
5 kriteria dosa besar ialah:
1. Sebarang dosa yang telah dijanjikan Allah memiliki azab yang disebut di dalam Al-Quran.
2. Setiap dosa yang telah ditetapkan oleh syariat suci memiliki hukum hudud jenayahnya, seperti meminum arak, berzina, mencuri, dikenakan hukuman sebat, bunuh, dan rejam sebagai hukum hududnya, dan telah diperingatkan dalam Al-Quran.
3. Sebarang dosa yang menunjukkan sikap tidak mempedulikan agama.
4. Mana-mana dosa yang telah dibuktikan keharaman dan kebesarannya dengan bukti yang tegas.
5. Setiap dosa yang amat diancam oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
Mengenai jumlah dosa besar, ada yang menyebut 7, 10, 20, 34, 40 dan banyak lagi. Perlu diingatkan bahawa perbezaan ini telah diadaptasi dari pelbagai ayat dan riwayat yang menunjukkan kepelbagaian dosa besar.
Dalam kitab Tahrir al-Wasila «كتاب تحریر الوسیله، امام خمینى قدس سره », Imam Khomeini (ra) mengatakan bahawa terdapat banyak dosa besar, antaranya ialah:
1. Kekecewaan / berputus asa dari rahmat Allah.
2. Berdusta atas nama Allah, Rasulullah dan Wasi Nabi (SAW).
3. Pembunuhan yang tidak perlu.
4. Derhaka kepada ayah dan ibu.
5. Memakan harta anak yatim secara zalim.
6. Nisbah zina dengan wanita yang menjaga kehormatannya.
7. Lari dari medan perang terhadap musuh-musuh Allah.
8. Pemutusan rahim (memutus komunikasi dengan saudara mara).
9. Sihir
10. Zina
11. Liwath.
12. Mencuri
13. Meminum arak (memabukkan - menghilangkan akal).
14. Riba.
15. Makan harta yang haram.
16. Perjudian.
17. Memakan daging binatang yang disembelih tidak patuh syarak.
18. Berbohong.
19. Pemborosan dan pembaziran.
20. Pengkhianatan.
21. Ghibah (membicarakan aib saudara semuslim).
22. Meninggalkan solat.
23. Tidak membayar zakat.
Tetapi syirik kepada Allah dan mengingkari apa yang diperintahkan Allah, dan memusuhi para wali Allah, adalah antara dosa yang paling besar.
Satu lagi pembahagian tentang dosa
Imam Ali (as) berkata dalam sebuah ucapan:
الذُّنوبُ ثلاثةٌ : فَذَنبٌ مَغفورٌ ، و ذنبٌ غَيرُ مَغفورٍ ، و ذنبٌ نَرجُو لِصاحِبِهِ و نَخافُ عَليهِ
"Ada tiga macam dosa;
1. Dosa yang diampuni
2. Dosa yang tidak diampuni,
3. dan dosa yang diharapkan (ampunannya) dan ditakuti akan azabnya".
*Dipetik daripada buku berbahasa Farsi bertajuk; «گناه شناسی»" - Gunoh syenosi - "Pengenalan terhadap Dosa" yang ditulis oleh Muhsin Qaraati.