IQNA

Ihya’ Malam Jumaat Terakhir Bulan Muharram di dataran Antara Dua Haram suci

19:04 - July 25, 2025
Berita ID: 3106766
IQNA - Para penziarah Imam Husain (a.s) menghidupkan malam Jumaat terakhir bulan Muharram al-Haram di kawasan Bain al-Haramain (Dataran antara dua makam suci Imam Husain dan Abul Fadhl al-Abbas – alaihimassalam).

Laporan IQNA, memetik al-Kafeel «الکفیل»; Kota suci Karbala pada malam Jumaat semalam telah menyaksikan kehadiran ramai penziarah yang berhimpun untuk menghidupkan malam Jumaat terakhir bulan Muharram 1447 Hijrah di sekitar makam suci Imam Husain dan Abul Fadhl al-Abbas (a.s).

Sepanjang bulan Muharram, kota Karbala menjadi destinasi utama kepada ribuan penziarah yang datang untuk menziarahi makam Imam Husain (a.s) dan saudaranya Abul Fadhl al-Abbas (a.s), sebagai satu simbol kesetiaan dan cinta kepada Ahlul Bait (a.s).

Pihak Pengurus wilayah Quds al-Abbasiyyah telah menyediakan satu pelan menyeluruh bagi menyambut para penziarah dengan penyediaan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik demi memenuhi keperluan mereka.

Berikut adalah beberapa gambar dari majlis rohani tersebut:

 

 

4296159

captcha