IQNA

Majlis pengebumian syuhada Perang 12 Hari

Dari Medan Ghairah ke Cakrawala Syahid; Rakyat Iran Mengiring Jenazah “Syuhada Ketahanan Nasional”

15:32 - June 28, 2025
Berita ID: 3106621
IQNA - Majlis pengebumian jenazah “Syuhada Ketahanan Iran” berlangsung pagi ini dengan kehadiran besar-besaran rakyat bersemangat di Tehran. Sekali lagi, Tehran menjadi simbol keberanian dan kesetiaan rakyat negara ini. Warga dari pelbagai lapisan dan generasi, dari Medan Kebangkitan hingga Medan Kebebasan, mengusung jenazah suci 60 syuhada yang terbunuh dalam pencerobohan rejim Zionis, diiringi linangan air mata, solawat dan sorakan penuh semangat serta anti-pengkhianatan.

Laporan IQNA; Majlis penuh megah ini mengiring jenazah komander tentera, ilmuwan terkemuka dan syuhada terhormat lain yang terbunuh dalam serangan kejam rejim Zionis ke atas Republik Islam Iran. Majlis bermula pagi tadi, Sabtu 28 Jun, bermula dari Medan Kebangkitan Islam «میدان انقلاب اسلامی» menuju ke Medan Kebebasan «میدان آزادی », disertai sambutan hangat rakyat Tehran.

Majlis rasmi bermula pada jam 8 pagi dengan bacaan ayat 38 Surah al-Hajj «تلاوت آیه ۳۸ سوره حج»:

إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ

"Sesungguhnya Allah mempertahankan orang‑orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap‑tiba pengkhianat yang kafir."

Dalam majlis tersebut, jenazah 60 syuhada termasuk 4 kanak‑kanak, 4 wanita, komander tentera, saintis nuklear dan wakil media diiring mengusung jenazah mereka.

Sejak awal pagi, Medan Kebangkitan Islam dipenuhi orang ramai yang digerakkan oleh semangat Husaini dan membawa panji merah “Ya Labbayk Ya Husayn (a.s)” «یا لبیک یا حسین (ع)». Tulisan tangan yang memuatkan slogan anti-Zionis dan anti-Amerika merupakan simbol kemarahan dan dukacita yang terpendam akibat jenayah terbaru, terutama dalam Perang 12 Hari menentang rejim penjajah Quds, yang terus membekas di hati umat Islam.

Sorakan nyaring “Matilah Israel” dan “Matilah Amerika” «مرگ بر اسرائیل» و «مرگ بر آمریکا»  menggema dalam perhimpunan ini, menzahirkan tekad kukuh rakyat Iran dalam menentang kezaliman dan menyokong perjuangan. Majlis ini menjadi simbol tiada banding bagi perpaduan nasional yang akan tercatat dalam sejarah panjang bangsa ini.

Dalam sebahagian majlis, qari antarabangsa Iran, Ahmad Abolghasemi «احمد ابوالقاسمی», membacakan beberapa ayat al-Quran. Seterusnya, individu pembaca Madah Ahl al-Bayt, Saeed Haddadian «سعید حدادیان», menyampaikan syair-syair epik kepahlawanan yang membalas kecaman terbaru dari Trump terhadap Pemimpin Agung Revolusi.

Pemandangan menyayat hati dan pilu turut berlaku apabila keranda kanak-kanak syahid dibawa dalam majlis agung pengebumian syuhada jenayah rejim penjajah Quds di Tehran—pemandangan ini meresap ke dalam jiwa. Ia mengingatkan kekejaman rejim Zionis terhadap orang awam tak berdaya, khususnya kanak-kanak. Kehadiran besar rakyat dalam majlis ini menunjukkan simpati dan sokongan mereka kepada keluarga yang berduka serta tekad teguh rakyat Iran menghadapi kezaliman dan tirani.

Orang ramai memegang gambar para komander syahid, melambangkan keberanian, pengorbanan dan dedikasi mereka. Para komander ini telah menyerahkan nyawa demi mempertahankan tanah air dan cita‑cita revolusi, dan nama mereka akan kekal abadi dalam sejarah tanah air ini.

Massoud Pezeshkian «مسعود پزشکیان», Presiden Iran, turut sama berarak bersama rakyat dalam majlis pengebumian syuhada Ketahanan Nasional di Medan Kebangkitan.

Antara tokoh yang hadir ialah Mohammad Bagher Ghalibaf «محمدباقر قالیباف» (Speaker Parlimen), Hujjatul Isalm wal Muslimin Gholamhossein Mohseni Ejei «حجت الاسلام و المسلمین غلامحسین محسنی اژه ای» (Ketua Kehakiman), Mohammad Mokhber «محمد مخبر» (Penolong Khas Pemimpin Agung), Seyed Abbas Araqchi «سید عباس عراقچی» (Menteri Luar), Sardar Esmail Qa’ani «سردار اسماعیل قاآنی» (Komander Pasukan Quds IRGC), Eskandar Moumeni « اسکندر مؤمنی» (Menteri Dalam Negeri), Laksamana Ali Shamkhani «دریابان علی شمخانی» (Bekas Setiausaha Majlis Keselamatan Negara), Mohammad Javad Zarif «محمدجواد ظریف» (Bekas Menteri Luar), Parviz Fattah «پرویز فتاح» (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Imam Khomeini), Ali Montazeri «علی منتظری» (Pengerusi Jihad Universiti), Hossein Simaei Sadr «حسین سیمایی صراف» (Menteri Sains, Penyelidikan dan Teknologi) dan Sattar Hashemi «ستار هاشمی» (Menteri Komunikasi & Teknologi Maklumat).

Satu lagi elemen menyentuh dalam majlis ini ialah kehadiran kanak-kanak dan remaja bersama keluarga masing‑masing. Kehadiran mereka melambangkan penerusan nilai pengorbanan, keberanian dan ketahanan kepada generasi akan datang. Melihat pemandangan ini, mereka belajar bahawa budaya kesyahidan dan keikhlasan harus diwarisi, dan semangat anti-takbur/keangkuhan serta cinta tanah air dipupuk dalam jiwa mereka.

Majlis pengebumian “Syuhada Ketahanan Iran” ini wajar dianggap sebagai wujud satu “Yawmullah” «یوم‌الله» (Hari Allah) lain dalam kalendar sejarah Revolusi Islam, setanding dengan “Operasi Wa’d al-Sadiq 3”/ janji benar3, menandakan ikatan tidak terpisah antara rakyat yang tegar ini dengan para syuhada.

Majlis kebangsaan dan keagamaan ini memberikan peluang kepada rakyat Iran untuk mengukuhkan kembali komitmen mereka terhadap cita‑cita para syuhada yang mulia dan menghantar mesej jelas kepada musuh negara: Iran hidup dengan darah syuhadanya dan jalan perlawanan tidak akan pernah terhenti «ایران با خون شهدا زنده است و راه مقاومت هرگز متوقف نخواهد شد».

 

 

Dari Medan Ghairah ke Cakrawala Syahid; Rakyat Iran Mengiring Jenazah “Syuhada Ketahanan Nasional”

Dari Medan Ghairah ke Cakrawala Syahid; Rakyat Iran Mengiring Jenazah “Syuhada Ketahanan Nasional”

Dari Medan Ghairah ke Cakrawala Syahid; Rakyat Iran Mengiring Jenazah “Syuhada Ketahanan Nasional”

Dari Medan Ghairah ke Cakrawala Syahid; Rakyat Iran Mengiring Jenazah “Syuhada Ketahanan Nasional”

 

4291247

captcha