IQNA

Amalan di bulan Rejab

19:00 - January 12, 2024
Berita ID: 3103744
IQNA - Bulan Allah; Rejab al-Murejab «رجب‌المرجب» bermula esok, dan sesiapa yang ingin menjadi diantara ahli Rejab, kita boleh mengambil bantuan daripada tindakan yang disyorkan oleh Nabi (SAW) dan para Imam Ahlul-Bayt (as).

Laporan IQNA; Bulan Rejab akan bermula esok. Bulan Rejab dinamakan Rejab al-Murjab «مرجب» bermaksud "besar, megah dan mengkagumkan, dan ia adalah kata sifat bagi bulan Rejab kerana kebesaran bulan ini". Rajab juga digelar "asb" - "اَصب" - "curahan", kerana rahmat Allah dicurahkan kepada umat.

Rejab diperkenalkan sebagai khas bulan Allah, dan orang-orang yang menjaga kesucian bulan ini yang beramal dengannya disebut "Rejabiun" «رجبیون» dan sesungguhnya, malaikat akan berseru pada hari kiamat: "Di mana Rejabiun" «أین الرجبیون» yang menghormati bulan Rejab? Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi, yang bermaksud: “Aku telah menjadikan bulan Rejab sebagai tali antara Aku dan hamba-hambaKu; Sesiapa yang meraihnya akan sampai kepada sambunganku" dan dalam hadis Qudsi yang lain berkata, yang bermaksud: "Bulan Rejab adalah bulanku; Hamba-Ku adalah hamba-Ku dan rahmat adalah rahmat-Ku; Sesiapa yang memanggil-Ku pada bulan ini, Aku akan menjawabnya, dan sesiapa yang memerlukannya, Aku akan memberikannya".

Untuk menjadi Rejabiun di bulan yang penuh keberkatan ini, iaitu bulan kerahmatan Ilahi, kita boleh mengambil manfaat daripada amalan yang dianjurkan pada bulan ini seperti berikut;

Doa pada malam pertama Rejab
Disunnahkan membaca doa ini ketika melihat hilal di bulan Rejab: 

اللّهُمَّ بارِکْ لَنا فِی رَجَبٍ وَ شَعْبانَ، وَ بَلِّغْنا شَهْرَ رَمَضانَ، وَ أَعِنَّا عَلَی الصِّیامِ وَ الْقِیامِ، وَ حِفْظِ اللِّسانِ، وَ غَضِّ الْبَصَرِ، وَ لا تَجْعَلْ حَظِّنا مِنْهُ الْجُوعَ وَ الْعَطَشَ

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaban, dan kurniakanlah kepada kami untuk sampai ke bulan Ramadhan, dan anugerahkanlah pertolongan kepada kami untuk berpuasa dan mendirikan solat, dan menjaga lidah, dan menundukkan pandangan, dan jangan jadikan bahagian kami sekedar daripada lapar dan dahaga"*.

Dan juga disarankan kepada seseorang untuk berdoa selepas solat Isyak dengan doa ini: 

اللّهُمَّ إِنِّی أَسْأَلُکَ بِأَنَّکَ مَلِیکٌ، وَ أَنَّکَ عَلی‌ کُلِّ شَیْ‌ءٍ مُقْتَدِرٌ، وَ أَنَّکَ ما تَشاءُ مِنْ أَمْرٍ یَکُونُ، اللّهُمَّ إِنِّی أَتَوَجَّهُ إِلَیْکَ بِنَبِیِّکَ مُحَمَّدٍ نَبِیِّ الرَّحْمَةِ صَلَواتُکَ عَلَیْهِ وَ آلِهِ، یا مُحَمَّدُ یا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّی أَتَوَجَّهُ إِلَی اللَّهِ رَبِّی وَ رَبِّکَ‌ لِیُنْجِحَ بِکَ طَلِبَتِی، اللّهُمَّ بِنَبِیِّکَ مُحَمَّدٍ، وَ بِالأَئِمَّةِ مِنْ أَهْلِ بَیْتِهِ أَنْجِحْ طَلِبَتِی
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan kerana Engkau sebagai yang Maha memiliki, dan Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan Engkau adalah yang berkehendak dari semua perkara yang akan terjadi. Ya Allah, Aku menghadapkan perhatianku kepada nabi-Mu Muhammad yang penuh kasih, yang Engkau curahkan kesejahteran dsan keselamatan atasnya dan keluarganya, wahai Muhammad wahai Rasul Allah, sungguh aku bertaubat kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu untuk kejayaan permintaanku, Ya Allah, demi Nabi-Mu Muhammad, dan para Imam ahlul-Bairnya jayakanlah permintaan saya".*

Kemudian anda meminta kepada Tuhan untuk keperluan yang diinginkan. 

Juga diperintahkan untuk membaca doa;

یا مَنْ اَرْجُوهُ لِکُلِّ خَیْرٍ
Wahai Yang saya harapkan untuk setiap kebaikan

وَآمَنُ سَخَطَهُ عِنْدَ کُلِّ شَرٍّ
Dan keamanan dari kemurkaan-Nya dalam setiap kejahatan

یا مَنْ یُعْطِی الْکَثیرَ بِالْقَلیلِ
Wahai Yang banyak memberi balasan kepada sedikitnya ketaatan

یا مَنْ یُعْطی مَنْ سَئَلَهُ
Wahai Yang memberi kepada sesiapa yang memintaNya

یا مَنْ یُعْطی مَنْ لَمْ یَسْئَلْهُ
Wahai Yang memberi kepada yang tidak meminta pun

وَمَنْ لَمْ یَعْرِفْهُ

Dan yang tidak mengenalNya

تَحَنُّناً مِنْهُ وَرَحْمَهً
Semata-mata sebagai kebaikan dan belas kasih

اَعْطِنی بِمَسْئَلَتی اِیّاکَ

Berilah daku denga permintaanku yang hanya kepadaMu daku meminta

جَمیعَ خَیْرِ الدُّنْیا وَجَمیعَ خَیْرِ الاْخِرَهِ

Semua kabaikan dunia dan semua kebaikan akhirat

وَاصْرِفْ عَنّی بِمَسْئَلَتی اِیّاکَ جَمیعَ شَرِّ الدُّنْیا وَشَرِّ الاْخِرَهِ
Dan hindarilah daku dari permasalahanku yang hanya kepadaMu daku meminta menghindarinya dari semua keburukan dunia dan keburukan akhirat

فَاِنَّهُ غَیْرُ مَنْقُوصٍ ما اَعْطَیْتَ
Sungguh pemberianMu tidak akan berkekurangan

وَزِدْنی مِنْ فَضْلِکَ یا کَریمُ

Dan tambahilah bagiku dari keutamaanMu Wahai Yang Maha dermawan

یا ذَاالْجَلالِ وَالاِْکْرامِ‌

Wahai Ynag Maha memiliki keagongan dan kehormatan

یا ذَاالنَّعْماَّءِ وَالْجُودِ

Wahai Yang Maha memiliki kenikmatan dan pemberian

یا ذَاالْمَنِّ وَالطَّوْلِ حَرِّمْ شَیْبَتی عَلَی النّارِ
Wahai Pemilik pemberian dan ampunan, peliharalah daku daripada api neraka.

Solat malam pertama bulan Rejab
Telah diriwayatkan solat untuk malam ini di mana kami menerangkan cara melakukan dua solat: 

Solat pertama: Selepas solat Maghrib, dengan 10 rakaat yang dibuat dua rakaat-dua rakaat, di mana setiap rakaat membaca Surah Al-Fatihah dan Ikhlas masing-masing satu kali.

Juga telah diriwayatkan dari Nabi (SAW), yang bermaksud; Malaikat Jibril (as) «روح‌الامین» mengajarkan kepadaku solat ini, dan sesiapa yang mengerjakannya, dia, keluarganya, hartanya, dan anak-anaknya akan dilindungi, dan dia akan terpelihara dari azab kubur, dan dia akan melalui jalan «صراط» tanpa hisab, seperti kilat.

Solat kedua: Dua rakaat solat hendaklah dibuat selepas solat Isyak dengan bacaan;

- Pada rakaat pertama membaca;
Surah Al-Fatihah 1x
Surah Syarh «الم نشرح» satu kali;
Surah Al-Ikhlas «...قل هو اللّه احد» tiga kali.
- Pada rakaat kedua membaca;
Surah Al-Ikhlas 1x
Surah Al-Falaq 1x
Surah An-Nas 1x 

Kemudian membaca tasyahud dan mengucapkan salam, selepas itu hendaklah mengucapkan «لا اله إلا اللّه» "Laa ilaaha illallah" 30x dan kemudian berselawat ke atas Nabi (SAW) 30x.

Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan solat ini pada malam pertama bulan Rejab niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan seperti hari dia dilahirkan dari ibunya.

Mandi pada malam pertama Rejab dan membaca ziarah Imam Husain (as) juga sangat dianjurkan untuk menghidupkan malam pertama bulan Rejab juga sangat mulia.

Amalan lazim dibuat dalam harian bulan Rejab

Dalam semua hari di bulan Rejab, amalan berikut boleh dilakukan: Sepanjang bulan Rejab, membaca doa ini: 

یا مَنْ یَمْلِکُ حَوآئِجَ السّآئِلینَ، ویَعْلَمُ ضَمیرَ الصّامِتینَ، لِکُلِّ مَسْئَلَة؛ مِنْکَ سَمْعٌ حاضِرٌ وَجَوابٌ عَتیدٌ اللّهُمَّ وَمَواعیدُکَ الصّادِقَةُ واَیادیکَ الفاضِلَةُ؛ وَ رَحْمَتُکَ الواسِعَةُ فَاَسْئَلُکَ اَنْ تُصَلِّیَ عَلی مُحَمَّد وَآلِ محمد؛ واَنْ تَقْضِیَ حَوائِجی لِلدُّنْیا وَالاْخِرَةِ، اِنَّکَ عَلی کُلِّ شَیْء قَدیرٌ
"Wahai Yang memiliki hajat para peminta, yang mengetahui isi hati yang diam, dengan segala masalah dariMu pendengar yang hadir dan jawaban dibentangkan, ya Allah segala janjiMu benar, penghuluran tanganMu penuh keutamaan, kasih sayangMu luas maka daku memohon kepadaMu untuk mencurahkan kesejahteraan atas Muhammad dan keluarganya dan untuk menunaikan segala keperluanku di dunia dan di akhirat sesungguhnya Engkau atas segala sesuatu Maha berkuasa".

Juga, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jika seseorang mengucapkan 100 kali pada bulan Rejab;

أَسْتَغْفِرُ اللّهَ الَّذِی لا إلهَ إِلاّ هُوَ، وَحْدَهُ لا شَرِیکَ لَهُ وَ أَتُوبُ إِلَیْهِ

Lalu pada akhirnya memberi sedekah, maka Allah akan melimpahkan keampunan dan rahmat atas pekerjaannya.

Sesiapa yang mengucapkannya sebanyak 400 kali maka ia mempunyai fadhilat syahid; Dan Baginda (SAW) juga telah bersabda yang bermaksud: Jika seseorang berkata "Tiada Tuhan selain Allah"«لا اِلهَ اِلاَّ اللّه» sebanyak seribu kali dalam bulan Rejab, maka akan ditulis ke atasnya kebaikan dan pahala yang banyak dari Allah.

Telah diriwayatkan daripada Rasulullah bahawa Baginda (SAW) bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa satu hari di bulan Rejab dan solat empat rakaat (dua-dua rakaat dengan masing-masing satu salam) dan pada rakaat pertama setelah membaca Al-Fatihah membaca "Ayatul-Kursi" 100 kali dan Pada rakaat kedua, membaca Surah Al-Ikhlas 200 kali, maka sebelum dia meninggal, dia akan diperlihatkan dirinya di syurga, atau orang lain melihat tempatnya di syurga dan menceritakan kepadanya.

4193207

captcha