Laporan IQNA; Standard dwi negara Barat dalam isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara sentiasa dipersoalkan. Salah satu manifestasi jelas kemunafikan ini ialah kebebasan untuk mencemarkan kesucian umat Islam dan melawan sedikit pun kritikan terhadap rejim Zionis dengan alasan mengharamkan anti-Semitisme.
Al Jazeera Mubasher «الجزیره مباشر» menulis dalam artikel oleh Najla Mahfouz «نجلاء محفوظ» tentang perkara ini: Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pencemaran terhadap Al-Quran telah berulang kali di tengah-tengah sokongan, justifikasi, dan pujian ahli politik Barat yang sentiasa melaungkan slogan kebebasan berkeyakinan. Ahli politik ini adalah orang yang sama yang laungannya memekakkan dunia apabila berhadapan dengan fenomena yang mereka sifatkan sebagai anti-Semitisme.
Perlu diperhatikan bahawa sesetengah orang sengaja memilih waktu khas perayaan majlis-majlis keagamaan suci Islam untuk mencemarkan al-Quran. Majlis seperti Ramadhan, hari-hari raya Muslim dan Haji; Seperti orang yang membakar al-Quran di hadapan masjid di Sweden pada Hari Raya Aidiladha pada 2023, atau Geert Wilders, ahli politik sayap kanan Belanda yang menyiarkan video di Twitter semasa Ramadhan dengan kapsyen: "Tidak kepada Islam, tidak kepada Ramadhan, tidak untuk kebebasan agama Islam."
Kebisingan di media Barat meningkat selepas setiap pembakaran al-Quran dan penghinaan terhadap Nabi (SAW). Tetapi daripada mengutuk pelaku pencemaran kesucian umat Islam, mereka malah menyerang umat Islam yang marah dengan tindakan pencemaran kesucian Islam dan melabel mereka sebagai musuh kebebasan!
Kita bertanya: Mengapa mereka bertindak "tidak berhormat" terhadap agama Islam?
Orang Eropah, yang berkedudukan secara berasingan daripada dunia peradaban kemanusiaan
Penodaan kehormatan Islam yang disengajakan di dunia Barat tidak terhad kepada pembakaran berulang-ulang kitab suci umat Islam. Pada tahun 2012, kita menyaksikan penerbitan filem menghina Rasulullah (SAW) bertajuk Innocence of Muslims/ Keluguan orang Islam. Sebaliknya, majalah Perancis Charlie Hebdo berulang kali menerbitkan kartun yang menghina Islam dan Nabi (SAW) dan tidak mengendahkan bantahan meluas oleh umat Islam di seluruh dunia. Presiden Perancis juga mengelak daripada mengutuk tindakan ini dan mempertahankan apa yang disebutnya kebebasan berpendapat.
Walaupun konsensus umat Islam mengenai larangan menghina al-Quran, Barat dan Amerika menghalang Majlis Hak Asasi Manusia PBB daripada mengutuk perbuatan ini.
Ada yang percaya bahawa menggalakkan pembakaran al-Quran mempunyai matlamat politik, iaitu memisahkan umat Islam daripada agama lain; kerajaan Sweden tidak membenarkan pembakaran Taurat, tetapi ia telah berulang kali membenarkan ramai orang membakar al-Quran dan melindungi mereka.
Martin Schulter, seorang profesor undang-undang sivil di Universiti Stockholm di Sweden, menulis bahawa memanggil orang Islam sebagai penjenayah adalah satu jenayah, manakala membakar al-Quran mengikut undang-undang bukanlah serangan terhadap orang Islam, tetapi serangan terhadap agama Islam.
Undang-undang tidak menjenayahkan pembakaran al-Quran kerana tujuannya bukan untuk menyerang kumpulan tertentu! Ini adalah kelebihan, bukan kelemahan, untuk undang-undang Sweden!
Sebaliknya, Rasmus Paludan, seorang ahli politik ekstremis Denmark, telah membakar al-Quran beberapa kali sejak 2017. Pemerhati percaya bahawa beliau bertujuan untuk meraih populariti yang akan membantunya memenangi pilihan raya, sambil menyalahgunakan hak kebebasan bersuara untuk menyebarkan kebencian untuk kepentingan politik. Masalah utama bukan sayap kanan yang menyebarkan kebencian, tetapi semakin ramai orang di Eropah dan Amerika yang mengundi berdasar gerakkan politik ini.
Sudah pasti dan semestinya bahawa semakin maju, beradab, dan berperikemanusiaan seseorang, semakin dia menghormati kepercayaan orang lain, tidak melanggar perkara dan simbol suci mereka, dan tidak dalam apa cara sekalipun, secara tersirat atau tersurat, menghina kepercayaan orang lain.
4268245