IQNA

Kereta api Masyair memudahkan pengangkutan jemaah haji

16:35 - May 26, 2024
Berita ID: 3104484
IQNA - Arab Saudi merancang untuk melancarkan kereta api Masyair «قطار مشاعر» tahun ini, 1445HQ, bagi memudahkan pengangkutan jemaah haji.

Laporan IQNA, memetik Al-Khalij «الخلیج»; Direktorat Am Pengangkutan Arab Saudi mengumumkan kesediaannya untuk melancarkan kereta api Masyair, kereta api berkelajuan tinggi Haramain dan kereta api yang pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, pada masa yang sama seperti permulaan musim haji pada tahun ini, 1445 Hijrah.
 
Kereta api Masyair Muaqadas «قطار مشاعر مقدسه» mempunyai 9 stesen di sepanjang laluannya, yang disambungkan antara satu sama lain dengan laluan kereta api berkembar sepanjang 18 km. 

Kereta api ini berkapasiti 72,000 penumpang dalam satu arah dalam satu jam dan bersedia untuk lebih 2,000 perjalanan sehari, supaya dapat memberi sumbangan besar dalam memudahkan pengangkutan jemaah ke rumah Allah.
 
Kereta api berkelajuan tinggi Haramin adalah salah satu cara paling penting untuk memudahkan laluan jemaah haji, yang menghubungkan dua kota Mekah dan Madinah.
 
Perjalanan dengan kereta api ini mengambil masa 120 minit  melalui Jeddah. Kereta api ini terdiri daripada 5 stesen dan 35 kereta api dan membuat lebih daripada 3,800 perjalanan dari Mekah ke Madinah semasa Haji. 
 
Arab Saudi telah mewujudkan kereta api ini dengan tujuan untuk memudahkan pengangkutan jemaah pada musim haji. Ia juga boleh dianggap sebagai salah satu alat baharu untuk memastikan Arab Saudi selari dengan rancangan pembangunan.
 
Kereta api Masyair juga diwujudkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan pengangkutan jemaah haji semasa haji dan boleh dikatakan tren ini merupakan antara projek terbesar yang dilancarkan Arab Saudi setakat ini. Kerana ia mempunyai sumbangan yang besar dalam menunaikan ibadah haji dengan mudah dan tanpa gangguan.

4218157

tanda nama: Haji
captcha