Laporan IQNA, memetik al-I’lam al-Harbi 《الاعلام الحربی》, media perang Moqawamah Islamiyah Lubnan, video Sheikh Naeem Qasim Setiausaha Agung Hizbullah telah disiarkan yang memperlihatkan beliau dalam pakaian perang.
Video tersebut merangkumi sebahagian ucapan terbaru Sheikh Naeem Qasim di mana beliau sekali lagi menegaskan bahawa Hizbullah tidak akan melepaskan senjatanya dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dalam video itu, Setiausaha Agung Hizbullah menggambarkan usaha perlucutan senjata Moqawamah sebagai sama seperti merampas nyawa rakyat Lubnan.
Sebelum ini, pejabat Netanyahu dalam kenyataan yang dianggap menggelikan hati mendakwa:
"Kini telah tiba masanya bagi Israel dan Lubnan untuk bergerak dengan semangat kerjasama, menumpukan kepada matlamat bersama iaitu perlucutan senjata Hizbullah dan mengukuhkan kestabilan serta kesejahteraan bagi kedua-dua pihak."
Pejabat itu turut mendakwa:
"Sekiranya Angkatan Tentera Lubnan mengambil langkah yang diperlukan bagi melaksanakan perlucutan senjata Hizbullah, Israel akan melaksanakan tindakan balas termasuk pengurangan beransur-ansur kehadiran tenteranya dengan penyelarasan mekanisme keselamatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat."
Terdahulu pada bulan ini, kabinet Lubnan telah meluluskan objektif pelan yang dicadangkan Amerika Syarikat untuk perlucutan senjata Hizbullah.
*Tetapi kenyataan berbicara lain, kebohongan demi kebohongan memoles manis mulut pemangku keangkuhan gerakan Zionisme global yang amat berbahaya untuk keselamatan negara-negara di dunia.
4301911