IQNA

Hujjatul-Islam Aali dalam menjelaskan;

Teks doa Ziarah "Jamiah Kabirah"; Pemberian Imam al-Hadi untuk membimbing masyarakat Pecinta Ahlul-Bayt Nabi (SAW)

21:40 - January 15, 2024
Berita ID: 3103763
IQNA - Penceramah Wilayah maqam suci hazrat Fatimah Masumah (as) di Qom, menganggap ziarah Jamiah Kabirah «جامعة کبیرة» sebagai sijil kelahiran Imamah dan hadiah paling cemerlang Imam Ali bin Muhammad al-Hadi (as); Imam ke-10 Ahlul-Bayt Nabi besar Muhammad (SAW), yang sedang dikenang haul kesyahidannya pada 3 hari bulan Rejab, hari ini.

Khatib maqam suci, Hujjatul-Islam Aali, dalam ceramahnya, beliau menjelaskan kepentingan memelihara komuniti pecinta Ahlul-Bayt Nabi (SAW) sepanjang sejarah Islam, sehinggakan para Imam suci Ahlul-Bayt (as), dalam segala kesulitan politik musuh zaman, sentiasa membimbing masyarakat nya, seperti halnya Imam Hadi (as), telah menyiapkan satu teks doa ziarah yang mengandungi bimbingan sempurna untuk umat manusia yang mencari jalan lurus Ilahi melalui bimbingan para Imam suci sepanjang sejarah Islam, khatib berkata: Doa ziarah Jamiah kabirah sebagai teks yang paling jelas untuk pemahaman manusia dalam menyatakan keutamaan Ahlul-Bayt Nabi (SAW).

Menurut laporan IQNA dari Qom; Hujjatul-Islam wal-Muslimin Aali, profesor Hauzah pada perhimpunan pendidikan maqam suci Lady of Karamat, yang diadakan malam tadi, 14 Januari, sempena haul kesyahidan Imam Hadi (as) di Dewan yang dipanggil Dewan Imam Khumeini (ra) di wilayah maqam suci hazrat Fatimah Masumah (as) di Qom, Iran, menyatakan bahawa gelaran dan Nama-nama para masumin dari keluarga suci Ahlul-Bayt Nabi (SAW) adalah daripada Tuhan Yang Maha Esa, beliau berkata: Setiap gelaran, julukan dan nama-nama suci Nabi (SAW) dan para Imam (as) merujuk kepada kesempurnaan dan perkara-perkara Ilahi yang istimewa atau merujuk kepada misi mereka di dunia.

Penceramah wilayah maqam suci hazrat Fatimah Masumah (as) di Qom itu menambah: Dalam beberapa riwayat, dan dalam petikan doa ziarah ini telah dibangkitkan isu berkaitan dengan isu ini dan dikatakan bahawa Nabi Allah (SAW) bercakap secara langsung dengan Allah SWT; Tuhan Semesta Alam semasa kenaikan «معراج» mikrajnya. Allah SWT berfirman: 

یا أبا القاسم، امض هادیاً مهدیاً
"Wahai Abal-Qasim berlepaslah dalam keadaan sebagai pemberi petunjuk dan yang diberi petunjuk".

Dalam petikan ziarah ini; menyatakan bahawa Allah sebagai pemanggil pertama Nabi Besar Muhammad  (SAW) dengan panggilan Abul Qasim «ابوالقاسم», Abu al-Qasim bermaksud pemilik pembahagian, iaitu orang yang ditangannyalah umat manusia akan dibagi belah (Seperti membagi ahli hak dari yang batil).

Nama-nama, gelaran dan nama keluarga suci ini, semuanya merujuk pada sisi ilmu dan kerohanian mereka (as), setiap satu dari gelaran dan nama-nama ini menjelaskan sisi keperibadi mulia dan misi dunia mereka (as).

Gelaran al-Naqi «النقی» dan al-Hadi «الهادی» ialah gelaran Imam Ali bin Imam Muhammad (as) «امام علی بن امام محمد », manifestasi segala hidayahnya, zahir dan batin, akhlak, material, ilmiah, dan amalinya.

Khatib menganggap paling menonjol diantara nama panggilan Imam ke-10 Ahlul-Bayt (as) ini adalah al-Naqi dan al-Hadi.

Al-Hadi sebagai jelmaan bimbingan dalam pelbagai dimensi zahir dan batin, maknawi dan material serta ilmiah dan amali Tuhan yang agung dan paling menonjol ciri-ciri pembimbing pada zaman itu muncul dalam keperibadian imam Hadi (as).

Khatib menyatakan teks doa ziarah yang lain dari Imam al-Hadi yang paling dikenal adalah doa ziarah "Ghadiriyah" «زیارة غدیریه» kedua hadiah daripada Imam Hadi (as) ini, dalam teks doa ziarah Ghadiriyah mengandungi kira-kira 30 ayat Al-Quran dan 206 riwayat daripada keutamaan Amirul mukminin, Imam Ali bin Abi Thalib (as), Ia adalah sumber yang dianggap sah muktabar antara pelbagai mazhab dalam Islam, dan perlu untuk dibaca dan disemak, walau satu kali bukan pada hari peringatan sejarah al-Ghadir.

Teks doa ziarah Kabirah sebagai karya agung Imam al-Hadi (as) mengenai perlembagaan dan panduan masyarakat pecinta Ahlul-Bayt Nabi (SAW) seluas sejarahnya, Doa ini membuat liputan tentang sejarah umat manusia dan menjelaskan keutamaan Ahlul-Bayt Nabi (SAW).

Khatib Aali pada akhir ceramahnya menyatakan antara pandangan analitiknya tentang keadaan Palestin, kedegilan Zionis dan tindakan jenayah keji membutanya, adalah menunjukan kebodohan tengik (ahmak) rejim yang sedang menuju kemusnahannya.

4193962

tanda nama: pecinta ahlulbait as
captcha