IQNA

Perhubungan awam tentera Republik Islam Iran mengumumkan:

Kesyahidan dua askar tentera dalam mempertahankan wilayah Iran

19:08 - October 26, 2024
Berita ID: 3105325
IQNA - Tentera Republik Islam Iran mengeluarkan kenyataan dan mengumumkan: Berikutan serangan agresif rejim Zionis pagi tadi, dua anggota tentera telah syahid dalam mempertahankan wilayah Iran.

Laporan IQNA: Dalam kenyataan perhubungan awam Tentera Republik Islam Iran, dinyatakan: Tentera Republik Islam Iran mengorbankan dua askarnya malam tadi ketika berhadapan dengan peluru rejim Zionis penjenayah demi mempertahankan keselamatan Iran dan mencegah kemudaratan kepada negara dan kepentingan Iran.

Menurut pengumuman Tentera Republik Islam Iran, Mejar Jahandideh «جهان‌دیده» dan Ustuwar Syahirkhifar «استوار شاهرخی‌فر»  telah syahid dalam serangan rejim Israel semalam.

4244353

captcha