IQNA

Lebih 21 Juta Jemaah Menyertai Ziarah Arbain

23:34 - August 16, 2025
Berita ID: 3106881
IQNA - Makam Aba fadhlil Abbas mengumumkan bahawa jumlah keseluruhan jemaah Arbain Imam Husain (1447H) mencecah 21,103,524 orang.

Laporan IQNA, memetik laman Kafeel Global Network «کفیل»; Pihak pengurusan Makam Aba fadhlil Abbas pada petang 15 Ogos mengumumkan angka rasmi jemaah Arbain tahun ini. Berdasarkan laporan itu, seramai 21,103,524 jemaah hadir di Iraq sepanjang tempoh ziarah Arbain tahun ini.

Sebagai perbandingan, jumlah jemaah tahun lalu direkodkan sebanyak 21,480,525 orang.

Bagi mengira bilangan jemaah yang memasuki Karbala al-Muqaddasah, Makam Aba fadhlil Abbas menggunakan sistem pengiraan elektronik berasaskan kecerdasan buatan (AI) melalui laluan-laluan yang dilalui jemaah serta pintu-pintu masuk ke Haram suci Hazrat Abbas (a.s.).

Iraq Sambut Lebih 4 Juta Jemaah dari Negara Arab dan Asing

Dalam perkembangan berkaitan, Jawatankuasa Tinggi Keselamatan Ziarah Besar Iraq mengumumkan bahawa negara itu pada Arbain tahun ini, selain jutaan rakyat Iraq, turut menyambut kehadiran lebih daripada 4 juta jemaah dari negara-negara Arab dan asing.

Jawatankuasa itu menambah bahawa anggota dua jawatankuasa keselamatan dan perkhidmatan bekerja secara purata 20 jam sehari selama 21 hari, menjadikan keseluruhannya 420 jam operasi berterusan demi memastikan kelancaran ziarah agung ini.

4300049

captcha