja membuat aliran penentangan sangat perlu, jika tidak, terdapat banyak karya berkualiti rendah dalam hal ini. Walapun ada juga banyak karya berkualiti baik Sebagai contoh, saya akan menyebut filem; «بازمانده» "Survivor" yang bagus yang menggambarkan wajah sebenar Zionis.
IQNA - Selain pembikinan filem, adakah artis khusus pelakon filem dan televisyen memberi perhatian terhadap apa yang berlaku di Gaza?
Malangnya, apa yang kita lihat di halaman peribadi artis di alam maya adalah pendekatan yang minimum. Tidak ada alasan untuk tidak mengambil perhatian ini kerana mungkin dianggap mereka cuba berdegil dengan kerajaan, sedangkan apa yang berlaku hari ini di wilayah yang diduduki hanya berkaitan dengan kemanusiaan. Adakah mungkin untuk mengabaikan pembunuhan kanak-kanak dan wanita?! Ini adalah kekurangan kerja manakala apabila kucing seorang pelakon mati, terdapat begitu banyak reaksi di ruang maya!
Di akhir ucapan saya, saya ingin mengingatkan anda tentang sesuatu. Dua tahun lalu, dalam temu bual dengan Iqna, saya mengatakan bahawa ISIS sudah berakhir, tetapi kerja media ISIS belum berakhir. ISIS telah bertelur di Turki hari ini dan muncul dalam bentuk media. Dalam hal ini, satu siri sedang disiarkan di Turki yang menunjukkan ibu pejabat ISIS di Tabriz! Pendekatan ini terus meningkat dan pasti akan tiba satu hari ia akan meningkat dan mereka akan mengatakan bahawa Daesh bercakap bahasa Parsi.
*Temu bual dengan Dawood Kenshlo; Wartawan IQNA.
4180648