IQNA

Pengakuan seorang warganegara Amerika;

Melakukan vandalisme di Pusat Islam Universiti Rutgers

18:36 - October 11, 2024
Berita ID: 3105240
IQNA - Selaras dengan tindakan yang sedang dilakukan untuk menyebarkan kebencian terhadap Islam dan umat Islam, warga Amerika itu mengaku melakukan vandalisme/merosakkan di Pusat Islam Universiti Rutgers.

Laporan IQNA, memetik Al-Quds al-Arabi «القدس العربی»; Seorang lelaki dari negeri New Jersey mengakui bahawa dia memusnahkan harta Pusat Kehidupan Islam di Universiti Rutgers, melanggar undang-undang persekutuan Amerika Syarikat dan melakukan "jenayah kebencian menentang Islam". 

Tindakan ini dilakukan pada April lalu bersamaan dengan Aidilfitri.
Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia memantau peningkatan ancaman terhadap umat Islam, Arab dan Yahudi Amerika sejak bermulanya perang rejim Zionis di Gaza dan Lubnan.

Dalam hal ini, Christian Clark, penolong peguam daerah, berkata semalam: Defendan/tertuduh ini bertanggungjawab atas perbuatan kebencian yang didorong oleh Islamophobia.

Jabatan Kehakiman AS mengumumkan bahawa tertuduh bernama Jacob Beecher (24 tahun) menyerang Pusat Islam Universiti Rutgers dan merosakkan peralatan di dalamnya.

Antara kes kejadian keganasan di Amerika Syarikat yang baru-baru ini berlaku dan ada kaitan dengan orang Islam Amerika, boleh termasuk cubaan lemas tenggelamkan seorang gadis Islam (3 tahun) di Texas, kejadian tikam yang menyebabkan kematian seorang Muslim kanak-kanak (6 tahun) di Illinois, tikam seorang lelaki Islam di Texas, pukul seorang lelaki Islam di New York dan serangan ke atas penunjuk perasaan pro-Palestin di California.

4241767

captcha