Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemeliharaan dan Penerbitan Karya Agung Ayatullah Khamenei (HF); Pada majlis kongres agung Haji Ibrahimi untuk tahun haji 1445H, pegawai dan kepengurusan haji dan sekumpulan jemaah Baitullahil harm negara Republik Islam Iran, pagi ini, Isnin, 6 Mei, menghadiri Dewan Husainiyah Imam Khumeini (ra) bertemu dengan Ayatullah Khamenei (HF), pemimpin Revolusi Islam.
Petikan syarahan beliau adalah seperti berikut:
Pada tahun ini, Haji adalah "Haji Bara'ah"* mengikut ajaran yang diberikan oleh hazrat nabi Ibrahim (as) kepada kita yang dinuqil oleh Al-Quran, sudah tentu, sejak permulaan revolusi Islam, jemaah haji sentiasa melaungkan slogan "Bara'ah".
Kejadian-kejadian yang berlaku di Gaza dan kejadian pelik dan besar ini, yang mendedahkan wajah pengisap dara satu kumpulan yang timbul dari tamadun Barat, ini adalah perkara yang tidak hanya akan diberi perhatian hari ini malah ini akan kekal dalam sejarah.
Apa yang berlaku hari ini di Gaza dan Palestin, serangan biadab dan anjing gila Zionis dan unsur pengisap darah ini, di satu pihak, dan di pihak lain rakyat yang ditindasnya dan pada masa yang sama barisan perlawanan dan penentangan penduduk Islam Gaza, masing-masing adalah tanda besar dan petunjuk yang kekal dalam sejarah, Ini adalah petunjuk penting yang akan menunjukkan jalan menuju masa depan umat manusia.
Pada tahun ini, jemaah haji sudah sepatutnya dapat menyampaikan logika Al-Quran tentang "Bara'ah" kepada seluruh dunia Islam.
*Bara'ah «بَرَاءَةٌ»- bermaksud; "pernyataan berputus hubungan dengan para pemusuh Islam", yang bersumber dari ayat Al-Quran, perintah Allah SWT;
بَرَاءَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
"(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)". (Qs, At-Taubah 9:1).
4214079