IQNA

Ayatollah A‘rafi: Harapan Gaza Terletak pada Umat Islam

19:46 - July 25, 2025
Berita ID: 3106768
IQNA - Pengarah Hauzah Ilmiyyah (pusat pengajian agama tinggi Syiah) Ayatollah Alireza A‘rafi «آیت‌‌الله اعرافی», dalam beberapa surat rasmi kepada para ulama besar dunia Islam, menyeru agar rejim kezaliman dan keangkuhan ditentang serta tindakan segera oleh umat Islam dan institusi antarabangsa diambil untuk memecahkan sekatan Gaza dan menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Laporan IQNA; Ayatollah A‘rafi menulis dalam suratnya: Dengan hati yang pilu terhadap jenayah perang rejim Zionis dan jiwa yang dipenuhi dengan semangat persaudaraan Islam, saya menulis surat ini kepada para tokoh Islam dunia.

Beliau menyatakan: Di tengah-tengah api dan kelaparan, mata dan harapan saudara-saudari kita di Gaza tertumpu kepada umat Islam. Kelaparan kanak-kanak Muslim bukan sahaja menitiskan air mata, tetapi juga menjadi alasan besar di hadapan Allah jika tiada tindakan diambil.

Ahli Majlis Tertinggi Hauzah Ilmiyyah menegaskan bahawa penderitaan Gaza bukan sekadar krisis politik, bahkan merupakan ujian Ilahi terhadap keikhlasan kita dalam seruan kesatuan umat dan kebangkitan hati nurani sejagat.

Ayatollah A‘rafi menyeru para ulama dunia Islam agar:

  • Mengecam kezaliman global

  • Menyuarakan kelaparan rakyat tertindas

  • Mendesak kerajaan-kerajaan Islam agar mengambil tindakan segera

  • Meminta bantuan kecemasan disalurkan dan sekatan kejam Gaza segera dihentikan

Beliau juga menyeru kepada tindakan bersama umat Islam sejagat dan menyatakan kesediaan Hauzah Ilmiyyah untuk mengadakan persidangan antarabangsa demi penggabungan kekuatan ilmiah dan rohani umat Islam.

Akhirnya beliau menekankan: Para marja‘ taqlid (ulama rujukan Syiah), pusat-pusat keilmuan, rakyat Iran yang gagah serta paksi muqawamah telah dan akan terus menyuarakan sokongan mereka terhadap rakyat tertindas dan pejuang Gaza.

Senarai Tokoh Islam & Agama yang Dikirimi Surat ini kepadanya:

  1. Yang Mulia Pope Leo XIV, ketua Gereja Katolik

  2. Sheikh Dr. Ahmad al-Tayyeb, Sheikh al-Azhar al-Sharif

  3. Prof. Dr. Ali Erbaş, Ketua Agensi Agama Turki (Diyanet)

  4. Sheikh Ṣāliḥ bin Abdullah bin Ḥumayd, Ketua Majlis Fiqh Islam Sedunia

  5. Prof. Dr. Ali Muhiuddin Qara Dāghi, Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia

  6. Dr. Sheikh Muhammad al-‘Īsā, Ketua Rabitah ‘Alam Islami

  7. Kiai Haji Miftachul Akhyar, Ketua Majlis Ulama Indonesia

  8. Kiai Haji Yahya Cholil Staquf, Ketua Nahdlatul Ulama Indonesia

  9. Prof. Dr. Haedar Nashir, Ketua Muhammadiyah Indonesia

  10. Maulana Sayyid Arshad Madani, Presiden Jamiat Ulama India

  11. Maulana Sheikh Abu Bakar Ahmad, Setiausaha Jamiat Ahli Sunnah wal Jamaah India

  12. Maulana Sayyid Salman Nadwi, Rektor Universiti Imam Ahmad ibn ‘Irfan Shahīd India

  13. Maulana Sayyid Saadatullah Husaini, Ketua Jamaat Islami India

  14. Maulana Waliullah Saeedi, Timbalan Amir Jamaat Islami India

  15. Maulana Fazlur Rahman, Ketua Jamaat Islami Pakistan

  16. Maulana Mufti Muhammad Taqi Usmani, Mufti Besar Pakistan

  17. Maulana Mufti Abdul Rahim, Pengarah Jamia al-Rashid Karachi

  18. Maulana Tahir Ashrafi, Penasihat PM Pakistan

  19. Maulana Raghib Naeemi, Ketua Majlis Ideologi Islam Pakistan

  20. Maulana Sahibzada Hamid Raza, Ketua Majlis Ittihad Ahli Sunnah Pakistan

  21. Maulana Sarwat Ejaz Qadri, Ketua Tehreek Ahli Sunnah Pakistan

  22. Maulana Liaqat Baloch, Naib Amir Jamaat Islami Pakistan

  23. Dr. Muhammad Tahirul Qadri, Ketua Minhaj al-Quran Lahore

  24. Dr. Abul Khair Muhammad Zubair, Ketua Jamiat Ulama Pakistan & Majlis Wahdat Nasional

  25. Sheikh Munibur Rahman, Setiausaha Agung Ittihad Tanzim al-Madaris Pakistan

  26. Maulana Muhammad Hanif Jalandhari, Setiausaha Agung Wifaq al-Madaris al-Arabiyyah Pakistan

4295996

captcha