IQNA

Tilawah;

Qari Iran di makam Sayyed Hassan Nasrallah

15:54 - February 28, 2025
Berita ID: 3105996
IQNA - Qari Iran menghadiri makam Sayyid Hassan Nasrallah dan membacakan ayat-ayat Al-Quran.

Laporan IQNA; Ahmad Abulqasimi «احمد ابوالقاسمی» dan Hamid Syakirnejad «حامد شاکرنژاد», dua qari Al-Quran antarabangsa, bersama HujatulIslam Ghulamreza Qasimian «حجت‌الاسلام غلامرضا قاسمیان», selepas menghadiri pengebumian syuhada Sayyed Hassan Nasrallah «شهید سیدحسن نصرالله», menghadiri makam Pemimpin Penentangan di Beirut dan membaca ayat-ayat Al-Quran.

Hamid Syakirnejad membaca ayat 111 dari Surah At-Taubah «سوره مبارکه توبه »;

«إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِینَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ یُقَاتِلُونَ فِی سَبِیلِ اللَّهِ فَیَقْتُلُونَ وَیُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَیْهِ حَقًّا فِی التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِیلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَیْعِکُمُ الَّذِی بَایَعْتُمْ بِهِ وَذَلِکَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِیمُ»

 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar". (Qs, At-Taubah 9:111).

Ahmad Abul-Qasimi juga membaca ayat 23 surah Al-Ahzab;

. «مِنَ الْمُؤْمِنِینَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَیْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ یَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِیلًا»
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun". (Qs, Al-Ahzaab 33:23).

 


 
4268723

tanda nama: Tilawah Qari
captcha