IQNA

Kesombongan dan bangga diri

15:21 - March 03, 2024
Berita ID: 3104022
IQNA - Keburukan moral pertama yang menjejaskan fitrah suci penciptaan adalah kesombongan dan bangga diri lalu merendahkan orang lain, dan dalam pengertian ini, ia adalah sumber keburukan moral yang lain.

Kesombongan «استکبار» yang bermaksud "mencari pembesaran diri" dan bangga diri "ujub / ghurur" «عجب / غرور» adalah salah satu keburukan akhlak yang menyebabkan keterasingan dan kejahilan terhadap diri sendiri dan orang lain, melupakan status individu dan sosial, serta tenggelam ke dalamnya; kejahilan, kelalaian dan keburukkan. 

Kesombongan membawa seseorang menjauhi Tuhan dan mendekatkan dirinya kepada syaitan, ia mengubah fakta di matanya dan ini menyebabkan kerosakan material dan rohani yang teruk. 

Orang sombong sentiasa dibenci dalam masyarakat, kerana jangkaan mereka yang tidak terhad/melampau, sebab itu mereka mendapat pengasingan sosial yang kebanyakkannya memiliki status terhad.

Kesombongan adalah punca kepada keburukan yang lain, seperti meninggikan diri, bangga diri, mementingkan diri sendiri, meninggalkan rasa rendah diri, benci dan dengki terhadap orang yang juga memiliki kemampuan dan kelebihan, serta merendahkan mereka. 

Salah satu faktor utama yang menghalau Syaitan dari pintu Tuhan ialah "kesombongannya" dan salah satu sebab untuk tidak tunduk kepada seruan para nabi ialah wujudnya sifat sombong dalam diri manusia.

Keburukan akhlak pertama yang menjejaskan fitrah suci penciptaan Ilahi ialah kesombongan Iblis. Iblis menyatakan bahawa sebab mengingkari sujudnya kepada Nabi Adam (as) adalah kelebihan spesiesnya, iaitu api atas tanah:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا۠ خَيْرٌۭ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍۢ وَخَلَقْتَهُۥ مِن طِينٍۢ ١٢
 "Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." (Qs, Al-A'raaf 7:12).

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa sebagaimana Iblis adalah ketua orang-orang dunia yang sombong, dia juga ketua orang-orang yang bangga diri di dunia, dan kedua-duanya, iaitu, "sombong" dan "bangga diri", adalah sifat yang berasal dari Iblis yang siling berkaitan antara satu sama lain.

Allah telah menceritakan nasib orang-orang yang menyombongkan diri di dalam Al-Quran agar manusia seboleh-bolehnya menjauhi dosa akhlak ini: 

يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُن مَّعَكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ وَلَـٰكِنَّكُمْ فَتَنتُمْ أَنفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَٱرْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ ٱلْأَمَانِىُّ حَتَّىٰ جَآءَ أَمْرُ ٱللَّهِ وَغَرَّكُم بِٱللَّهِ ٱلْغَرُورُ ١٤
"(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya)". (Qs, Al-Hadiid 57:14).

Kaum Nuh juga adalah kumpulan orang-orang yang sombong ini: 

فَقَالَ ٱلْمَلَأُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِن قَوْمِهِۦ مَا نَرَىٰكَ إِلَّا بَشَرًۭا مِّثْلَنَا وَمَا نَرَىٰكَ ٱتَّبَعَكَ إِلَّا ٱلَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِىَ ٱلرَّأْىِ وَمَا نَرَىٰ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍۭ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَـٰذِبِينَ ٢٧
"Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta". (Qs, Hud 11:27).

Oleh itu, apabila seseorang digoda oleh rasa kesombongan, hendaklah dia ingat bahawa mana-mana sifat yang dia sifatkan sebagai menganggap martabat dan kedudukannya lebih tinggi daripada yang lain, Allah mempunyai sifat itu dalam bentuk yang tidak terhad dan sempurna, maka tidak ada tempat untuk kebanggaan, keegoan dan ketaksuban pada diri sendiri manusia.

captcha