IQNA

Amalan bulan Dzulhijjah sebanding pahala haji

14:38 - June 07, 2024
Berita ID: 3104548
IQNA - Pahala puasa pada 9 hari pertama bulan Dzulhijjah adalah sama dengan pahala puasa seumur hidup, dan dengan melakukan dua rakaat solat pada hari-hari tersebut, seseorang dapat memperoleh pahala haji.

Esok adalah hari pertama Dzulhijjah. Lebih dua juta jemaah haji di bumi wahyu dan berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia menantikan permulaan bulan yang merupakan antara bulan istimewa ini; 10 hari pertamanya adalah antara hari istimewa yang dipilih Allah. 

Bulan dan hari yang Allah pilih dijadikan sebagai alasan untuk mendekatkan diri hamba kepadaNya. Menurut apa yang telah dinyatakan dalam riwayat yang sahih, 10 hari pertama bulan Dzulhijjah ialah sepuluh malam yang disebut dalam Surah al-Fajr dengan ayat “Wal-Fajr..." «وَالْفَجْرِ؛ وَلَيَالٍ عَشْرٍ»; Allah telah bersumpah;  "Demi waktu fajar - Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)". (Qs, Al-Fajr 89:2).

Rasulullah (SAW) juga bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Tiada Ibadah dan amal soleh yang lebih utama daripada 10 hari pertama Dzulhijjah «ذی‌الحجه»".

Dikatakan juga bahawa maksud "hari-hari yang terbilang" «أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ» dalam ayat 203 Surah Al-Baqarah ialah sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah; Di mana dianjurkan untuk mengingati Allah pada hari-hari tersebut; 

 وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِىٓ أَيَّامٍۢ مَّعْدُودَٰتٍۢ ۚ  ٢٠٣
“Dan ingatlah Allah pada hari-hari tertentu."

- Imam Sadiq (as) berkata yang bermaksud: "Ayahku Hazrat Imam Baqir (as) berkata kepadaku: Anakku; Pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, jangan melewatkan dua rakaat ini setiap malam antara solat Maghrib dan Isyak. Pada setiap rakaat, kamu membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas, selepas itu kamu membaca ayat ini (ayat 142 Surah al-A'raf):

وَوَٰعَدْنَا مُوسَىٰ ثَلَـٰثِينَ لَيْلَةًۭ وَأَتْمَمْنَـٰهَا بِعَشْرٍۢ فَتَمَّ مِيقَـٰتُ رَبِّهِۦٓ أَرْبَعِينَ لَيْلَةًۭ ۚ وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَـٰرُونَ ٱخْلُفْنِى فِى قَوْمِى وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ ٱلْمُفْسِدِينَ ١٤٢

"Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan". (Qs, Al-A'raaf 7:142).

Dan jika kamu berbuat demikian, kamu akan mendapat bahagian dalam pahala orang haji". (KRH; Iqbal, ms 317).

Untuk mendapat manfaat dari rahmat bulan Dzulhijjah yang tidak terhingga, beberapa perbuatan tertentu disebutkan dalam hadis; 

- Amalan paling agung yang dilakukan pada bulan Dzulhijjah ialah Haji Tamattu «حج تمتع» yang diwajibkan hanya kepada orang Islam yang mempunyai kemampuan fizikal dan kewangan sahaja, tetapi umat Islam yang lain juga boleh mendapat manfaat daripada keberkatan bulan ini dengan melakukan amalan yang dianjurkan - sunnah, dan juga mendapat manfaat dari pahala Haji.

Amalan sunnah sepuluh hari pertama Dzulhijjah:
- Puasa 9 hari pertama, ini mendapat pahala puasa seumur hidup.
Dari hari pertama hingga ke petang Arafah (tarikh 9 Dzulhijjah).

- Selepas solat subuh dan sebelum solat isyak, hendaklah dibacakan doa yang diriwayatkan oleh Imam Sadiq (as) yang dikenal juga dengan doa "Zadul Ma'ad" «(زاد المعاد)» - "Bekalan Akhirat" :

اللَّهُمَّ هَذِهِ الْأَيَّامُ الَّتِي فَضَّلْتَهَا عَلَى الْأَيَّامِ وَ شَرَّفْتَهَا قَدْ بَلَّغْتَنِيهَا بِمَنِّكَ وَ رَحْمَتِكَ‏
"Ya Allah, inilah hari-hari yang Engkau berikan keutamaan dan kemuliaan dari hari-hari lain dalam setahun dan Engkau telah membuatku memahami hari-hari ini dengan rahmat dan belas kasihan-Mu

فَأَنْزِلْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِكَ وَ أَوْسِعْ عَلَيْنَا فِيهَا مِنْ نَعْمَائِكَ‏
Maka turunkanlah keberkatan-Mu kepada kami pada hari-hari ini dan limpahkanlah rahmat-Mu kepada kami

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar selawat ke atas Muhammad dan keluarganya

وَ أَنْ تَهْدِيَنَا فِيهَا لِسَبِيلِ الْهُدَى وَ الْعَفَافِ وَ الْغِنَى وَ الْعَمَلِ فِيهَا بِمَا تُحِبُّ وَ تَرْضَى‏
Dan bimbinglah kami ke jalan petunjuk dan jalan kesucian dan kecukupan serta bertindak di dalamnya dengan apa yang Engkau cintai dan sebab keredhaan-Mu

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا مَوْضِعَ كُلِّ شَكْوَى وَ يَا سَامِعَ كُلِّ نَجْوَى وَ يَا شَاهِدَ كُلِّ مَلَإٍ وَ يَا عَالِمَ كُلِّ خَفِيَّةٍ
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar berjaya di hari-hari ini, wahai yang menjadi punca setiap keluhan, mendengar setiap rahsia dalaman, menyaksikan setiap kewujudan, dan mengetahui setiap rahsia

أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدٍ وَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا فِيهَا الْبَلاَءَ وَ تَسْتَجِيبَ لَنَا فِيهَا الدُّعَاءَ
Saya memohon kepada-Mu untuk memberkati Muhammad dan keluarganya dan menghapuskan malapetaka daripada kami pada hari-hari ini dan mengabulkan doa kami

وَ تُقَوِّيَنَا فِيهَا وَ تُعِينَنَا وَ تُوَفِّقَنَا فِيهَا لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَ تَرْضَى‏
Dan berikanlah kami kekuatan dan bantulah kami, dan lakukan apa yang Engkau cintai, dan redha dengannya, wahai Tuhan kami

وَ عَلَى مَا افْتَرَضْتَ عَلَيْنَا مِنْ طَاعَتِكَ وَ طَاعَةِ رَسُولِكَ وَ أَهْلِ وِلاَيَتِكَ‏
Dan sukseskanlah kami semua dalam mentaati-Mu dan Rasul-Mu dan mentaati mereka yang memegang wilayah-Mu

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, wahai yang maha pengasih dari para pengasih, agar memberikan keselamatan dan rahmat kepada Muhammad dan keluarganya

وَ أَنْ تَهَبَ لَنَا فِيهَا الرِّضَا إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Dan anugerahkanlah kepada kami kedudukan redha dan penyerahan pada hari-hari ini, sesungguhnya Engkau mendengar doa hamba-hamba-Mu

وَ لاَ تَحْرِمْنَا خَيْرَ مَا تُنْزِلُ فِيهَا مِنَ السَّمَاءِ وَ طَهِّرْنَا مِنَ الذُّنُوبِ يَا عَلاَّمَ الْغُيُوبِ وَ أَوْجِبْ لَنَا فِيهَا دَارَ الْخُلُودِ
Dan janganlah Engkau cegah kami dari rahmat kebaikan yang Engkau turunkan dari langit pada hari-hari ini, dan bersihkanlah kami dari kekotoran dosa-dosa, wahai Yang Maha Mengetahui yang ghaib, dan kurniakanlah kepada kami di dalamnya syurga yang kekal

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدٍ وَ لاَ تَتْرُكْ لَنَا فِيهَا ذَنْباً إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَ لاَ هَمّاً إِلاَّ فَرَّجْتَهُ‏
Ya Allah, berkatilah Muhammad (SAW) dan keluarganya dan janganlah Engkau tinggalkan kami dengan dosa pada hari-hari ini kecuali Engkau mengampuni kami dan tidak ada kesedihan kecuali Engkau menghilangkannya

وَ لاَ دَيْناً إِلاَّ قَضَيْتَهُ وَ لاَ غَائِباً إِلاَّ أَدَّيْتَهُ‏
Dan tiada hutang melainkan telah Engkau bayarkan, dan tida yang ditinggalkan kecuali kecuali telah Engkau sampaikan

وَ لاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَ الْآخِرَةِ إِلاَّ سَهَّلْتَهَا وَ يَسَّرْتَهَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْ‏ءٍ قَدِيرٌ
Dan tiada keperluan dari keinginan dunia dan akhirat melainkan Engkau mudahkan pencapaiannya, kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu

اللَّهُمَّ يَا عَالِمَ الْخَفِيَّاتِ يَا رَاحِمَ الْعَبَرَاتِ يَا مُجِيبَ الدَّعَوَاتِ يَا رَبَّ الْأَرَضِينَ وَ السَّمَاوَاتِ‏
Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui yang tersembunyi, wahai Yang Maha Penyayang kepada mata yang menangis, wahai yang mengabulkan doa, wahai Tuhan pencipta seluruh langit dan bumi

يَا مَنْ لاَ تَتَشَابَهُ عَلَيْهِ الْأَصْوَاتُ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدٍ
Wahai yang tidak akan pernah salah anggap terhadap suara dan doa, sampaikan salam kepada Muhammad (SAW) dan keluarganya

وَ اجْعَلْنَا فِيهَا مِنْ عُتَقَائِكَ وَ طُلَقَائِكَ مِنَ النَّارِ وَ الْفَائِزِينَ بِجَنَّتِكَ وَ النَّاجِينَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ‏
Dan pada hari-hari yang mulia ini, jadikanlah kami salah seorang dari orang-orang yang Engkau bebaskan dari api neraka, dan di antara orang-orang yang diselamatkan, jadikanlah kami kekal di dalam syurga, dan di antara orang-orang yang diselamatkan, jauhkanlah kami dari siksaan-Mu dengan rahmat-Mu yang tidak berkesudahan, wahai yang paling maha penyayang

وَ صَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ أَجْمَعِينَ‏
Dan selawat Allah atas junjungan kami Muhammad dan seluruh keluarganya".

Link bacaan doa ini: https://static.ahlolbait.com/files/ahlolbait/old/download/47/doa_rouz_1_ta_9_zelhajjae.mp3

- Berzikir dengan lima Doa berikut:
Imam Baqir (as) berkata yang bermaksud: "Tuhan menghantar lima doa sebagai hadiah kepada hazrat Isa (as) melalui Jibril, supaya dia membacanya selama sepuluh hari pertama bulan Dzuhijjah. Jika seseorang membaca setiap lima doa ini 10 kali setiap hari, dia telah mengikuti riwayat tersebut. Lima doa tersebut adalah seperti berikut:

اَشْهَدُ اَنْ لااِلهَ اِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لا شَریکَ لَهُ، لَهُ الْمُلْکُ وَلَهُ الْحَمْدُ، بِیَدِهِ الْخَیْرُ، وَهُوَ عَلی کُلِّ شَیْء قَدیرٌ

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan segala puji bagi-Nya, Yang Maha Pemberi kebaikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu

اَشْهَدُ اَنْ لا اِلـهَ اِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لاشَریکَ لَهُ، اَحَداً صَمَداً، لَمْ یَتَّخِذْ صاحِبَةً وَلا وَلَداً.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya tiada sekutu bagi-Nya, Esa, tidak bergantung pada apa pun, tidak beristeri dan tidak beranak

اَشْهَدُ اَنْ لا اِلـهَ اِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لا شَریکَ لَهُ، اَحَداً صَمَداً، لَمْ یَلِدْ وَلَمْ یُولَدْ، وَلَمْ یَکُنْ لَهُ کُفُواً اَحَدٌ.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya tiada sekutu bagi-Nya, Esa, tempat bergantung segala sesuatu, tidak beristeri dan tidak beranak dan tidak diperanakkan, tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya

اَشْهَدُ اَنْ لا اِلهَ اِلاَّ اللهُ، وَحْدَهُ لا شَریکَ لَهُ، لَهُ الْمُلْکُ وَلَهُ الْحَمْدُ، یُحْیی وَیُمیتُ، وَهُوَ حَیٌّ لا یَمُوتُ، بِیَدِهِ الْخَیْرُ، وَهُوَ عَلی کُلِّ شَیْء قَدیرٌ
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan segala puji bagi-Nya, menghidupkan dan mematikan, Dialah maha hidup yang tiada akan mati, Yang Maha Pemberi kebaikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu

حَسْبِیَ اللهُ وَکَفی، سَمِعَ اللهُ لِمَنْ دَعا، لَیْسَ وَرآءَ اللهِ مُنْتَهی،اَشْهَدُللهِ بِما دَعا،وَاَنَّهُ بَریءٌ مِمَّنْ تَبَرَّءَ، وَاَنَّ لِلّهِ الاْخِرَةَ وَالاْولی
Cukuplah Allah sebagai pemberi kesempurnaan, yang mendengar bagi orang yang berdoa, tiada baginya keberakhiran, bagi Allah penyaksi dengan apa yang didoakan, dan sesungguhnya Dia maha suci dari yang mensucikan, dan bagi Allah akhir dan permulaan".

-Membaca Surah al-Fajr
Dalam hadits Rasulullah (SAW) disebutkan yang bermaksud: “Barangsiapa membaca Surah al-Fajr pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, maka diampuni dosa-dosanya, dan jika membacanya pada hari-hari yang lain, ia akan berbinar cahaya pada hari Kebangkitan".

- Puasa
- Menunaikan solat Hazrat Fatimah (as) dengan cara berikut;
Dua rakaat solat dibuat pada waktu setengah jam sebelum masuk waktu zuhur, pada setiap rakaat membaca Surah al-Fatihah sekali, Surah al-Ikhlas 10 kali, Ayat Kursi 10 kali, dan Surah al-Qadr 10 kali.

- Sesiapa yang takut kepada orang yang zalim hendaklah membaca doa ini pada hari ini: 

«حَسْبی حَسْبی حَسْبی مِنْ سُؤالی، عِلْمُکَ بِحالی»
"Hasbi hasbi hasbi hasbi min su'ali, Ilmuka bihaali - Cukup, cukup, cukup dari permintaanku, pengetahuan-Mu dari keadaanku".

Supaya Allah melindunginya daripada kejahatan orang yang zalim itu.

4220175

tanda nama: Haji Amalan bulan
captcha