Laporan IQNA; memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemeliharaan dan Penerbitan Karya Ayatullah Ali Khamenei; Setiap tahun pada hari 13 Aban (Kalendar Parsian), Hari Pelajar dan Hari Kebangsaan Memerangi Keangkuhan global « روز دانشآموز و روز ملی مبارزه با استکبار», sekumpulan pelajar dari seluruh negara Republik Islam Iran pagi ini, Sabtu, 2 November Mereka bertemu dengan Ayatullah Khamenei (HF), Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, semasa hadir di Dewan Husainiah Imam Khomeini.
Petikan titah Baginda (Hafizahullah (HF)) adalah seperti berikut:
- Kita pasti akan melakukan segala yang patut dilakukan untuk persiapan negara Iran, sama ada dari segi ketenteraan, senjata, mahupun urusan politik, dan Alhamdulillah, para pegawai sedang melakukannya sekarang.
- Sudah tentu, gerakan umum negara Iran dan pegawai negara ini ke arah menghadapi keangkuhan global dan aparat jenayah yang memerintah dunia hari ini, mereka pasti dan secara adil tidak akan gagal dalam apa jua cara; Yakinilah ini.
Perbincangan bukan sekadar membalas dendam, perbincangan adalah gerakan logik; Konfrontasi adalah selaras dengan agama, akhlak, Syariah dan mengikut undang-undang antarabangsa, dan rakyat Iran dan pegawai negara tidak akan teragak-agak dalam hal ini. Yakinilah ini.
- Masalahnya ialah masalah menghadapi penindasan antarabangsa. Bagi negara Iran, yang diilhamkan oleh ajaran Islam, menghadapi penindasan adalah satu kewajipan. Berurusan dengan kesombongan adalah satu kewajipan. Kesombongan/Keangkuhan bermaksud penguasaan ekonomi, ketenteraan dan budaya yang menyeluruh dan penghinaan terhadap negara-negara; Mereka mengaibkan negara Iran; Mereka menghina selama bertahun-tahun dahulu. Oleh itu, perjuangan bangsa Iran menentang kesombongan, pastinya akan sama selepas ini.
- Musuh, baik AS dan rejim Zionis, harus tahu bahawa mereka pasti akan menerima tindak balas yang menghancurkan/(«پاسخ دندانشکن» mematahkan gigi mereka) sebanding apa yang mereka lakukan terhadap Iran dan barisan penentangan.
4245639