IQNA

Semasa perjalanan ke Karbala Muala «کربلای معلی»;

Mengadakan pertandingan "Syouq Tilawat" «شوق تلاوت» ketujuh

18:38 - December 01, 2024
Berita ID: 3105510
IQNA - Wakil dari Pusat Hal Ehwal Al-Quran Wilayah Quds Razawi «قرآنی آستان قدس رضوی» telah dihantar ke Karbala Muala untuk membuat persiapan yang diperlukan untuk mengadakan pertandingan Al-Quran "Syouq Tilawat" edisi ketujuh.

Laporan IQNA; Wakil dari Pusat Hal Ehwal Al-Quran Wilayah Quds Razawi, yang diketuai oleh Husein Muqadamkia «حسین مقدم‌کیا», Setiausaha Agung Projek Tilawah Nasional Syabab Al-Reza «طرح ملی تلاوت شباب‌الرضا», selepas berlepas ke Karbala, membuat persiapan yang diperlukan untuk mengadakan edisi ke-7 Pertandingan Al-Quran "Syouq Tilawat".

Dalam perjalanan ini, delegasi Pusat Hal Ehwal Al-Quran Wilayah Quds Razawi bertemu dan berbincang dengan Syeikh Khairuddin Ali Hadi « شیخ خیرالدین علی هادی», ketua Darul-Quran al-Karim makam Huseiniyah muqadas «دارالقرآن‌الکریم عتبه حسینیه مقدسه», selepas itu poster edisi ketujuh Pertandingan Al-Quran "Syouq Tilawat" telah didedahkan.

Perlu diingatkan bahawa proses pusingan ke-7 pertandingan Al-Quran "Syouq Tilawat" telah bermula pada 20 November dengan penghantaran fail video tilawah pemohon, yang berterusan sehingga 25 November, dan peringkat separuh akhir ini dijadualkan di Pulau Kish «جزیره کیش» selepas penilaian fail video, kita akan saksikan penganjuran peringkat akhir pertandingan ini di Karbala Muala.

4251391

captcha