IQNA

Pengumpulan dan Pemulihan Mushaf al-Quran Usang di Jordan

11:25 - November 19, 2025
Berita ID: 3107310
IQNA - Jabatan Wakaf wilayah Tafilah «طفیله» di Jordan telah mengambil langkah untuk mengumpulkan dan memulihkan mushaf-mushaf al-Quran lama dan usang di wilayah tersebut.

Laporan IQNA, memetik akhbar Al-Dustour «الدستور»; Jabatan Wakaf Tafilah melalui bahagian masjidnya telah memulakan projek tempatan bagi pengumpulan mushaf-mushaf al-Quran lama dan rosak serta pemulihan naskhah yang masih dalam keadaan baik. Projek ini bermulapada 16 November.

Berdasarkan projek ini, naskhah mushaf yang tidak lagi boleh digunakan akan diproses mengikut ketetapan syariah, dengan memastikan penghormatan terhadap kedudukan kalam Allah.

Lu’ayy Al-Dhnaybat «لؤی الذنیبات», Pengarah Jabatan Wakaf Tafilah, berkata bahawa ini merupakan sebuah projek peringkat kebangsaan, di mana mushaf-mushaf lama dan rosak akan dikumpulkan dari lebih 200 buah masjid di Tafilah, dengan tujuan merekodkan naskhah lama atau yang koyak.

Beliau menambah bahawa mushaf-mushaf tersebut berada dalam keadaan tidak lagi boleh dibaca dan akan dimusnahkan (ihtirāq/imhā’) dengan mematuhi garis panduan syariah serta penuh rasa hormat.

Al-Dhnaybat menegaskan bahawa tujuan utama projek ini ialah memuliakan Kitab Allah dan mencegah sebarang bentuk ketidakhormatan terhadapnya. Jika keadaan mushaf masih sesuai, ia akan dihantar untuk dibaik pulih dan dijilid semula.

Beliau turut menyatakan bahawa projek ini, mengikut jadual yang ditetapkan, akan diteruskan selama seminggu di kawasan-kawasan berlainan di wilayah tersebut dengan kerjasama bahagian masjid, para muazin, imam-imam jemaah serta jawatankuasa masjid.

Pengarah Jabatan Wakaf Tafilah menekankan bahawa Kementerian Wakaf Jordan memberi perhatian yang sangat besar terhadap al-Quran dan memainkan peranan penting dalam pengumpulan mushaf lama dan rosak.

Beliau menutup kenyataannya dengan menjelaskan bahawa satu pasukan khas daripada Jabatan Wakaf telah mengumpulkan semua mushaf dan buku-buku agama yang rosak dari masjid-masjid di wilayah tersebut dan membawanya ke pusat wakaf untuk diproses mengikut ketetapan syariah.

4317607

tanda nama: pemulihan Al-Quran
captcha