IQNA

Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-13 Hadiah Kuwait telah dibuka

21:06 - November 15, 2024
Berita ID: 3105427
IQNA - Majlis perasmian pertandingan Hafazan, Tilawah dan Tajwid Al-Quran peringkat antarabangsa ke-13 di Kuwait telah diadakan 13 November, dengan kehadiran Mohammad Al-Wosami «محمد الوسمی», Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam negara ini, ahli-ahli hakim, jawatankuasa dan peserta.

Laporan IQNA; memetik laman web akhbar Kuwait "Al-Anbaa" «الأنباء»; Menteri Wakaf Kuwait, Mohammad Al-Wosami, semasa berucap pada majlis perasmian pertandingan ini, berkata: "Rakyat Kuwait berkhidmat dengan Al-Quran dan menghafal ayat-ayat ketuhanan dan mengikuti perintah Firman Tuhan dan memuliakan Al-Quran dari generasi ke generasi.

Badr Al-Mutairi «بدر المطیری», Timbalan Menteri Wakaf Kuwait, juga berkata dalam majlis ini: "Pertandingan Al-Quran tahunan Kuwait telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara dalam kedua-dua tahap kuantitatif dan kualitatif, dan tahun ini 127 peserta dari 75 negara di dunia mengambil bahagian dalam pertandingan ini".

Diingatkan, Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Kuwait edisi ke-13 akan diadakan dari 13 hingga 20 November 2024 di bawah kelolaan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam negara ini.

Para peserta dalam pertandingan ini bersaing dalam lima kategori iaitu menghafaz Al-Quran dengan sepuluh bacaan, menghafaz Al-Quran lengkap, Tilawah dan Tajwid (memilih suara terbaik), menghafaz keseluruhan Al-Quran untuk kanak-kanak bawah umur (pertandingan penghafaz kecil) dan kategori projek teknikal terbaik dalam bidang pengabdian Al-Quran.

Di sela-sela pertandingan ini, satu pameran dengan slogan “Baca seperti yang anda pelajari” akan diadakan bertujuan untuk memaparkan cara-cara dan mazhab-mazhab hafazan Al-Quran serta peringkat-peringkat membangunkan kaedah hafazan.

“Habib Sadaqat” «حبیب صداقت» dalam bidang tilawah, “Mohammadreza Zahedi” «محمدرضا زاهدی» dalam bidang hafazan keseluruhan Al-Quran untuk dewasa dan “Mohammad Hossein Malekinejad” «محمدحسین ملکی‌نژاد» dalam bidang hafazan keseluruhan Al-Quran bagi bawah umur hadir sebagai wakil Iran dalam pertandingan ini.

4248198

captcha