IQNA

Jalan pembangunan manusia / 6

Menggalakkan pendidikan

16:56 - November 27, 2023
Berita ID: 3103521
TEHRAN (IQNA) - Ajaran Islam banyak memberi perhatian kepada pendidikan jiwa dan penanaman kerohaniaan; Kerana dalam cahaya penanaman diri dan pendidikan jiwa, manusia mencapai tahap penuh kemanusiaan dan akhirnya mencapai kemakmuran dan kebahagiaan abadi.

Amirul-Muminin Imam Ali (as) berkata:

لَو كُنّا لا نَرْجو جَنّةً، و لا نَخْشى نارا و لا ثَوابا و لا عِقابا لَكانَ يَنْبَغي لَنا أنْ نَطلُبَ مَكارِمَ الأخْلاقِ؛ فإنَّها مِمّا يدُلُّ على سبيلِ النَّجاحِ
 "Jika kita tidak ingin berharap syurga dan tidak takut terhadap neraka, dan tidak ada pahala, tidak ada hukuman, tetapi hendaknya kita tetap pastikan meminta"kebaikan akhlak «مَكارِمَ الأخْلاقِ»", Kerana sesungguhnya ia akan menuntun ke jalan kejayaan." 

Yang bermaksud: Sepatutnya, sekiranya kita tidak mengharapkan syurga dan tidak takut kepada api neraka serta tidak percaya kepada pahala, masih wajar untuk mencari kebaikan akhlak, kerana kebaikan akhlak menunjukkan kepada jalan kemenangan dan kebahagiaan manusia.

Sebaliknya, seseorang itu perlu tidak asyik dengan urusan kebendaan dan jasmani, tetapi mungkin mengamalkan penjimatan fizikal agar dapat berjalan tepat di atas landasan mendidik jiwa, sebagaimana Amirul Muminin (as) dalam ucapan;

أَسْهِرُوا عُيُونَكُمْ وَ أَضْمِرُوا بُطُونَكُمْ وَ اسْتَعْمِلُوا أَقْدَامَكُمْ وَ أَنْفِقُوا أَمْوَالَكُمْ وَ خُذُوا مِنْ أَجْسَادِكُمْ
"Jaga matamu dan kuruskan perutmu dan gunakan langkahmu, nafkahkanlah hartamu dan tingkatkan semangatmu dan didiklah jiwamu".

 

*Dipetik dan iqtibas daripada buku berbahasa Farsi bertajuk «راه رشد» "Rah Rusyd" Jalan menuju pembangunan insan, yang ditulis oleh Muhsin Qaraati.

captcha