Laporan IQNA; Hasan Muslimi Naini «حسن مسلمی نائینی», presiden Universiti Jihad, semasa memperingati haul ke-18 meninggalnya Saeed Kazemi Ashtiani «سعید کاظمی آشتیانی», yang bermula hari ini, Khamis, 4 Januari, di Gulzar Syuhada Behesht Zahra, Tehran, dan akan diteruskan esok dalam bentuk beberapa pertemuan ilmiah, semasa memberi ucapan; mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Universiti Jihad yang mengambil bahagian dalam kempen "Saeed Iran" «سعید ایران» dan berkata: "Adalah menjadi kewajipan kita semua untuk mengikuti arahan Pemimpin Tertinggi dalam memperkenalkan saintis ini."
Hasan Muslimi Naini juga mengutuk tindakan keji pengganas yang membunuh orang awam Kerman dan berkata: Musuh telah melakukan tindakan sedemikian selama lebih daripada 40 tahun, tetapi revolusi kita semakin kuat setiap hari.
Muslimi Naini mendoakan kesihatan yang baik kepada mereka yang cedera dalam insiden ini dan menghormati ingatan Ayatullah Misbah Yazdi « آیةالله مصباح یزدی» terhadap Sardar Soleimani dan Dr. Kazemi Ashtiani, berdasarkan kenyataan; "Pemimpin Tertinggi telah berulang kali menekankan keperluan untuk memperkenalkan saintis mulia Iran Dr. Ashtiani ini, sebagai tugas besar dalam kempen "Saeed Iran", dalam bentuk perbualan terperinci dengan saintis di negara ini dan dengan usaha agensi berita ISNA dan IQNA, kami cuba melakukannya.
Merujuk kepada gerakan "Saeed Iran", beliau berkata: Prinsip-prinsip ini tidak harus dipertimbangkan hanya untuk sekedar memperingati haul wafatnya Dr Ashtiani, tetapi sepanjang tahun, dalam pekerjaan dan kehidupan, kita harus menggunakan prinsip-prinsip ini dan mengumpulkan kenangan rakan-rakan mengenai saintis mulia Iran Dr. Kazemi Ashtiani.
Muslimi Naini, sambil menunjukkan bahawa beliau mengenali Dr. Kazemi Ashtiani melalui kata-kata Pemimpin Tertinggi, presiden Universiti Jihad berkata: Saya tidak mempunyai peluang untuk bekerja dengan Dr. Ashtiani, tetapi saya mengenalinya melalui kata-kata Pemimpin Tertinggi, dan kita harus menyemak kata-kata ini. Saya syorkan anda untuk membaca buku-buku ini;
«روایت رویش» و «سلولهای بهاری» "Growth Narrative" and "Spring Cells" yang ditulis tentang kehidupan dan aktiviti Dr Ashtiani, dalam kedua-dua buku ini terdapat poin-poin berharga tentang ciri-ciri jihad yang ikhlas ini.
Beliau menjelaskan: Dr. Kazemi Ashtiani adalah contoh teladan untuk semua orang. Untuk saintis, pengurus, pekerja, doktor dan setiap daripada mereka mempunyai kemungkinan untuk mengakses ciri-ciri kehidupan dan tindakan jihadnya.
Muslimi Naini menambah: Salah satu fasal kenyataan langkah kedua revolusi adalah mengenai "kerohanian dan etika" «معنویة و اخلاق» dan dalam empat puluh tahun pertama revolusi, kejayaan kita adalah dengan bantuan kerohanian dan etika moral ini, Dr. Kazemi Ashtiani seorang saintis yang juga terkenal dalam keteladan bidang ini.
Presiden Universiti Jihad selanjutnya menunjukkan beberapa ciri Dr. Ashtiani dalam buku yang ditulis tentang saintis ini dan berkata: Rakan-rakannya berkata bahawa Kazemi Ashtiani membuat perjanjian dengan Tuhan dan menerima ganjarannya daripada Tuhan, dan kerana ini, dia diberkati Allah; Segala usahanya adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat. Apabila para penatua saintifik negara mendapati kesulitan untuk mengakses sains ini, Dr. Ashtiani malah mampu membuka jalan.
Muslimi Naini menyambung: Dr. Kazemi Ashtiani mempunyai minat yang tinggi terhadap Al-Quran dan seorang penghafaz Al-Quran dan sentiasa bersama Al-Quran di dalam keretanya. Beliau terikat dengan solat awal waktu, dan biasa solat berjemaah di pusat penelitian sains "Ruyan" «رویان» nya, dan beliau telah menghafal banyak ayat dan menggunakannya dalam ucapannya.
Beliau berkongsi setiap anugerah yang diterima dengan rakan-rakannya kerana percaya bahawa anugerah ini bukan sahaja hasil usahanya dan semua orang telah bekerja keras untuk memenangi anugerah ini.
Beliau berharap semua orang meningkatkan penggunaan pengalaman, mempunyai tahap toleransi yang tinggi dan tidak menyukai kepentingan diri sendiri. Kazemi menganggap Tuhan dalam semua dimensi kehidupan dan pekerjaan serta bersumpah bahawa segala keberhasilan saintifik beliau adalah dari panduan - hidayah Tuhan.
Muslimi Naini menyambung: Dr. Kazemi Ashtiani untuk kejayaan setiap projek saintifiknya memulakan dengan doa dan selawat untuk kejayaan. Beliau berkomunikasi dengan baik dengan semua orang dan mempertahankan cita-cita revolusi.
Menurut saudara-maranya, beliau tidak membuat janji yang tidak dapat beliau tunaikan. Salah satu tugas penting kita sepatutnya ialah mengenali santis mulia muslim ini Dr. Kazemi Ashtiani.
Naini Di akhir ucapannya, merujuk kepada penganjuran pilihan raya pada Mac akan datang, beliau berkata: menjelaskan kepentingan dan tempat pilihan raya serta menggalakkan orang ramai menyertai pilihan raya dan membuat pilihan yang tepat adalah kewajipan setiap anggota masyarakat khususnya golongan elit.
Perlu diingatkan bahawa pameran sampingan bertajuk "Saeed Iran" telah disediakan di plot 16 Behesht Zahra (as) «بهشت زهرا(س)» - Tehran dengan tujuan untuk memperingati haul Dr. Kazemi Ashtiani, dan mereka yang berminat boleh merujuk plot ini sehingga jam 17:00 pada Khamis dan Jumaat, 4 dan 5 Januari untuk kunjungi pameran ini.
4191612