Falsafah haji yang paling penting ialah transformasi akhlak. Upacara "Ihram" mengeluarkan seseorang dari rupa material dan pakaian berwarna-warni dan perhiasan, dan dengan melarang keseronokan dan terlibat dalam memperbaiki diri, yang merupakan salah satu kewajipan, memisahkan seorang haji dari dunia material dan menenggelamkannya ke dalam dunia kerohanian dan kesucian.
Ritual Ibadah haji dilakukan satu demi satu, ritual yang menjadikan kepentingan hubungan rohani manusia dengan Tuhannya semakin kuat dari masa ke semasa dan hubungannya semakin erat dan kukuh, memotongnya dari masa lalunya yang gelap dan penuh dosa dan memberikan masa depan yang cerah penuh kedamaian dan ringan.
Terutamanya memberi perhatian kepada hakikat bahawa setiap langkah ritual Ibadah Haji mengingatkan kenangan Ibrahim Nabi penghancur berhala-berhalah Namrud, dan Ismail Zabih Allah/ korban ilahi, dan ibunya; Hajar, dan merangkumi perjuangan mereka, perjuangan orang-orang beriman di masa lalu dan pengorbanan diri sebagai hamba Allah SWT, telah dibentuk secara terbuka di hadapan mata umat manusia, dan juga memberi perhatian kepada hakikat bahawa Tanah Mekah secara amnya, Masjidil Haram, Baitullah dan tempat Tawaf khususnya mengingatkan kepada ingatan utama kepada Nabi Islam yang menghidupkan kembali Agama Tauhid dengan penuh perjuangan yang sulit dan berkorban seluruh kehidupannya (SAW); Tenaga, harta, keluarga dan jiwa, semua telah dipersembahkan untuk Allah SWT, serta para sahabat beriman yang setia bersama Nabi Muhammad (SAW) membangun umat Islam pada tempoh Pertama di Mekah, pada tempoh mereka melihat wajah baginda Nabi (SAW) dan wasinya Hazrat Ali bin Abi Thalib (as), melihat langkah dan budi bahasa mereka yang penuh keindahan akhlak dan mendengar langsung bunyi epik ucapan-ucapan mereka (as).
Ya, ini semua berjalan seiring dalam haji yang menyediakan landasan untuk revolusi moral dalam hati jemaah haji yang sudah bersedia, ingatan ini membuka halaman kehidupan manusia dengan cara yang tidak dapat digambarkan tetapi hanya dapat dirasakan langsung pada tempoh haji yang dipenuhi ilmu dan makrifat untuk memulakan lembaran baru dalam hidupnya, sekembali dari haji.
Tidak sia-sia kita membaca dalam riwayat Islam bahawa orang yang menunaikan haji sepenuhnya;
أَنَّهُ يَخْرُجُ مِنْ ذُنُوبِهِ كَهَيْئَةِ يَوْم وَلَدَتهُ أُمُّهُ"
"Dia keluar dari dosa-dosanya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya"
Bagi umat Islam, haji adalah kelahiran kedua, kelahiran yang merupakan permulaan kepada kehidupan manusia yang baru. Keberkatan ini tidak akan diperolehi bagi mereka yang hanya mencukupi diri mereka terhad dan hanya secebis sahaja dari simbol-simbol zahir haji, tetapi lupa pada kandungan rohani haji.
Tetapi bagi mereka yang sedar akan inti dan jiwa haji boleh merasakan kelahiran baru mereka selepas berhaji.