IQNA

Dihoskan oleh Qazwin

50 qari bertanding dalam perayaan kedua tilawah taqlid

15:36 - February 18, 2025
Berita ID: 3105945
IQNA - Ketua Pengarah Wakaf dan Hal Ehwal Amal Qazwin mengumumkan festival tilawah kedua akan diadakan di wilayah ini dari 20 hingga 23 Ferbuari tahun ini sambil berkata: "Dalam perayaan ini, 50 remaja dan pemuda dari seluruh negara akan bertanding dalam tilawah taqlid ini."

Laporan IQNA; Dalam temu bual dengan IKNA dari Qazwin - Iran, HujatulIslam Walmuslim Seyyed Mustafa Majidi «حجت‌الاسلام والمسلمین سیدمصطفی مجیدی», Ketua Pengarah Wakaf dan Hal Ehwal Amal Wilayah Qazwin, berkata mengenai penganjuran Pesta Tilawah Tiru/taqlid: 

Peringkat akhir Festival Tilawah Tiru kedua «دومین جشنواره تلاوت تقلیدی» akan diadakan dari 20 hingga 23 Ferbuari tahun ini, yang dihoskan oleh bandar Qazwin Wilayah suci keputraan Imam Husein «آستان مقدس امامزاده حسین(ع)» di bandar ini

Beliau menyambung: Pembukaan festival tilawah taqlid yang kedua akan diadakan pada hari Jumaat, 20 Ferbuari tahun ini, dan 50 orang yang telah layak ke peringkat akhir pertandingan ini akan bersaing dalam tiga kategori umur: 9 hingga 13 tahun, 13 hingga 16 tahun, dan 16 hingga 20 tahun.

Ketua Pengarah Wakaf dan Hal Ehwal Amal Wilayah Qazwin menyatakan: "Dalam tiga bulan lalu, apabila seruan bacaan taklid diterbitkan di alam siber, lebih tiga ribu remaja dan anak muda yang berminat membaca Al-Quran menghantar karya mereka. Selepas tiga peringkat penilaian, para hakim memilih 50 peserta lelaki sebagai peserta akhir dan mengumumkan nama mereka, dan kami akan menganjurkan mereka di Qazwin bermula pada 20 Ferbuari.

Majidi mengakhiri ucapannya dengan menyatakan: "Sehubungan itu, 22 perhimpunan Al-Quran telah dirancang, yang akan diadakan mulai 19 hingga 26 Ferbuari tahun ini, bagi menambahkan lagi kemegahan dan keseruan pertandingan ini. Satu lagi program perayaan tilawah taqlid ialah mengadakan pameran produk Al-Quran dan kebudayaan di makam suci keputraan Imam Husein (AS).

4266664

captcha