IQNA

Hujjatul Islam Mahdi Farmanian dalam temu bual bersama IQNA:

Kumpulan teroris ISIS menganggap kedua-dua mazhab Islam Syiah dan Sunni sebagai musuhnya

23:33 - February 04, 2024
Berita ID: 3103861
IQNA - Timbalan Budaya Perhimpunan Ahlul-Bayt (as) berkata: Badan utama Sunni menentang keras kumpulan takfiri ini dan tidak mempunyai jalan tengah yang baik dengan mereka dan menganggap mereka sebagai bidaah dan sesat.

ISIS (Daesh - Kumpulan teroris global) menganggap Sufi Sunni sebagai syirik sebagaimana ia menganggap Syiah sebagai syirik, dan jika mereka mendapat kuasa, mereka akan memperlakukan mereka dengan cara yang sama.

Daesh, sebagai tangan yang diangkat dan dilatih oleh elit keangkuhan global Barat, telah menjadi fenomena untuk mewujudkan perpecahan di kalangan negara-negara Islam, terutamanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan telah menjadi alat untuk perang proksi mereka.

Mengetahui sifat, tindakan dan aliran pemikiran golongan ini boleh menjadikan pertemuan kita dengan golongan ini lebih rasional dan saintifik.

Wartawan IQNA bersama Hujjatul-Islam wal-Muslimin Mahdi Farmanian «حجة الاسلام والمسلمین مهدی فرمانیان»; Timbalan Budaya Perhimpunan Ahlul-Bayt (as) «المعاونة الثقافي لمجمع أهل البيت (ع) العالمي», seorang profesor universiti dan pakar dalam isu perbezaan mazhab dan agama telah mengadakan temu bual, yang anda akan baca di bawah;

IQNA - Apakah faktor yang menyebabkan seseorang yang mengaku sebagai Muslim membunuh beberapa orang Islam lain yang tidak bersalah, sambil memakai tali pinggang bahan letupan dan mengetahui bahawa mereka akan dibunuh?

Malangnya, sejak sekitar tahun 1960 dan seterusnya, satu kumpulan muncul di dunia Islam dan dengan mengetengahkan beberapa ayat dan hadis serta mengabaikan banyak ayat Al-Quran dan hadis lain, mereka mengemukakan fahaman mereka yang salah dan dangkal; Menurut tafsiran Al-Quran, "beriman kepada sebahagian dan mengingkari sebahagian". 

Mereka memperkenalkan ayat-ayat tersebut sebagai pemansuhan banyak ayat Al-Quran lain yang menekankan belas kasihan, toleransi, keamanan dan kewujudan bersama.

Golongan pelampau ini mengikuti beberapa ayat yang diturunkan selepas penaklukan Makkah, seperti: 

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ ۚ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّىٰ يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ ۖ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ ۗ كَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ

"Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir". (Qs, Al-Baqarah 2:191).

Atau ayat:

وَإِنْ نَكَثُوا أَيْمَانَهُمْ مِنْ بَعْدِ عَهْدِهِمْ وَطَعَنُوا فِي دِينِكُمْ فَقَاتِلُوا أَئِمَّةَ الْكُفْرِ ۙ إِنَّهُمْ لَا أَيْمَانَ لَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَنْتَهُونَ
"Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)". (Qs, At-Taubah 9:12).

Ayat-ayat ini mereka menafsirkannya sebagai nasikh ayat-ayat lain seperti;

 لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". (Qs, Al-Baqarah 2:256).

أُذِنَ لِلَّذينَ يُقاتَلونَ بِأَنَّهُم ظُلِموا ۚ
"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya". (Qs, Al-Hajj 22:39).

Menurut kepercayaan palsu Daesh, mereka mengatakan Syiah adalah Yahudi yang masih kekal sebagai Yahudi tetapi menganut agama Islam. Oleh itu, dari sudut pandangan mereka, Syiah adalah munafik dan bukan Muslim, dan keputusan mereka adalah untuk membunuh dan membinasakan munafik dalaman umat Islam.

IQNA - Mungkin terdapat persepsi umum bahawa kumpulan penjenayah ini adalah Daesh dan Takfiri, yang berasal dari badan Sunni. Sejauh manakah kebenaran ini?

Badan utama Sunni menentang kumpulan ini dan tidak mempunyai jalan tengah yang baik dengan mereka dan menganggap mereka sebagai bidaah dan sesat; ISIS menganggap Sufi Sunni sebagai syirik sebagaimana menganggap Syiah sebagai syirik, dan jika Daesh mendapat kuasa, mereka akan memperlakukan penganut mazhab sunni dengan cara yang sama yang dilakukannya kepada syiah. 

Di Syria, kebanyakan kubah dan makam yang dimusnahkan adalah kepunyaan ahli sufi Sunni, dan sejumlah makam Syiah juga telah dimusnahkan, dan ramai di antara orang yang terbunuh adalah Sunni, maka Sunni sangat menentang kumpulan pengganas ini, dan Al-Azhar dalam tempoh 60 tahun yang lalu telah mengeluarkan lebih daripada 900,000 fatwa dan kenyataan menentang kumpulan pelampau ini. 

Al-Azhar juga telah mewujudkan pusat anti-takfir, dan yang menariknya, ISIS menganggap bukan sahaja Ahli Sunnah malah Wahhabi dan Al Saud sebagai zalim, dan menganggap Taliban sebagai musyrikin walaupun dari segi inteleknya rapat dengan mereka.

Al-Qaeda, yang merupakan kumpulan paling rapat dengan ISIS, dituduh melakukan keterlaluan dan tidak bertindak terhadap Syiah; Syiah adalah musuh pertama mereka, dan kemudian Sunni dan lain-lain, jadi ini adalah kumpulan yang sangat ekstrem yang tidak diterima oleh Sunni, Taliban, dan Al-Qaeda. Sudah tentu, boleh dikata mereka ini (Daesh- ISIS) adalah Khawarij era ini, yang membunuh orang dengan mengira bahawa mereka akan masuk syurga dengan berbuat demikian.

IQNA - Sebahagian masyarakat Eropah melihat Islam begini, apakah yang perlu dilakukan untuk menjelaskan isu ini?

Pada pendapat saya, Islamofobia bukan sahaja tidak berkurangan, malah meningkat, dan sebabnya jelas; Semakin Islam berkembang di dunia dan jumlah umat Islam semakin bertambah, oleh itu semakin banyak Islam politik berkembang di dunia, yang juga menjadi sebab semakin banyak Islamofobia di Barat kerana mereka merasakan Islam semakin berkembang dan mengganggu mereka, sebab pemeluk Islam sudah tentu tidak menerima kehebatan zahir dan kepimpinan serta keangkuhan dunia Barat.

Perkembangan Islam mencabar ketuanan mereka, maka mereka berusaha untuk menghancurkannya; Demikian juga Badai Al-Aqsa Palestin menyebabkan ramai rakyat biasa Barat beralih kepada Al-Quran dan masuk Islam, sebaliknya media Barat tidak melepaskan diri dalam sekitar tempoh 100 hari terakhir ini menentang Islam dan pemikiran Islam politik, maka Islamofobia tidak menurun, tetapi telah meningkat dan akan meningkat pada masa hadapan dan mereka akan menyerang lebih banyak melalui media dan propaganda.

4196103

captcha