Laporan IQNA; Dalam khutbah Jumaat minggu ini, Ayatollah Musawi yang juga ulama terkemuka dari Hauzah Najaf Ashraf «حوزه علمیه نجف اشرف» berkata: “Peningkatan konflik di Gaza, selatan Lubnan, Syria, Yaman, Iraq dan Iran bukan semata-mata reaksi terhadap peristiwa 7 Oktober, tetapi merupakan sebahagian daripada perancangan terdahulu yang hanya menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan.” Beliau menyifatkan tindakan tentera penentang Palestin «مقاومت فلسطین» pada 7 Oktober sebagai "reaksi mempertahankan diri" terhadap tekanan ketenteraan dan politik yang meluas di rantau itu.
Ayatollah Musawi menegaskan bahawa matlamat utama perkembangan ini adalah untuk “melemahkan dan meruntuhkan paksi penentangan”, dan menyatakan bahawa di sebalik projek ini adalah Amerika Syarikat dan rejim Zionis yang berusaha mengubah keseimbangan politik dan ketenteraan di rantau ini demi kepentingan mereka.
Beliau turut mengutuk pengaruh Amerika dalam keputusan politik Iraq dan menuduh beberapa tokoh tempatan terkenal sebagai ejen dan upahan Amerika. Beliau memberi amaran bahawa jika trend ini berterusan, individu-individu tersebut akhirnya akan dihina dan dihancurkan di bawah kaki tentera Amerika.
Khatib Jumaat Baghdad itu juga menekankan kepentingan perpaduan Syiah di bawah satu projek politik yang bebas, sambil berkata: “Pengalaman telah membuktikan bahawa bergantung kepada kuasa asing hanya membawa pembunuhan, pelarian dan penjajahan.”
Ayatollah Musawi turut merujuk kepada kesyahidan beberapa komander dan pegawai tentera Iran dalam serangan terbaru Zionis terhadap Iran, dan memuji kekuatan struktur Republik Islam Iran. Beliau berkata: “Sistem ini dibina atas institusi dan struktur yang stabil, bukan individu, dan inilah yang menjamin kelangsungannya walaupun di bawah tekanan dan serangan.”
Beliau juga menyifatkan serangan rejim Zionis ke atas wilayah Iran sebagai usaha untuk merosakkan infrastruktur penentangan dan menegaskan bahawa “Iran tidak akan goyah dengan serangan-serangan ini dan akan memberikan respons pada masa yang sesuai. Iran tidak bersendirian, sebaliknya mewakili kedalaman strategik seluruh umat Islam syiah di dunia.”
4288475