IQNA

Para Qari terkemuka dunia Islam bertilawah;

Ayat-ayat janji di era penantian kepimpinan global keadilan + Klip

17:01 - February 25, 2024
Berita ID: 3103980
IQNA - Amir al-Mukminin (as) berkata, yang bermaksud: Orang-orang yang tertindas yang disebutkan dalam Al-Quran, yang Allah kehendaki untuk menjadikan pemimpin umat di muka bumi adalah kami; keluarga Nabi (SAW). Allah akhirnya akan membangkitkan "Mahdi" «مهدی» keluarga ini dan melaluinya, Allah akan membawa mereka ke ketinggian kemuliaan, martabat dan kewibawaan serta akan menghinakan musuh-musuhnya dengan penuh kesulitan. (KR; Bihar al-Anwar, jilid 51, hlm. 63).

Laporan IQNA; Pada masa yang sama dengan Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Iran edisi ke-40 dan kehadiran hakim dan qari terkemuka dunia Islam dalam pertandingan ini dan menjelang ulang tahun kelahiran penyelamat umat manusia, Hazrat Al-Mahdi Mauoud - yang dijanjikan (as) «حضرت مهدی موعود(عج)» di tengah-tengah hari bulan - nisfu Syaban al-Muazam «نصف الشعبان الوعظم », agensi berita IQNA dalam kempen "Ayat-Ayat janji di era penantian".

IQNA telah meminta sekumpulan peserta asing yang hadir dalam acara Al-Quran terbesar di negara ini membaca dua ayat yang mulia dari ayat 5 surah Al-Qasas dan ayah 105 surah Al-Anbiya yang penuh berkah.

Kempen ini adalah memenuhi misi Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa ke arah usaha merealisasikan budaya Al-Quran di Iran Islam dan seluruh dunia serta menghapuskan pengabaian -kemahjuran ajaran Al-Quran dalam pelbagai bidang.

Diharapkan dengan menonton video ini dan mendengar ayat-ayat nur yang menjanjikan pemerintahan orang-orang yang tertindas di muka bumi dengan doa Faraj ini, kita dapat sedikit bahagian dalam meletakkan asas untuk menyegerakan kemunculan Imam maksum Al-Mahdi untuk era kontemporari ini (ارواحنا الفداه).

Video bacaan qari yang hadir dalam jawatankuasa penilai Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Iran ke-40, dan video bacaan qari terbilang yang hadir dalam Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Iran edisi ke-40:

Ayat-ayat yang dibacakan dalam video ini ialah:

Ayat 5 Surah Mubarakah Qisas;

وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ
"Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi". (Qs, Al-Qasas 28:5). 

Amir al-Mukminin (as) berkata dalam tafsiran ayat yang mulia ini, yang bermaksud: "Dunia akan berpaling kepada kami Ahlulbayt Nabi (SAW) setelah degil dan derhaka, seperti unta yang enggan memberi susu kepada pemerahnya dan menyimpannya untuk bayinya." (KR; «نهج‌البلاغه، قصار» Nahjul Balaghah, Qusar 209).

Kemudian Beliau (as) mula membaca ayat yang mulia ini: 

وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ...
Ibnu Abi al-Hadid «ابن ابی‌الحدید» menulis dalam hal ini: "Para pemuka agama dan orang-orang yang berfikiran sama dengan kami menjelaskan fakta bahawa ini adalah ungkapan Amirul Mukminin (as.) tentang kedatangan Imam dan seorang pemimpin besar yang akan menjadi penguasa bumi, masa dan semua negara akan berada di bawah kekuasaannya..."(KR; Sharh Ibn Abi al-Hadid «شرح ابن ابی الحدید», jld. 19, hlm. 29).

Dinukilkan juga daripada Amir al-Mukminin Ali (as) yang berkata, dengan maksud: "Orang-orang yang ditindas yang disebut dalam Al-Quran bahawa Allah berkehendak untuk meletakkan mereka sebagai pemimpin umat di muka bumi itu adalah kami keluarga Nabi. Allah akhirnya akan membangkitkan "Mahdi" keluarga ini dan melaluinya, Allah akan membawa mereka ke puncak kemuliaan, kehormatan dan kekuasaan, dan akan merendahkan musuh-musuhnya dengan penuh kesulitan." (KR;Bihar al-Anwar, jilid 51, hlm. 63).

Ayat 105 Surah Mubarakah Anbiya; Al-Quran berkata dalam janji lain:

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam mazmur selepas Taurat (sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz): "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Qs, Al-Anbiyaa' 21:105).

Imam Baqir (as), dalam tafsir ayat ini, berkata yang bermaksud "Hamba-hamba soleh dalam ayat ini": هُم اصحابُ المَهدِیِّ فی آخِرِ الزَّمانِ “Mereka adalah para sahabat Mahdi di akhir zaman." (KR; «(مجمع‌البیان/ ج۷ص۱۰۶)» Majmaul-Bayan/ jld. 7 ms 106).

Dalam hadis yang lain diriwayatkan daripada beliau (as) juga  bahawa baginda bersabda: 

هُمُ القائِمُ وَ اصحابُهُ
"Mereka adalah Qaim (as) dan pembantunya".  (KR; «تفسیر قمی/ ج۲ص۷۷» Tafsir Qomi / Jil. 2 hlm. 77).

 

 

 

 
 
 
 

4201169

captcha