Allah SWT berfirman;
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". (Qs, Ar-Ra'd 13:11).
Ayat ini jelas meminta adanya perubahan dari manusia, sama ada dalam bentuk kehidupan sosial atau individu.
Istilah Kaum «قَوْمٍ» dalam bhs.Al-Quran atau dalam firman Allah (SWT) mencakup makna perseorangan dan kumpulan manusia, perubahan satu per satu dari perseorangan mencipta perubahan bagi qaum atau komuniti bagi manusia.
Realiti kehidupan manusia menuntut terjadi perubahan, kerana wujud manusia dilahirkan dalam kondisi berlaku perubahan secara berterusan, mungkin untuk sebahagian orang tidak perasan perubahan sentiasa dialami olehnya; oleh itu kesedaran terhadap ada realiti perubahan membantu seseorang untuk menyesuaikan diri dan bahkan boleh mencipta arah perubahan yang menuju tujuan kesempurnaan dan kebahagian baginya, tetapi jika ia terlena dan tidak sedar maka perubahan akan menggilas atau menjejaskan potensi perubahan yang semestinya diperlukan.
Perubahan ada dua macam perubahan alamiah tanpa kehendak manusia dan perubahan yang perlu berlaku mengikut ikhtiar manusia, ayat yang disebutkan di atas adalah berkenaan dengan perubahan macam atau jenis ini, contohnya; seseorang mempunyai sifat buruk malas, maka perlu ia berazam dan berusaha untuk merubahnya menjadi seorang yang rajin.
Perubahan alamiah seperti memanjangnya rambut dan kuku serta membesar dan meningginya struktur tubuh dan anggota badan fizikel manusia dalam wadah zaman ia mengalami proses perubahan ini, manusia mahu atau tidak dia akan mengalami perubahan ini dan banyak lagi perubahan semacam ini, dalam Al-Quran perubahan jenis ini juga sudah dibincangkan, mengikut firman Allah (SWT);
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿۱۵﴾
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Qs, Al-Ahqaaf 46:15).
Ayat ini juga mengisahkan perubahan perkembangan manusia secara fizikel dan kerohanian, alamiah dan ikhtiar.
**Siri Kajian Sekhah Ali; Kehidupan kerohanian manusia; Keperluan adanya perubahan peningkatan Iman, Ilmu dan Amal Soleh.