IQNA

Mubaligh Lubnan dalam temu bual dengan IQNA:

Persediaan untuk Kemunculan Imam zaman (as); ketauladanan dari sunnah Ahlulbayt suci kenabian Muhammad (SAW).

22:25 - February 25, 2024
Berita ID: 3103984
IQNA - Tawfiq Alawieh «توفیق علویه», seorang ulama Lubnan, menganggap persiapan untuk kemunculan Imam Mahdi (as) memerlukan ketauladanan praktikal dari kehidupan Nabi dan Ahlulbayt (as) dan menyatakan: Perhimpunan Al-Quran bulan Syaban adalah peluang berharga untuk mengingati keutamaan dan sifat-sifat keluarga kenabian dan Ia adalah persediaan untuk kemunculan Imam Zaman (as).

Hujjatul-Islam wal-Muslimin Sheikh Tawfiq Alawieh, seorang penulis Lubnan, penyelidik dan profesor hauzah ilmiyah, dalam wawancara dengan IQNA, menyatakan bahawa bulan Syaban adalah bulan kebahagiaan bagi Nabi (SAW) dan Ahlulbaytnya (as) dan bulan raya keagamaan, beliau berkata: Pada bulan yang penuh barakah ini, kita memperingati ulang tahun kelahiran Imam zaman (as) di nisfu Syaban, bulan yang mulia ini bermula dengan kelahiran Imam Husain (as), Hazrat Abbas, Imam Sajjad dan Ali Akbar, anak kepada Imam Husain (as), dan hari ini nisfu Syaban berkaitan dengan kelahiran Imam Mahdi (as) Imam zaman kita; peluang mengulangi dan mengingati tentang keutamaan Nabi besar Muhammad (SAW) dan keluarganya (as).

Jenis-jenis keutamaan Imam Mahdi (AFS) dan para Imam Ahlulbayt (as)  sebelumnya

Beliau menyatakan bahawa keutamaan Imam Mahdi (AFS) dan Imam-imam Ahlulbayt (as) boleh disebut dari dua aspek, dan menambah: Aspek pertama ialah zikir lisani; menyebut sifat-sifat zahir, dari segi doa, munajat, syair pujian dan menaikan bendera Hazrat Imam Al-Mahdi (AFS) dan para Imam Ahlulbayt (as) sebelumnya, mengedarkan kuih dan gula-gula, masyarakat pecinta Islam saling mengucapkan tahniah di majlis yang berharga ini dengan mengadakan perayaan dan upacara majlis milad.

Penulis dan pengkaji Lubnan ini menyatakan Aspek kedua ialah zikir amali dan menambah: Ini dilakukan melalui kajian kitab-kitab di mana keutamaan Ahlulbayt (as) dan Imam Mahdi (AFS) dinyatakan. 

Selain itu, pertimbangan dalam kursus tingkah laku dan keazaman untuk meniru dan mengambil contoh serta berusaha untuk transformasi positif selaras dengan dasar bimbingannya dan mengadakan pertandingan khusus untuk memperkenalkan ciri-ciri keperibadian Imam Mahdi (AFS) adalah antara rancangan praktikal untuk membuat pengenalan zaman kemunculannya (as).

Beliau menambah: Majlis yang mulia ini menuntut agar kita menjadi sebahagian daripada orang yang berzikir dalam lisan dan perbuatan kita dan mengikuti contoh imam-imam yang maksum (as) dan bergiat di jalan Ahlulbayt (as).

Penyertaan penganut agama lain dalam hari raya Syabaniyah

Sheikh Tawfiq Alawiyeh menyatakan keperluan untuk memberi perhatian kepada kehadiran penganut agama dan mazhab lain dalam perayaan yang diadakan sempena hari kelahiran Imam Mahdi (AFS), dan berkata: Syaban adalah bulan kebahagiaan bagi Ahlulbayt (as); mereka (as) adalah kiblat cinta semua umat Islam, jika tabligh pelesong Wahhabi Sufiani tidak wujud, tentu Anda dapat melihat banyak manifestasi kebahagiaan di dunia Arab dan Islam pada kesempatan hari lahir yang baik ini di semua pelusuk dunia.

Beliau menambah: Walaupun begitu, minat terhadap kegembiraan Ahlubayt (as) pada bulan Syaban masih wujud walaupun di kalangan bukan Syiah.

Sheikh Tawfiq Alawieh, menekankan perlunya membentuk lingkaran Al-Quran dalam perayaan yang diadakan pada hari raya Syabaniyah, termasuk hari lahir Imam Mahdi (as), berkata: "Al-Quran adalah salah satu perkara yang paling penting dan Ahlulbayt (as) adalah perkara kedua yang penting dan Rasulullah (SAW) menekankan tentang kepentingan dua peninggalan berat ini «ثقلین», juga apabila tibanya majlis memperingati hari kelahiran para imam maksum Ahlulbayt (as), adalah wajar untuk memberi perhatian kepada Al-Quran dalam majlis-majlis seperti itu.

4201668

captcha