IQNA

Qalibaf pada majlis Hari Quds Antarabangsa:

Palestin adalah jiwa kesedaran masyarakat antarabangsa dihadapan sistem keangkuhan

17:12 - March 28, 2025
Berita ID: 3106161
IQNA - Speaker Parlemen Perundangan Jumhuriah Islam, pada majlis Hari Quds Antarabangsa di Universiti Tehran, menyatakan bahawa Palestin adalah batu ujian terhadap slogan-slogan tamadun Barat yang kelihatan indah tetapi hipokrit, dan berkata: "Palestin adalah hati nurani yang bangkit dari masyarakat dunia nyata menentang sistem penguasaan keangkuhan yang terus wujud dengan menindas kebenaran dan keadilan serta menindas masyarakat, khususnya masyarakat Islam."

Laporan IQNA; Mohammad Baqer Qalibaf, Speaker Majlis Perundangan Jumhuriah Islam Iran, pada majlis Hari Quds Antarabangsa yang diadakan pagi ini, Jumaat, 28 Mac, bertepatan dengan Jumaat terakhir bulan suci Ramadhan, mengucapkan doa dan amal ibadat kita semua semoga mendapat maqbuliat dari Allah SWT, dan berkata: "Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya berada di antara kamu, para jemaah yang dikasihi, pada hari Jumaat terakhir bulan suci Ramadhan dalam memperingati hari Quds sedunia ini.  

Saya juga berterima kasih kepada negara Islam dan rakyat Iran yang dikasihi kerana mengambil bahagian dalam perarakan besar ini hari ini untuk mempertahankan Palestin dan negara Islam dan hari di mana Almarhum Imam Khomeini (qsz) menamakan Hari Quds, yang tidak dapat dinafikan adalah satu tindakan yang benar.

Beliau menyambung: "Kisah Palestin pada dekad-dekad yang lalu dan selama bertahun-tahun adalah kisah yang menyedihkan, bukan sahaja untuk negara Islam dan penganut Al-Quran, yang menyebabkan mereka menderita dan membahayakan, tetapi juga untuk semua manusia dan masyarakat manusia. Sebaliknya, kejadian dan proses yang menimpa rakyat Palestin menjadi pengajaran dan teladan untuk hari ini, esok, dan masa hadapan.

Ketua Parlemen perundangan menyatakan: "Rampasan hak rakyat Palestin dan pemalsuan membentuk negara melalui jenayah dan pencerobohan yang dilakukan dalam bentuk pembunuhan beramai-ramai yang paling teruk, pemenjaraan, penyeksaan, dan pembunuhan wanita dan kanak-kanak dengan cara yang paling buruk, bahkan tidak serasi dengan nilai-nilai yang diisytiharkan oleh mereka tentang tamadun Barat. Inilah antara simbol yang menunjukkan betapa dalam jurang antara perkataan dan perbuatan dalam tamadun Barat amat jauh rengang. Tidak dinafikan, dua tingkah laku Barat ini dalam jenis isu-isu yang telah berlaku sepanjang sejarah ini dan tahun-tahun ini dan dalam era kontemporari sudah pasti noda di dahi tamadun Barat, dan aib ini akan kekal bersama mereka selama-lamanya, dan pastinya generasi hari ini dan akan datang tidak akan melihat itu sebagai budaya ketamadunan kemanusiaan yang patut dihargai.

Beliau berkata: "Palestin adalah batu ujian yang tidak membenarkan slogan yang kelihatan cantik tetapi munafik ini berkembang. Palestin adalah kesedaran masyarakat global sebenar yang disedarkan terhadap sistem penguasaan yang terus wujud dengan menindas kebenaran dan keadilan serta menindas masyarakat khususnya masyarakat Islam".

Speaker Majlis Perundangan Jumhuriah Islam Iran berkata: "Semua 77 tahun jenayah ini, dari masa pada 1948 apabila Majlis Keselamatan PBB mengasaskan kuman barah dan jahat ini, di satu pihak, hingga operasi yang berlaku pada 7 Oktober dengan Taufan Al-Aqsa «طوفان الاقصی», sebagai titik perubahan. 

Taufan Al-Aqsa tidak diragukan lagi merupakan tindakan yang sah dan logik terhadap jenayah penindasan selama 77 tahun oleh rejim Zionis, Amerika Syarikat, dan Britain. Operasi khas ini adalah sebagai tindak balas kepada semua jenayah rejim Zionis ini.

Beliau menegaskan: Barisan Penentangan dan rakyat Palestin bukan sahaja berhadapan dengan Israel. Jika Palestin, dan Barisan Penentangan hanya menentang rejim Zionis, rejim ini tidak akan pernah dapat melawan, dan tidak akan dapat melawan walaupun seminggu, kerana rejim ini adalah rejim pinjaman atau palsu; Israel tidak mempunyai kuasa atau kekuatan wujud tanpa Amerika.

Qalibaf berkata: "Kenyataannya ialah hari ini rejim Zionis adalah mesin pembunuh rejim hegemoni dan penjenayah Amerika, dan merekalah yang telah memelihara rejim jahat dan kotor ini di rantau ini dengan sokongan dan bantuan mereka dalam senjata, perisikan, dan politik. Sudah tentu, ada negara lain yang saya tidak mahu sebut namanya, tetapi saya pasti ingin menekankan bahawa British memainkan peranan penting dalam hal ini.

Beliau menyatakan: "Dunia Islam sekali lagi telah ditikam oleh England yang jahat dalam insiden Palestin. Jika kita mengatakan bahawa hubungan Amerika dengan rejim Zionis adalah satu perikatan, persetujuan, dan naungan, kita mesti mengatakan bahawa hubungan antara Israel dan England adalah hubungan bapa-anak. 

England mahu projek yang belum selesai yang dimulakan pada awal Perang Dunia I dan mengasaskan rejim Zionis pada penghujung mandatnya ke atas Palestin pada tahun 1948, dan hari ini dia yang mahu menyiapkan projeknya yang belum selesai.

Ketua Majlis Syura Jumhuriah Islam itu menekankan: "Hari ini, kita mesti mengatakan bahawa sistem penguasaan dan keangkuhan global menentang Palestin dan barisan penentangan, malah tidak menghormati undang-undang dalam isu perang. Mereka menyerang rakyat Palestin dan Barisan Penentangan dengan sekuat tenaga dan dengan segala teknologi dan bom yang tidak berperikemanusiaan dan haram. Tetapi menariknya Barisan Penentangan masih mempunyai reaksi dan kuasa selepas gencatan senjata. Anda melihat bagaimana ia berunding dengan pihak berkuasa jahat itu dan bagaimana ia membebaskan rakyatnya dari penjara rejim ghasab itu dan menyerahkan tahanan mereka dengan penuh kuasa. 

Kemudian, apabila rejim Zionis mematahkan gencatan senjata sekali lagi, Barisan Penentangan dan rakyat Palestin bertindak balas dari Gaza dan Yaman. Hakikat bahawa Pemimpin Tertinggi hari ini mengatakan bahawa tidak ada makna proksi-proksian, yang ada bahawa pemuda negara Islam dan Mujahidin berdiri menentang penindasan secara kesedaran sendirinya.

Merujuk kepada para syuhada seperti Sayyed Hassan Nasrallah «سید حسن نصرالله», Ismail Haniyeh «اسماعیل هنیه», Yahya Sinwar «یحیی سنوار», Mohammad Deif «محمد ضیف», dan para syuhada lain yang syahid dengan cara ini, Ketua Majlis Syura Jumhuriah Islam berkata: "Apa yang penting hari ini ialah kita menentang perang global oleh sistem hegemoni. Lihatlah 77 tahun yang lalu, dari peperangan 1948 hingga 1973. Dalam semua peperangan itu, orang Arab kehilangan tanah dan dikalahkan. Mereka berdamai, tetapi kemudian rejim Zionis tidak mematuhi perjanjian damai ini".

Merujuk kepada kebenaran kedua, beliau berkata: "Jika kita melihat secara realistik pada adegan hari ini, rejim Zionis telah gagal bukan sahaja dalam bidang strategik dan taktikal tetapi juga dalam mencapai matlamat yang direka oleh Amerika, Britain, dan rejim Zionis dalam semua ini. Mereka mencipta rejim Zionis dan melabur di dalamnya untuk mewujudkan gendarmerie di rantau ini supaya ia dapat mempertahankan kepentingan sistem kuasa hegemoni dan usaha kepalsuan dari perspektif mereka, mereka boleh menubuhkan semua atas nama Zionis dan rejim yang sombong di sana dan, dari perspektif mereka, mewujudkan demokrasi dan menghancurkan negara Palestin dari masa ke masa. Tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin hari ini, mereka berhadapan dengan kekuatan pertahanan rakyat bumi Palestin.

Speaker Majlis Syura Jumhuriah Islam menegaskan bahawa kehidupan parasit rejim Zionis semakin kerap hari demi hari, dengan berkata: "Kehidupan mereka sedemikian rupa sehingga hari ini mereka sepatutnya memelihara dan menstabilkan kepentingan dan sumber Amerika di rantau ini, tetapi hari ini tidak ada apa-apa kecuali Amerika perlu membayar untuk penyelenggaraan rejim ini. 18 bulan lalu, ketika Taufan Al-Aqsa berlaku, ketika Setiausaha Negara AS dan Presiden AS melawat Tel Aviv, mereka mengatakan bahawa walaupun rejim Israel tidak wujud hari ini, kita sepatutnya mewujudkan rejim seperti Israel di sini. Ini adalah bagaimana mereka melihat minat mereka. Sekarang, bolehkah rejim ini mengekalkan kepentingan mereka? tentu sama sekali tidak akan pernah berlaku.

Merujuk kepada kekacauan tentera dan markas mereka, malah kuasa perintah Zionis selepas Taufan Al-Aqsa, beliau menekankan: "Hari ini, penasihat Amerika sedang menyelesaikan masalah mereka, dan Zionis menghadapi masalah dengan perpaduan dalaman, dengan sokongan politik Amerika, mereka menyelesaikan masalah dalaman mereka."

Qalibaf berkata: "Hari ini, dari segi keselamatan, malah di penempatan yang dibina sejak 70 tahun lalu, hampir kesemuanya telah dipindahkan, dan ini adalah hasil daripada kelemahan keselamatan mereka. Hari ini, sesiapa sahaja yang berjalan di jalanan wilayah yang diduduki yang dirampas oleh rejim Zionis diancam dan takut setiap saat kerana mereka tidak selamat. Apa yang dikatakan oleh rejim Zionis adalah bahawa Israel adalah tempat lahirnya keselamatan, tetapi hari ini penghijrahan terbalik telah berlaku dan rasa tidak selamat telah meningkat, dan ini tidak lain hanyalah kebodohan dan kesia-siaan rejim palsu ini dalam bidang ketenteraan dan keselamatan".

Merujuk kepada ketidakstabilan ekonomi rejim Zionis, beliau menyatakan: "Semua kapitalis berusaha untuk mengukuhkan kawasan ini untuk Zionis, tetapi hari ini mereka tidak membayangkan masa depan untuk rejim Zionis di mana mereka ingin melabur. Hari ini, tidak ada keselamatan mahupun kemungkinan untuk melabur di wilayah yang diduduki. Almarhum Imam Khomeini (qsz), selepas peristiwa tarikh 15 Khordad pada tahun 1964, apabila beliau kembali ke Qom dari penjara, mengutuk rejim Zionis ketika itu dan selepas kemenangan revolusi, beliau menamakan hari Jumaat terakhir di bulan suci Ramadhan sebagai Hari Quds sedunia.

Menegaskan bahawa hari ini isu Palestin telah menjadi isu global dan kebimbangan terhadap kemanusiaan dan rakyat yang telah kehilangan kemanusiaan mereka, Speaker Majlis Syura Jumhuriah Islam menyatakan: "Sebaliknya, hari ini Presiden AS memotong pembiayaan universiti yang melaungkan slogan menentang rejim Zionis."

Dia menyambung: "Semasa perjalanan saya ke Beirut pada kemuncak peristiwa selepas kesyahidan Sayyed Hassan Nasrallah, saya bimbang, tetapi apabila saya melihat pejuang Hizbullah dalam keadaan yang sukar itu, saya melihat bahawa Hizbullah masih hidup. Selama lebih 40 hari, tentera Israel, dengan sokongan Amerika, tidak dapat menyerang walau satu meter wilayah Lubnan dan tidak dapat menguasai Gaza. Walaupun berjaya menawannya, para pejuang bertempur sehingga hari terakhir dan memaksa musuh berundur.

Qalibaf menambah: "Hari ini, dalam perang gabungan dan kognitif rejim Zionis dan agen AS, jangan kita katakan bahawa barisan penentangan telah dikalahkan, sebaliknya ia masih hidup. Baru hari ini, Mujahidin dunia Islam telah menjadikan Lapangan Terbang Ben Gurion tidak selamat dengan melancarkan peluru berpandu ke arahnya, tetapi pada hari rejim Zionis mematahkan gencatan senjata, pejuang penentangan berdiri teguh berdasarkan kepercayaan mereka kepada tradisi ketuhanan. Sebaliknya yang gagal dalam kepercayaan dan taktik ialah Amerika dan rejim Zionis".

Speaker Majlis Perundangan Jumhuriah Islam berkata: "Kami tidak ragu-ragu, seperti yang dikatakan oleh almarhum Imam Khomeini dan Pemimpin Tertinggi menekankan tentang isu ini, bahawa semua jenayah ini berpusat dan disokong oleh Amerika Syarikat, dan mereka mempunyai dua tingkah laku dan perkataan dan tindakan yang berbeza. Tidak ada bezanya sama ada Presiden siapa memegang jawatan di Amerika Syarikat. Mereka semua mempunyai pendekatan dualistik - double standard, dan ini adalah sifat sistem kuasa hegemoni - penguasaan Barat.

Beliau menyambung: "Orang-orang yang berhormat kami tahu bahawa rundingan yang disertai dengan ancaman adalah berpura-pura rundingan untuk menguasai dan mengenakan tuntutan ke atas negara lain. Pemimpin Amerika bukan sahaja mahu mengabaikan kepentingan ekonomi rakyat Iran, tetapi mereka juga mahu mengambil alih keupayaan pertahanan kami, itulah sebabnya mereka bercakap tentang rundingan. Apa yang mereka maksudkan dengan rundingan ialah keazaman untuk melucutkan senjata Iran, tetapi rakyat kami sangat memahami bahawa rundingan untuk menerima secara paksa tuntutan musuh adalah pendahuluan kepada peperangan. Tidak ada orang atau negara yang bijak, betul dari segi politik, atau berani akan menerima perkara sedemikian rosak.

Speaker Majlis Syura Jumhuriah Islam merujuk kepada surat Trump baru-baru ini dan berkata: "Dalam surat baru-baru ini, yang dilaporkan, tidak ada menyebut tentang menarik balik sekatan. Tingkah laku Amerika dalam surat ini adalah tingkah laku gengster yang besar. 

Presiden AS berkelakuan menghina walaupun terhadap negara sekutu dan bawahannya, bercakap kepada mereka dari kedudukan tuan dan hamba, tetapi rakyat Iran tidak boleh ditipu atau dipaksa.

Menegaskan bahawa Republik Islam Iran berkuasa dan menolak hegemoni dunia kekerasan, beliau berkata: "Pertama, dengan sokongan rakyat kita, terutamanya solidariti dan kepercayaan rakyat, dan kedua, dengan sokongan pemimpin yang bijak dan berani, dan dengan sokongan kekuatan dan kuasa angkatan tentera dan kuasa pertahanan negara, dan pasukan yang setia, revolusioner, sentiasa berjihad, dan tidak takut dengan sebarang ancaman. Angkatan bersenjata dan Basiji, yang bermurah hati dan berbakti, berdiri di lapangan, berdasarkan Al-Quran, tradisi ketuhanan, budaya Ahlulbayt (a.s.), dan kepercayaan bahawa tradisi ketuhanan tidak boleh diubah atau diserahkan;

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman". (Qs, As-Saff 61:13).

Qalibaf menegaskan: "Amerika sendiri tahu betapa terdedahnya mereka, dan jika mereka melanggar wilayah Iran, ia akan menjadi seperti percikan api dalam tong serbuk yang akan meletupkan seluruh wilayah, dan kemudian pangkalan mereka dan sekutu mereka tidak akan selamat."

Beliau berkata: "Kami percaya bahawa jalan untuk mengurangkan tekanan ke atas rakyat melalui perpaduan yang lebih baik dan ekonomi yang lebih baik bergantung kepada kuasa domestik. Kemudian musuh akan dipaksa untuk menerima realiti dan kembali kepada rundingan yang rasional dan adil, sama seperti kami sentiasa membiarkan laluan ini terbuka dan diteruskan dengan negara-negara yang kekal dalam JCPOA."

Speaker Majlis Perundangan Jumhuriah Islam menyimpulkan dengan menekankan bahawa dunia melihat bahawa presiden AS yang sama membelakangkan rundingan dengan menarik diri daripada JCPOA dan membatalkan komitmen, dan berkata: "Oleh itu, adalah satu kesilapan untuk menguji orang yang sudah berpengalaman, tetapi musuh mesti tidak digalakkan untuk melakukan buli terus-menerus dan pemerasan melalui strategi, tindakan bijak dan jihad kita."

 

4272547 

tanda nama: Hari Qods sedunia Ramadhan
captcha