IQNA

Etika individu dalam Pandangan Islam/14

Penyakit bahasa; Namimah «نمیمه» memetik pertuturan orang

17:24 - October 26, 2024
Berita ID: 3105323
IQNA - Menjaga dan amanah terhadap pertuturan orang lain bermakna tidak mengulanginya di hadapan orang lain untuk memburuk-burukkannya, penyakit bahas "Namimah" bermakna mengulangi perkataan orang di hadapan orang lain yang mengenainya perkara itu diperkatakan.

Salah satu perkara yang dibincangkan oleh ulama etika di bawah topik "Namimah" atau Memetik pertuturan orang dengan niat buruk. 

"Namimah" adalah salah satu penyakit bahasa manusia yang paling rendah yang membawa kepada permusuhan dan kebencian serta menghancurkan ikatan persahabatan dan persaudaraan.

Sebaliknya menjaga dan amanah terhadap pertuturan orang lain bermakna tidak mengulanginya di hadapan orang lain, "Namimah" bermakna mengulangi perkataan orang bersama niat buruk untuk orang yang mengenainya perkara itu diperkatakan. 

"Namimah" apabila ia dilakukan kepada seseorang yang takut akan bahaya dan mudarat, ia dipanggil "sa'ayat"«سعایة»; Seperti seorang menghadap kepada raja-raja dan tua-tua pimpinan yang darinya ada ketakutan akan pemenjaraan, buangan dan pembunuhan, dia membuat-buat pertuturan tentang seseorang lain.

"Namimah" dikutuk keras dalam ayat-ayat Al-Quran dan dianggap sebagai salah satu dosa yang paling buruk berbanding tingkah laku tidak senonoh yang lain. Tuhan Yang Maha Kuasa berfirman di dalam Al-Quran: 

«وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَة»
"Celakalah bagi setiap orang yang mencari kesalahan dalam pertuturan orang lain". (Qs, Al-Humazah: 1).

Juga, Nabi (SAW) dilarang untuk bersama dengan orang yang mencari-cari kesilapan pertuturan orang; Allah SWT berfirman:

«و لا تُطِعْ كُلَّ حَلافٍ مهينٍ* هَمَازٍ مَشَاءِ بِنَمِيم»
"Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya) - Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai) - (Qs, Al-Qalam 68: 10 -11). 

«و لا تُطِعْ كُلَّ حَلافٍ مهينٍ* هَمَازٍ مَشَاءِ بِنَمِيم»
"Nabi (SAW) telah bersabda dalam satu riwayat yang bermaksud:
"Mahukah aku beritahu kamu tentang seburuk-buruk orang diantara kamu? Mereka berkata: Ya, wahai Rasulallah! Nabi (SAW) bersabda: Iaitu mereka yang suka memetik pertuturan orang dengan niat mencari-cari kesilapannya".

Manusia mempunyai beberapa tanggungjawab di hadapan orang yang memetik pertuturan dan ucapan orang lain/mencabar ucapan orang/namimah. Pertama, dia tidak sepatutnya membenarkannya, Kerana dia adalah seorang yang berdosa dan seorang pelanggar, dan bukti seorang pelanggar tidak diterima, Allah SWT berfirman:

«إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأَ فَتَبَيَّنُوا»
"Jika datang kepadamu orang yang buruk dalam ucapannya membawa berita, maka selidikilah pemberitaannya". (Qs, Al-Hujurat; 6).

Kedua, hendaklah dia dihentikan daripada melakukan perkara ini, kerana perbuatannya itu adalah salah satu daripada kemungkaran dan Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran: 

«وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ»
“Suruhlah orang-orang kepada kelakuan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar”. (Qs, Luqman; 17).

Ketiga, hendaklah menyatakan kebencian kepada orang yang suka akan memetik ucapan orang lain dengan niat buruknya kerana pelakunya dibenci oleh Tuhan dan membenci kebencian Tuhan adalah perlu. 

Keempat, tidak boleh bersangka buruk terhadap orang yang diperkatakan; Kerana Allah Yang Maha Tinggi berfirman: 

«اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنّ إِثْم»
"Jauhilah banyak sangkaan, kerana banyak dari bersangka itu adalah dosa". (Qs, Al-Hujarat: 12).  

Kelima, Namimah adalah penyakit pertuturan yang mendorong orang untuk mencari-cari tentang hal orang, yang Allah telah melarang dengan firmanNya: 

«وَ لا تَجَسَّوا»
"Dan janganlah kamu mencari-cari kesilapan orang lain". (Qs, Al-Hujarat: 12).

tanda nama: bahasa
captcha