Laporan IQNA, memetik Al-Kafil Global Network; Sempena memperingati kelahiran orang-orang mulia di bulan Syaban iaitu kelahiran Aqmar Muhammadi (SAW) «اقمار محمدی» Para rembulan suci Nabi Islam; Sambutan hari raya maulid mulia ini telah bermula dari hari Selasa lalu, 13 haribulan Februari bersamaan denga 3 Syaban hari kelahiran Imam Husain (as) bin Ali (as) di maqam sucinya di Karbala, Iraq dan 4 hari bulan Syaban hari kelahiran Abul-Fadhlil-Abbas bin Ali, saudara Imam Husain (as) dan berterusan sehingga hari ini, 5 hari bulan Syaban hari kelahiran Imam Sajjad (as), putra Imam Husain (as) yang di maqamkan di kuburan Baqi-Madinah Al-Munawarah.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran oleh Leith Al-Obeidi « لیث العبیدی», qari maqam Hazrat Abbas (as), dan kemudian mutawali maqam ini memberi ucapan.
Abbas Al-Dadeh Al-Mousavi «عباس الدده الموسوی», ahli lembaga pengarah maqam Abbasi, terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada para hadirin dan umat Islam atas kedatangan bulan Syaban dan menambah: "Syaban adalah salah satu bulan yang dianugerahkan Allah atas hamba-hambaNya. Ketika Rasulullah (SAW) melihat hilal Syaban, bersabda yang bermaksud; "Saya penduduk Yathrib, adalah utusan Allah, sesungguhnya Syaban adalah bulanku."
Beliau menambah: Sebelum tibanya bulan suci Ramadan, anda hendaklah mempersiapkan hati dan jiwa anda pada bulan ini dan berkomunikasi dengan Nabi (SAW) dan meneruskan ajaran syiar agama syurganya dengan mengambil inspirasi daripada keperibadian beliau yang mulia dan mengikutinya.
4199811