IQNA

Solideriti Malaysia susulan kesyahidan Presiden

14:04 - May 20, 2024
Berita ID: 3104433
IQNA - Ucapan takziah dari pelbaga negara di dunia atas kesyahidan presiden Raisi ketika melakukan misi khidmat negara Republik Islam Iran, termasuk; Anwar zahir takziah, nyata solideriti Malaysia kepada Iran.

Laporan IQNA, memetik Bernama; Kuala Lumpur 20 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Iran, di atas tragedi yang menimpa Presiden Ebrahim Raisi bersama delegasi kepemimpinan negara, dalam satu nahas helikopter di barat laut Iran, pada Ahad.

Anwar berkata Malaysia juga berduka atas tragedi berkenaan dan bersedih atas malapetaka yang menimpa negara sahabat Iran.

"Terkesan dan sedih tatkala menerima laporan mengenai insiden pesawat di wilayah utara Iran melibatkan Presiden Ebrahim Raisi bersama delegasi kepemimpinan Iran, termasuk menteri luar Iran Amir Hossein Abdollahian".

"Doa dan solideriti buar Rakya Republik Islam Iran, dan semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan memberi tempat yang istimewa di sisiNya", kata beliau mengikuti hantaran di facebook hari ini.

Perdana Menteri Malaysia dalam hantaran sama turut berkongsi sekeping gambar beliau bertemu Raisi pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, November tahun lepas.

Anwar berkata dalam pertemuan itu beliau dan Raisi telah menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara.

"Raisi menonjolkan sikap terbuka tetapi tegas, terutama dalam soal pembangunan rakyatnya, serta punyai keupayaan yang tinggi dalam memelihara Iran sebagai negara dan tamadun yang kuat".

"Saya selesa bekerjasama dengan beliau, dan tragedi ini tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam, terutamanya dalam perjuangan membela warga Palestin," kata Anwar.

Bernama

captcha