IQNA

Ia dijelaskan dalam temu bual bersama IQNA

Tindakan Para Imam Ahlul-Bayt Nabi (SAW) mengukuhkan kerjasama di kalangan umat Islam

18:12 - January 22, 2024
Berita ID: 3103795
IQNA - Tindakan Imam Jawad mengukuhkan kerjasama di kalangan umat Islam dibahas oleh seorang ahli fakulti akademik Universiti Isfahan menyatakan bahawa tempoh Imamat Imam Jawad (as) adalah zaman kemazhaban yang berkembang pesat, pemberontakan dan perpecahan dalaman dan serangan asing terhadap khalifah Islam, dan berkata: Membetulkan kepercayaan teologi digabungkan dengan rasa hormat dan tidak menimbulkan ketegangan dalam hubungan politik adalah langkah-langkah yang lebih banyak dilakukan oleh Imam Jawad (as) untuk penumpuan kebersamaan umat Islam.

Kemunculan dan kehadiran idea-idea intelektual dan budaya yang pelbagai dan banyak dalam dunia Islam selepas kewafatan Rasulullah (SAW) sehingga hari ini telah mewujudkan satu cabaran yang dipanggil konvergensi (penumpuan kerjasama) Umat Islam. 

Masa Imamah Imam Jawad (as) juga merupakan musim kemazhaban yang berkembang pesat, arus intelektual, pemberontakan dan perselisihan dalaman, dan serangan asing terhadap Khilafah Islam. 

Kegiatan kumpulan dan kecurigaan mereka mengancam Umat Islam, tetapi cara Imam Jawad (as) menghadapi kumpulan yang berbeza, memainkan peranan penting dalam mengukuhkan dan mewujudkan penumpuan kerjasama di kalangan umat Islam. 

Berdasarkan ini untuk menjelaskan komponen penumpuan dunia Islam dari sudut pandangan Imam Jawad (as), wartawan IQNA dari Isfahan telah mengadakan wawancara dengan Asghar Muntazir al-Qaim «اصغر منتظرالقائم», seorang ahli Fakulti Sejarah, Universiti Isfahan, teks yang boleh anda baca secara terperinci di bawah;

IQNA - Arus intelektual manakah yang terbentuk semasa Imamah (kepimpinan) Imam Jawad (as) «جواد‌الائمه(ع) »?

Masa Imamah Imam Jawad (as) bertepatan dengan kekhalifahan Mamun «خلافة مأمون» dan Mutasim « معتصم ». 

Khilafah Mamun berminat dengan dialog ilmiah dengan agama yang berbeza. Mesyuarat perbahasan telah diadakan di Merv «مرو» dengan kehadiran Imam Reza (as) dan di Baghdad dengan kehadiran Imam Jawad (as) selaras dengan minat ini.

Arus intelektual zaman Imam Jawad (as) merangkumi dua kumpulan utama aliran Islam dan bukan Islam. Arus Islam itu sendiri terbentuk daripada aliran pemikiran Syiah dan Sunni. 

Mazhab Syiah termasuk Zaidiyah « زیدیه», Ismailiyah «اسماعیلیه», Waqfiyah «واقفیه» dan Ghulat «غلات», kemunculan masing-masing adalah akibat ketidakupayaan politik khalifah di zaman itu dan kadang-kadang persaingan di kalangan pengikut dan anak-anak Ahlul-Bayt Nabi (SAW). Golongan ini dan khususnya Ghulat, walaupun dibandingkan dengan penentang non Syiah, menimbulkan masalah yang lebih sukar bagi para Imam suci (as) dan mempunyai kesan yang ketara dalam melemahkan kedudukan mazhab Ahlul-Bayt suci Nabi (as).

Arus pemikiran Sunni membentuk badan utama masyarakat dan merangkumi dua kumpulan; teologi dan perundangan; Fiqh Sunni termasuk aliran Syafi'i «شافعی» Hanafi «حنفی», Maliki «مالکی», dan Hanbali «حنبلی» dan aliran teologi Sunni termasuk aliran seperti Khawarij «خوارج» Jabriyah «جبریه», Qadariah « قدریه», Mutazila «معتزله», dan Zahiriyah «ظاهریه».

Arus pemikiran bukan Islam ialah aliran Yahudi «یهود» Nasrani «نصارا», dan Majusi «مجوس» (kumpulan pemikiran ahli kitab samawi yang sudah dipelesongkan). 

Dari zaman penaklukan Islam, ahli kitab ini tersebar di kalangan umat Islam, berita dan cerita khurafat dan tidak berasas, serta pelbagai keraguan, dan mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap umat Islam dari sudut intelektual. Walaupun kesungguhan usaha para imam suci Ahlul-Bayt Nabi (as) dalam memerangi penyebaran idea-idea tersebut, menangani mereka biasanya dikaitkan dengan kelapangan dada yang sempurna «سعه صدر».
IQNA - Dalam keadaan sedemikian, apakah tindakan yang diambil oleh Imam Jawad (as.) untuk mengukuhkan asas-asas umat Islam dan mempertemukan lebih ramai umat Islam?

Tindakan pertama Imam dalam hal ini ialah membetulkan kepercayaan teologi yang digabungkan dengan rasa hormat. Firman Allah dalam surah Nahl ayat 125: 

ٱدْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلْحِكْمَةِ وَٱلْمَوْعِظَةِ ٱلْحَسَنَةِ ۖ وَجَـٰدِلْهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ ١٢٥

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk". (Qs, Al-Nahl 16:125).

Allamah Tabatabai (semoga Allah meridhainya) mengatakan bahawa salah satu ciri pembahas yang baik ialah menjauhi perkataan yang jelek dan tidak sopan serta tidak menghina kesucian pihak yang lain serta tidak memusuhi dan tidak degil. 

Konfrontasi dengan khalifah-khalifah pertama adalah salah satu isu yang menyebabkan perbezaan pendapat pada zaman para Imam suci Ahlul-Bayt Nabi (as) «ائمه اطهار(ع)». 

Para Imam suci (as) biasa mengikuti pertimbangan agama tentang khalifah dan memberi nasihat kepada sahabat-sahabatnya dan menekankan kepada pertimbangan dan penghormatan kepada para sahabat Rasulullah (SAW). 

Perdebatan antara Imam Jawad (as) dan Yahya Ibn Aktham «یحیی بن اکثم» tentang hadis-hadis yang mencabar Sunni dalam menyatakan keutamaan Syaikhain « شیخین» dua syaikh; (Merujuk kepada khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar bin Khatab (ra)), mempunyai aspek teologi, dalam perbahasan ini, Imam Jawad (as) sambil menghormati hujah-hujah rasional dan mengemukakan jenis-jenis riwayat yang bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi (SAW) dan menolaknya dengan hujah rasional.

Tidak menimbulkan ketegangan dalam hubungan politik adalah satu lagi tindakan Imam dalam suasana tegang ketika itu, Imam (as) menjelaskan kedudukan Rasulullah (SAW) dan para Imam suci dari kalangan Ahlul-Baytnya (SAW) adalah satu cara lain Imam Jawad (as) yang terserlak dalam memberi bimbingan kepada umat Islam di zamannya (as).

4195190

captcha