IQNA

Iraq

Persidangan wanita antarabangsa ke-7 "Roh Kenabian"

15:28 - December 27, 2024
Berita ID: 3105649
IQNA - Persidangan Budaya Antarabangsa Ke-7 «روح النبوة» - "Roh kenabian" khas untuk wanita sempena kelahiran Hazrat Az-Zahra (AS) dan dengan usaha Tauliah Wilayah Muqaddas Abbasi bermula di Karbala Mu'ala «کربلای معلی».

Laporan IQNA; Memetik laman web rangkaian penaja global, persidangan ini bermula semalam, 26 Disember, dengan slogan "Hazrat Az-Zahra (AS); "Mengumpul Cahaya Kenabian dan Imamah" bhs.Farsi; «حضرت زهرا(س)؛ گردآورنده نور نبوت و امامت» dan dengan kehadiran ilmuan dan penyelidik wanita dari Iran, Iraq, Syria, Lubnan dan Bahrain, ia bermula dan berterusan sehingga Sabtu (28 Disember).

Dalam persidangan ini, artikel ilmiah dan penyelidikan akan dibentangkan oleh personaliti universiti dan Hauzah Ilmiah tentang pemikiran, tindakan dan karya Hazrat Az-Zahra (AS).

Majlis perasmian persidangan ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Firman Allah dengan suara "Narjes Qalandar" «نرجس قلندر» daripada qariah wanita Iraq dan bacaan Surah Fatihah untuk para syuhada Iraq, serta persembahan lagu kebangsaan Iraq dan pemberian ucapan berkaitan taulia wilayah makam Muqaddas Abbasi.

"Membaca tradisi sejarah dan keagamaan Hazrat Az-Zahra (AS) dan "Peranan Hazrat Az-Zahra (AS) sebagai contoh teladan dalam mempromosikan identiti dan membangunkan efikasi diri di kalangan wanita Bahrain" adalah antara artikel yang akan dibentangkan dalam sesi ilmiah persidangan ini.

 

4256447

tanda nama: hazrat Az-Zahra as
captcha