IQNA

Kisah Tawanan Palestin tentang Rahsia Peningkatan Penghafal al-Quran di Gaza

19:47 - October 27, 2025
Berita ID: 3107198
IQNA - Seorang bekas tahanan Palestin yang dibebaskan daripada penjara rejim Zionis telah mendedahkan empat rahsia kejayaan para penghafal al-Quran al-Karim di Gaza, meskipun berdepan dengan keadaan yang amat sukar.

Laporan IQNA, memetik saluran Al Jazeera «الجزیره»; Seorang bekas tahanan Palestin yang baru dibebaskan dari penjara rejim Zionis menjelaskan rahsia tersebarnya semangat menghafal al-Quran di Gaza dalam satu temubual khas.

Program “Ayyamullah”«ایام الله» di saluran Al Jazeera Mubasher telah menjemput Syeikh Naji al-Ja‘farawi «شیخ ناجی الجعفراوی», bekas tahanan Palestin yang juga imam dan pendakwah di bawah Kementerian Wakaf Gaza. Dalam program tersebut, beliau menerangkan kaedah yang digunakan di Semenanjung Gaza untuk melahirkan generasi penghafal Kitab Allah, meskipun berhadapan dengan peperangan, sekatan, dan kemusnahan.

Menjawab soalan penonton mengenai rahsia wujudnya para penghafal al-Quran yang cemerlang di Gaza, Syeikh al-Ja‘farawi berkata:

Perancangan dan pengurusan yang baik akan menghasilkan kejayaan yang berkesan. Maka, program hafazan yang tersusun dan mempunyai rangka kerja yang jelas — serta mengambil kira perbezaan individu dari segi umur, jantina dan tahap pendidikan — amatlah penting. Inilah rahsia pertama.”

Beliau menambah:

Rahsia kedua ialah dengan mengamalkan bacaan kuat (tilawah dengan suara lantang) ketika menghafaz. Seseorang menghafaz satu muka surat, kemudian dua muka surat secara berulang, atau lima muka surat sekaligus, bahkan sepuluh muka surat. Penghafal tidak akan beralih kepada muka surah seterusnya sehinggalah bahagian sebelumnya dibaca dari ayat pertama hingga akhir. Inilah cara terbaik yang kami amalkan dan telah terbukti keberkesanannya.”

Katanya lagi:

Sebab itulah anda semua dapat melihat hasilnya — ketika dalam tempoh dua tahun peperangan, lebih daripada 1,500 lelaki dan wanita penghafal Kitab Allah duduk di atas runtuhan sebuah masjid yang telah dibom, dan mereka membaca al-Quran dari surah al-Fatihah hingga surah an-Nas dalam satu majlis, semuanya dari hafalan.”

Syeikh al-Ja‘farawi menjelaskan lagi bahawa rahsia ketiga ialah:

Setiap penghafal mesti mempunyai seorang guru pembimbing (ustaz) yang menemaninya, menyemak hafalannya, serta memberi dorongan dan semangat dalam perjalanan menghafaz.”

Beliau turut menegaskan rahsia keempat:

Penghafal juga memerlukan sahabat pendamping yang menyokongnya. Allah SWT berfirman:

Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku’ (Surah Taha, ayat 29).

Dan juga firman-Nya: ‘Kami akan kuatkan tanganmu dengan saudaramu’ (Surah al-Qasas, ayat 35).

Sahabat yang sebegini akan menjadi teman untuk berlumba-lumba dalam kebaikan dan bersama meneguhkan hafalan Kitab Allah.”

Akhir sekali, beliau berkata:

Akhirnya, seorang penghafal mesti memohon pertolongan kepada Allah dalam setiap keadaan — melalui doa, sujud, dan solat malam — agar Allah memudahkannya dalam menghafaz al-Quran. Allah SWT berfirman:

Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran untuk dijadikan peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran?’ (Surah al-Qamar, ayat 17).”

4312847

captcha