IQNA

Pensyarah Iraq di Universiti Al-Mustafa (SAW) menjelaskan:

Keperluan Mewujudkan Gerakan Dialog Dalam Kalangan Pemuda Dunia Islam Bagi Menyokong Muqawamah

20:50 - March 15, 2025
Berita ID: 3106091
Keperluan Mewujudkan Gerakan Dialog Dalam Kalangan Pemuda Dunia Islam Bagi Menyokong Muqawamah
IQNA - HujatulIslam Hashim Abu Khamseen «حجت‌الاسلام هاشم ابو خمسین» berkata: Kita harus mengelak daripada mencetuskan perbezaan dan sebaliknya memfokuskan dialog di kalangan anak muda pada paksi Al-Quran dan Ahlulbait (AS). Juga, mempromosikan Mahdisme dan kepercayaan kepada penyelamat boleh menjadi faktor penting dalam mewujudkan perpaduan di kalangan belia Islam.
Keperluan Mewujudkan Gerakan Dialog Dalam Kalangan Pemuda Dunia Islam Bagi Menyokong Muqawamah

Laporan IQNA; Institut Dialog Agama Wahdat, dengan kerjasama Pejabat Antarabangsa Hauzah ilmiah Qom, sedang mengadakan siri perbincangan dengan tokoh-tokoh A-Quran dari dunia Islam di luar Pameran Al-Quran Antarabangsa ke-32 Tehran.

Dalam hal ini, HujatulIslam wal muslimin Hashim Abu Khamseen, seorang ahli fakulti Universiti Al-Mustafa (SAW) dari Iraq, berkata mengenai aktiviti Al-Quran khusus untuk negara ini: "Di Iraq, aktiviti Al-Quran yang meluas diadakan pada bulan Ramadhan yang mulia. Antara aktiviti tersebut ialah mengadakan sesi mengkhatam Al-Quran di masjid-masjid dan Hussainiyah, tempat orang ramai berkumpul dan mengaji serta mendengar Al-Quran.

Satu lagi aktiviti istimewa di Iraq ialah upacara yang dikenali sebagai "Laylatul-Tasdiq" «لیلة التصدیق» pada dua malam terakhir bulan suci Ramadhan. Pada malam-malam ini, orang ramai pergi ke masjid dan membaca Al-Quran.

HujatulIslam Abu Khamseen berkata: "Selain itu, pertandingan Al-Quran dan sesi tilawah Al-Quran dengan kehadiran qari terkemuka dengan gaya bacaan Mesir dan kaedah Al-Quran lain adalah antara program Al-Quran Ramadhan yang lain di Iraq."

Beliau meneruskan, berhubung cadangan untuk mewujudkan gerakan dialog di kalangan pemuda dunia Islam dalam menyokong paksi penentangan/Muqawamah, beliau berkata: "Untuk mewujudkan gerakan dialog di kalangan pemuda dunia Islam dalam menyokong penentangan, adalah perlu untuk mewujudkan budaya dialog Al-Quran dan mempromosikan ajaran penyatuan Rasulullah (SAW) dan Ahlulbayt (AS) bagi kes-kes dialog Islam, umat Islam dan pemudanya."

Beliau merujuk kepada hadis Nabi Muhammad (SAW) yang terkenal yang berkata: 

«إِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ الثَّقَلَيْنِ: كِتَابَ اللَّهِ وَ عِتْرَتِي أَهْلَ بَيْتِي، مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوا أَبَدًا»
"Saya tinggalkan kepada kamu dua perkara yang berat: Kitab Allah dan keluargaku, ahli keluargaku jika kamu berpegang kepada mereka, kamu tidak akan sesat selama-lamanya."

Abu Khamseen menekankan: Kita mesti mengelak daripada mencetuskan perbezaan agama, etnik, dan suku dan sebaliknya, menumpukan dialog di kalangan anak muda kepada Al-Quran dan Ahl ilbayt (AS). Juga, mempromosikan Mahdisme dan kepercayaan kepada penyelamat akhir zaman, berpaksikan Al-Quran, boleh menjadi faktor penting dalam mewujudkan perpaduan di kalangan belia dunia Islam.

4271392

captcha